Thursday, January 24, 2013

Hadapi Bakal Mertua : Tolong Dia.


Salam semua.
Selamat bercuti panjang buat mereka yang memilih untuk mengambil cuti pada hari Jumaat selepas cuti umum Maulidur Rasul pada hari ini. Buat mereka yang berada dalam negeri yang mengambil cuti umum Thaipusam, anda bakal bercuti sehingga Isnin. Moga masa terluang diisi dengan benda berfaedah hendaknya. Sedikit malang untuk aku - majlis pelancaran KT3 tidak dapat aku hadiri atas sebab peribadi.

Jadi, kebetulan tadi aku sibuk berurusan dengan beberapa pihak - menyelesaikan hal berkaitan sistem data dan sebagainya, aku menerima satu emel daripada gadis yang bernama L. Dia tulis L, makanya aku pun tak tahu apa nama betul dia. Seperti yang dibenarkan, aku cetak paparan emel tersebut.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQTh2ehGLytCufASvM1j_YjGhiRGAI01srW3wJ_7rdypZDXlz-Fx3GFmKySh_WfFkOy9n-t8ShiU486oO-XiCB3yAZfrV26pOBTpxAHKBLgDI5jUCK8ASwwksQyzAjJAHGXWxuHgr9c_Y/s800/Email%2520L.png
[Kalau tekan jadi besar kot?]

Disebabkan aku tak pasti sama ada gambar di atas boleh dilihat atau tidak, makanya aku salin balik apa yang ditulis oleh L dalam emel-nya. Ia seperti yang boleh dibaca dibawah ini :

Askum kak.

Apa khabar kak? Sory sbb anta email pd kak. Sy cari2 gk emel kak selama ni. X jmpa, pas2 sy tgk kt profile blog ada, sy try. if kak dpt emel ni, tlg jwb la ye? Bleh pggl sy L.

Sy nk tnya pndpt kak ttg 1 bnda ni. Sy ni dh tng tp future FIL sy cm tak ska sy. Sy mula2 xtaw knpa dorg lyn sy tak sebaik fam x-bf sy lain tp sy sabarkn dri gak. Bila sy tnya pd tng sy (act, b4 tng lg sy dh tnya dh) - dia ckp bakal MIL sy x ska sy sbb fzkl sy. Bkl MIL sy x ska sy yg klt gelap (sy drh cmpuran 1Malaysia) - ps2, sy ni pendek, bdn chubby2 then sy ni cma degree.

Bab yg degree 2 sy ok lg kak, sbb sy tgh wt Master smbl kerja. Mmg pyh, pnt tp sbb sy xnk bkl suami sy tgung smua bnda, sy kerja gk smbl bljr. Xnk la org kta sy mkn duit lelaki. Duit hntrn pun cuma biasa2. Parent sy xksh, sy pn ok je asalkan bnda baik ni tercapai. Sy x mnta hntran tggi pn sbb sy x nk FIL sy mkn x suka sy. Sy sdr diri jg la sbb sy byk kurang.

Bla tbe part fzkal 2, sy mmg gagal kwl diri kak. Sy kcwa sgt. Sbb fzkl tu kn Allah bg, jd sy ni nk ubh cmne? Sy mmg glap. Tp sy ok je dgn klit sy slma ni. Sbb sy tgk dri sy as a part of my fmly. Siblings sy pn lbh krg cm sy. Xkn sy nk minum krim pencerah, whitening 2 smua kn dmi nk puaskn hti org? Sy pnh gk buat dlu gtu ( I mean pkai krim smua tu msa study dgree) tp xde nya jd. Naturally, sy mmg gelap kn?
Syukur, my skin xde mslh.

Pendek, rendah, tu mmg dlm gen fmly. Xkn sy kna pkai heels here & there even msk rmh org? Sy nk wat cmne kak? Its killing me. I dont mind ppl hate me if I'm rude, silly or whatsoever - but, my physical appearances are what Allah gave me. Why people really bother about those? :(

fyi kak, bkl FIL sy org yg kuat agama while me jz moderate. they go to religion classes every single day, not even missed classes, kuliyyah, or any events related to religion (as been mentioned by my future hubby) - but somehow, why they dont practice what they preached or learn? Kn agama ajar kita terima baik semua org, plus, bnda2 fzkl ni smua Allah bg. It makes me sad. My fiancee askd me 2b patience. Tp sy xblh kak. Down sgt.

Help me kak. U can write in your blog. U can even printscreen my email if u want. I jz cant take this pain anymore. Org yg kata lebih beragama dr sy (I admit, I'm not that good as them) - tp pndg rendah pd benda yg Tuhan bg.

Xtau la if I should teruskn majlis ni or not. :(

Thanks kak.

Baiklah.
Sebelum aku berikan pendapat aku sendiri mengenai hal ini, kepada L - lain kali tolong eja dengan baik. Pening kepala kak baca singkatan perkataan. Bukan salah, cuma kak yang takut tersalah baca apa yang kamu cuba sampaikan. Jadi beginilah, buat L - mungkin kamu boleh baca tulisan kak Zara, yang bertajuk "#HS : Bagaimana Memikat Hati Bakal Mertua".

Di situ, telah diberikan pendapat peribadi aku yang mungkin sedikit sebanyak berkaitan dengan isu yang diceritakan oleh L di atas. Sebab kalau yang berkaitan dengan ciri fizikal dan sebagainya, aku rasa, pendapat aku dalam tulisan sebelumnya sudah banyak menjawab isu ini.

Berikut adalah jawapan aku pada L, mengikut perenggan bagi memudahkan aku (dan dia harapnya) untuk lebih fikirkan semula apa yang dikongsikan kepada aku (dan anda semua) di luar sana.

Sy nk tnya pndpt kak ttg 1 bnda ni. Sy ni dh tng tp future FIL sy cm tak ska sy. Sy mula2 xtaw knpa dorg lyn sy tak sebaik fam x-bf sy lain tp sy sabarkn dri gak. Bila sy tnya pd tng sy (act, b4 tng lg sy dh tnya dh) - dia ckp bakal MIL sy x ska sy sbb fzkl sy. Bkl MIL sy x ska sy yg klt gelap (sy drh cmpuran 1Malaysia) - ps2, sy ni pendek, bdn chubby2 then sy ni cma degree.

Bab yg degree 2 sy ok lg kak, sbb sy tgh wt Master smbl kerja. Mmg pyh, pnt tp sbb sy xnk bkl suami sy tgung smua bnda, sy kerja gk smbl bljr. Xnk la org kta sy mkn duit lelaki. Duit hntrn pun cuma biasa2. Parent sy xksh, sy pn ok je asalkan bnda baik ni tercapai. Sy x mnta hntran tggi pn sbb sy x nk FIL sy mkn x suka sy. Sy sdr diri jg la sbb sy byk kurang.

Tahniah sebab sambung belajar. Tahniah kerana kuat untuk memajukan diri sendiri bahkan aku pasti bekerja sambil belajar tentunya bukan sesuatu yang mudah. Selain itu, memikirkan bahawa belanja kahwin bukan sahaja perlu datang daripada pihak lelaki tetapi juga tanggungjawab perempuan, adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Tak ramai orang yang sedar perkara tersebut. 

Tentang bab fizikal dan sebagainya tu - seperti yang aku nyatakan dalam tulisan aku sebelum ini, benda begitu adalah terpulang kepada bagaimana seseorang itu menafsirkan, menerima kelebihan dan kekurangan orang lain dalam hal begini. Memang betul, fizikal kita adalah kurniaan Allah, tetapi kita tak boleh menolak hakikat bahawa manusia ada selera mereka masing-masing. Sebab itu ada yang kata, (contohnya) bahawa Aaron Aziz itu kacak, tetapi ada sekumpulan lain kata Faizal Tahir lebih kacak. Begitulah, pandangan manusia sukar diubah.

fyi kak, bkl FIL sy org yg kuat agama while me jz moderate. they go to religion classes every single day, not even missed classes, kuliyyah, or any events related to religion (as been mentioned by my future hubby) - but somehow, why they dont practice what they preached or learn? Kn agama ajar kita terima baik semua org, plus, bnda2 fzkl ni smua Allah bg. It makes me sad. My fiancee askd me 2b patience. Tp sy xblh kak. Down sgt.

Help me kak. U can write in your blog. U can even printscreen my email if u want. I jz cant take this pain anymore. Org yg kata lebih beragama dr sy (I admit, I'm not that good as them) - tp pndg rendah pd benda yg Tuhan bg.

Xtau la if I should teruskn majlis ni or not. :(

Yang ini adalah sesuatu yang agak sukar mahu diberikan pendapat. Sebab tahap iman seseorang itu, hanya Allah sahaja yang tahu. Sukar untuk kita tafsirkan sama ada amalan seseorang itu adalah berkadar langsung dengan imannya ataupun tidak. Itu yang pernah Allahyarham Ustaz aku ceritakan dalam kelas sekolah agama. Kita tak akan pernah tahu. Sebab itu jugalah, ada aku pernah dengar bahawa akhlak manusia ini, hati dan perbuatan mereka akan terjaga apabila amalannya dibuat dengan ikhlas dan penuh taqwa. 

Jujurnya, aku bukan orang yang layak untuk memberikan komentar tentang perkara begini, cuma itulah - aku (akak) rasa, L - kamu perlu menerima sesuatu itu dengan pemikiran yang positif. Bersangka baik sahajalah dengan sikap begitu. Mungkin kamu yang tersalah dengar ataupun mereka punya alasan tersendiri mengapa melihat kamu dari sudut fizikal semata-mata.

Lagi pula L, kamu boleh buktikan pada mereka bahawa walaupun mungkin kamu punya kekurangan dari paras rupa (mengikut penilaian mereka) tetapi kamu mungkin punya kelebihan dalam beberapa perkara lain. Dengan status akademik yang bagus, dengan pekerjaan yang baik, hantaran yang rendah - mungkin kamu juga seseorang yang bagus akhlak, berbudi pekerti dan pandai masak? Siapa tahu kan?

Tentang sama ada kamu patut teruskan majlis ataupun tidak, sila banyakkan berdoa. Dapatkan pandangan ibubapa kamu tentang perkara begini. Dapat difahami bahawa anak selalu enggan melibatkan keluarga dalam soal begini tetapi, biarkan mereka tahu supaya sekurangnya, mereka dapat gambaran apa yang kamu sedang hadapi. Dilema begini harus sahaja mendapat perhatian mereka yang lebih berpengalaman dalam sepak terajang dunia.

Dan aku mahu berkongsi apa yang pernah Kak Fynn Jamal (terima kasih Kak Fynn) kongsikan dengan aku sewaktu aku bertanyakan sesuatu perkara dengan dia. Sesuatu yang aku rasa sungguh baik untuk diamalkan, dipegang supaya bila kita menghadapi masalah, sekurangnya - kita tahu apa yang perlu dilakukan. Moga segala urusan dipermudahkan. 

rabbi yassir walaa tu'assir,
rabbi tammim bilkhairi.
tuhanku permudahkanlah dan jgn dipersusahkan,
tuhanku tamatkan dengan sebaik2 tamat.

wamayyattaqillah yaj 'allahu makhraja
wayarzuquhu min haithu laa yahtasibu
wamayyattawakkal 'alallah fahua hasbuhu
innallaha baalighu amrihi
qad ja'alallah li kulli syai inqandra.

dan barangsiapa bertaqwa kepada allah, nescaya akan diadakannya jalan keluar
dan dibagikan rezeki dari jalan2 yang tak disangka2
dan barangsiapa bertawakkal kepada allah, maka dia akan merasa cukup dan dicukupkan
sesungguhnya allah melaksanakan urusan yang dikehendakkannya
sesungguhnya allah memberi ketentuan pada setiap sesuatu.

ya hayyu ya qayyum
birahmatika astagheethu
aslihli sha'ni kullaha
walaa takiluni ila nafsi
turfata 'ainin

wahai tuhan yang maha hidup dan kekal dan pemelihara,
dengan rahmatmu aku mencari perlindungan dengan kasihanmu
perbetulkan aku dalam setiap urusanku
dan janganlah kau biarkan silapku yang berserah pada nafsu
walam dalam sekelip mata.

