Kadangkala apa yang kita percaya itu tidak penting. Apa yang kita nampak dan dengar dihadapan mata itu sepatutnya difikirkan dengan sebaiknya. Kerana atas dasar kepercayaan sepenuhnya, kita sering tewas dengan kenyataan yang kita cuba sembunyikan. (Shafaza Zara, 30 April 2013)
Persoalannya, sampai bila kita mahu duduk diam dan menerima segalanya tanpa mengubah satu benda sekalipun demi kebaikan diri sendiri dan kebahagiaan yang mahu kita kecapi? Mana cukup dengan hanya menadah sahaja air mata, sapu ubat pada luka dan teruskan kehidupan bagaikan tiada apa yang cedera?
Memang betul.
Keyakinan diri itu penting.
Tetapi kadangkala, jangan butakan pandangan demi mencari kebahagiaan. Sampai bila mahu hati sendiri terbiar tanpa dijaga oleh diri sendiri yang masih bernyawa? Tidak perlu mencari kebaikan dalam manusia kerana kita semua masih manusia yang acapkali hilang dan tenggelam ditelan masa. Kita mungkin berubah dari baik ke jahat ataupun sebaliknya.
Bak kata seorang kawan :
"Kita semua ini adalah murid yang sedang belajar. Belajar tentang banyak benda atas dunia. Manusia atas dunia ini ada satu perkara yang perlu diingat iaitu TIGA."T : Tanggungjawab kepadaI : Ibu bapa.G : Guru.A : Aku (diri sendiri)
Entah kenapa sejak kebelakangan ini, otak lebih banyak bekerja untuk kerja hakiki dan langsung tidak mahu memikirkan hal peribadi. Barangkali disebabkan pemikiran terlampau banyak di sekolah. Satu demi satu benda datang, harus sahaja ditepis demi senyuman yang dikhuatiri menghilang. Rasa sayang dengan manusia barangkali buat kita sering alpa.
Ada satu masa, mereka bukan lagi buat kita. Semalam sejarah membuktikan bahawa perkenalan sepanjang tiga belas tahun bukan jaminan kenal hati budi dan kekal rasa suka. Penuh dugaan dalam persahabatan ditempuh dengan rasa naif semata-mata. Bila dewasa?
Ada satu masa, mereka bukan lagi buat kita. Semalam sejarah membuktikan bahawa perkenalan sepanjang tiga belas tahun bukan jaminan kenal hati budi dan kekal rasa suka. Penuh dugaan dalam persahabatan ditempuh dengan rasa naif semata-mata. Bila dewasa?
Entah.
[Sumber gambar] |
2 comments:
Tak banyak daripada kita yg sedar betapa pentingnya menyayangi diri sendiri kan?...
Tanggungjwb kpd Allah dan Agama
Post a Comment