Saturday, April 27, 2013

Perjalanan 30 : #02


Bila terlampau sibuk dengan urusan sehingga tiada masa untuk merehatkan diri, peluang yang datang untuk mengubah angin amatlah dialukan walaupun ternyata ada benda lain yang lebih menarik terpaksa dilepaskan. Demi mencari ketenangan yang diperlukan, keinginan yang lebih tinggi dilupakan. 

Satu demi satu benda yang dimahukan sudah hampir lengkap dalam fasa persediaan. Bekalan yang mahu dibawa semakin lama semakin berat diperhatikan. Mungkin bila saat dan waktunya tiba, bekalan akan diluruhkan ke bawah dan tiada apa lagi yang mahu ditinggalkan. Memandangkan segalanya adalah mungkin, duduk diam dan berfikir itu sudah jadi kewajipan aneh yang sukar ditinggalkan.

Gerak sahaja.
Tinggalkan benda jahat yang merengsakan minda.

[Sumber gambar]





1 comment:

takky said...

semoga dapat tempuhinya dengan tabah kak z...