Terima kasih kerana membaca.
Maaf jika ada pendapat aku yang kurang tepat ataupun mungkin menyinggung mana-mana pihak di luar sana. Sesiapa yang mahu mengutarakan pandangan masing-masing, boleh berkongsi dengan meninggalkan komentar.

5 comments:

takky said...

saya bukan nak bagi bad komen ttg entri nie...
sebab saya tak baca entri nie sampai habis...
1 sebab saya tak baca sampai habis ialah sebab saya tak FAHAM langsung shortform2 tulisan dia....
nk tulis ringkas2 x salah tapi terlalu byk ringkasan membuat niat nak baca terbantut...
harap maaf...
akan cuba baca entri nie lagi nanti...

Sufy said...

sy baca sampai habis sbbnya ada juga yg brtanya mcm ni dgn sy sis even sy ni agak muda juga la.. one more thing, setiap kali dalam kekeliruan buatlah istikharah itu salah satu jalan yg ada..solat istikharah pula buatlah sebanyak yg mungkin sbb kdg2 petunjuk tu x datang kalau hanya buat sekali.. i admit kita x ble puaskan hati smua org tapi mgkin kita boleh amik hati family lelaki tu dgn cara kita sendiri, dari segi adab sopan dan tingkah laku mudah2an mereka akhirnya boleh menerima seadanya bukan semata2 paras rupa yg perlu utamakan..and to kak zara, doa ayat seribu dinar yg akak tulis tu memang sangat2 berguna..whenever we feel pain and doubt, bacalah..doa tu satu sumber kekuatan dan utk rezeki jugak :) eh panjang lak komen yee hihi

Effah Mahat said...

degree je?
hmmm.. macam kelakar, sebab kalau macam tu macam mana dengan golongan yang tidak ada degree-je macam saya? (ops, nasib baik saya sudah berumah-tangga, hehe) Anyway, saya juga pernah melaluinya (kot). Tidak (berapa) menjadi kegemaran ibu mertua ku kerana status "orang-sabah" dalam kad pengenalan "12".

Tipsnya adalah,

Tunjukkan "siapa" diri anda sebenar. Bukan berlakon baik, tapi sebenarnya tidak. Teruskan memperbaiki diri sendiri dari dalam bukan dari segi resume semata.

Akhirnya nanti, MIL akan menerima kita seadanya. Tanpa degree yang sah, saya berjaya juga meraih kasih sayang ibu mertua ku yang jauh di Nilai (mak, rindu kat mak!)

:)

Anonymous said...

you deserve better than just to please that kinda scum bag. come on la..pergi kelas agama tapi x suka org sbb appearance yg Allah bagi? come on...pergi kelas agama sekadar nk menunjuk bagus ke apa? sori. saya mmg emo bila bab2 rupa luaran jadi bahan ni.sbb tak logik dan mmg bodoh. sis, please ask them to go to civic class as well instead of religious class.if i were u... i will never change myself just to please others. Take it or leave it. smpai bila kita mampu nak puaskan hati semua org? Allah pun x memandang rupa paras, so who they think they are to judge others?

kay_are said...

aku nak bagi komen.. aku kawin pun belum lagi.. jangan cakap kawin.. tunang pun belum lagi.. cume, aku setuju ngan ape annon ni cakap.. kita takleh nak puaskan sume pihak.. memang takkan boleh.. so as long kite tak wat ape yang salah.. aku rase better terus jadi diri sendiri.. tak perlu nak ubah jadi someone yang bukan diri kita semata untuk orang lain.