Malam tadi luangkan sedikit masa berbual dengan Kopi. Walaupun talian telefon boleh tahan macam haram disebabkan syarikat komunikasi yang Kopi gunakan (telahan aku), maka, redha sahaja kalau tiba-tiba terputus talian. Disebabkan sepanjang hari sibuk dengan urusan sendiri, urusan keluarga - tiada istilah tidur petang sepuluh minit semalam. Menunggu dia pulang kelas malam dan berbual dengan kantuk yang tebal (tapi gembira)
Jadi, masa sedang berbual, dari duduk, aku bercadang mahu baring disebabkan hari ini sepatutnya sudah mula bersekolah (tetapi aku tidak menghadiri atas sebab urusan keluarga yang baru diterima) - makanya, sewaktu berbual, aku berguling sesuka hati keletihan. Masa ni Kopi sedang bercakap tentang apa entah, aku pun tak pasti. Tapi aku mengajuk apa yang dia selalu sebut, "Sodalah". Ha ha ha.
Tiba-tiba :
A : Aduh!Kopi : Kenapa?A : Telefon jatuh atas muka.Kopi : (ketawa) Siapa suruh buat akrobatik?A : Mana ada akrobatik, nak baring je sebab letih.Kopi : (masih ketawa) Asyik tiru sodalah, asyik "k" kan kita, tulah tau? Tulah.A : Ceh!
Rasa nak pengsan sebab sakit -_-"
30.03.2013 - Selamat pengantin baru sepupu tersayang :) | Instagram aku |
No comments:
Post a Comment