Mungkin kalian sudah terbaca di
blog bahasa kedua aku.
Isu perdebatan bahasa memang menjadi kegemaran aku.
Bukan sifat dan sikap aku menolak perkongsian bahasa,
tetapi ada yang perlu kita renungkan dalam hal ini.
*****************************************************
Di sekolah yang aku bertugas mencari rezeki dan pengalaman ini,
terdapat seorang cikgu yang telah berkhidmat lebih 30 tahun.
Masih berkhidmat walaupun telah bersara kerana diminta oleh sekolah.
Guru Bahasa Inggeris.
Oh, kegemaran cikgu ini pada aku adalah dia memanggil aku dengan gelaran
MENANTU.
Ya, menantu sahabat-sahabat sekalian.
Secara jujurnya, walaupun aku pernah bercinta dua tahun lepas,
bekas-bakal-ibu-mertua-tak-jadi aku belum sempat untuk menganggap aku sebagai menantunya. Mungkin usia percintaan yang hanya satu tahun setengah tidak dapat menzahirkan perkara tersebut.
Cikgu ini ingin memperkenalkan anak dia kepada aku.
Aku jadi bahan usikan di mana-mana.
Dia tanpa segan silu akan mengusik aku dengan memanggil aku sebagai menantu.
Alahai cikgu...
Dalam seminggu, ada 4 hari kelas aku akan berakhir pada jam 6.40 petang.
Ya, aku bertugas pada sesi petang.
Jadi jangan terkejut atau menuduh aku ponteng kerja kalau kalian ternampak aku
berada di atas-talian (baca sebagai Online) pada waktu pagi.
Jika ada kesempatan,
tatkala ingin mendaftar keluar sekolah,
cikgu ini akan menitipkan pesanannya pada aku.
"Dxxxx"
Itu kod dia di sekolah.
Ya, aku menolong ibu mertuaku mendaftar keluar.
Aku menantu yang baik bukan?
^___^
Lebih pembacaan, sila tekan di
sini.Maksud aku, kalau kalian berminat.
Zara : Aku sudah mula membawa rotan di sekolah semalam.Kepuasan dan sinaran mata aku bergenang serta berkilauan.Ekspresi diri?