Thursday, April 25, 2013

Perjalanan 30 : #00


Dalam kehidupan manusia, kadangkala laluan yang kita nampak dekat sebenarnya panjang dan tidak terduga apa yang akan berlaku walaupun sedetik kemudiannya. Perjalanan yang pada orang mudah tetapi orang lain yang melalui terkadangnya payah. Dilihat dengan mata kasar segalanya baik-baik sahaja, penuh kisah gembira, tetapi hati yang melalui mungkin juga susah.

Satu demi satu takah dilalui sehinggalah menemui apa yang dicari. Bagaikan sebuah persembahan yang mahu dijalankan secara cemerlang, kesukaran yang dihadapi, kepayahan yang dilalui, cabaran yang mendatang dilalui dengan segala kekuatan dalam diri. Fasa persediaan menghadapi hari persembahan itu yang meletihkan dan membuatkan diri acapkali tersenak melihat apa yang berlaku di hadapan.

Persetankan?
Mungkin boleh, jika hati membenarkan.

Tapi siapa kita yang mahu lari dari kenyataan?
Hadapi segalanya dengan senyuman.
Kuatkan kaki dan teruskan perjalanan.

:)

[Sumber gambar]

No comments: