Aku suka sebenarnya apabila kawasan permainan aku meluahkan rasa tidak ditemui oleh sesiapa. Supaya aku mampu menjadi diri aku lebih baik dari dunia luar yang penuh drama. Anehnya, benda yang semakin mahu dihindari, semakin pula dihampiri. Ternyata, cubaan dan dugaan itu datang dalam keadaan bersimpongan.
Bangun lewat dinihari tadi, dengan longgokan mereka-mereka yang menjadi amanah, dengan aku yang entah kenapa teruja dengan nilai senyuman diri sendiri yang masih kekal bernyawa, aku termenung selepas mengejutkan mereka berjemaah. Adakah aku bakal punya peluang begini lagi selepas perjalanan ini berakhir?
Soalan itu pastinya tiada jawapan, memandangkan sejak kebelakangan ini aku terlupa siapa sebenarnya diri aku. Apa yang aku lakukan sering kali kabur dalam peti ingatan. Sama ada terlampau banyak benda yang mahu diselesaikan atau aku sudah malas mahu simpan dan ingat benda yang merosakkan pemikiran. Bila timbul persoalan yang satu itu, aku jadi keruh dan naik marah.
Ya.
Aku menyampah dengan soalan berulang dan pertanyaan yang bagaikan mencurah minyak masak di daun keladi (kalau guna air, air percuma. minyak mahal). Bila dikatakan melihat kewujudan sudah menimbulkan pilu, aku rasa mahu berlari dan sembunyikan diri biarkan langsung tidak timbul, tenggelam macam batu.
Entah.
Keliru.
[Sumber gambar] |
1 comment:
Stop for a second Cikgu... Stop, breathe in, breathe out... Selawat sket... Kosongkan minda... ok? ;)
Post a Comment