Thursday, November 03, 2011

Sendirian Itu Bukti Tidak Diperlukan?



Gilakah?
Sendirian itu bukti tidak laku?
Sendirian itu bukti tiada orang mahukan kamu?
Sendirian itu bukti sombong dan meninggi diri pada mereka yang berlalu?
Sendirian itu bukti hidup kosong dan keras macam batu?

Gila.
Atas dasar apa mahu katakan begitu?
Adakah dengan berpasangan itu kamu lebih baik dari yang masih kekal satu?
Adakah dengan kekal sendirian itu bagaikan si dungu?
Adakah dengan berpasangan itu menjadikan kamu mulia dari dahulu?
Adakah dengan sendirian itu menjadikan kamu berbulu?
Ah, wak lu!

http://farm3.static.flickr.com/2485/3790451498_e4891bdc76.jpg
[Sumber gambar]

Kenapa mahu jumudkan pemikiran?
Kenapa mahu jadi peramal masa hadapan?
Kenapa mahu tunjuk lagak tapi salah medan?
Kenapa mahu tunjuk hebat tapi umpama orang tiada pendidikan?
Kenapa mahu tunjuk bagus tapi hakikatnya sekadar perasaan?
Kenapa mahu tunjuk dengan berpasangan, terjamin sudah masa depan?

Aneh juga manusia demikian masih wujud atas dunia.
Aneh melihat manusia mahu megah dengan benda sementara.
Aneh melihat manusia bersikap pelik kononnya dia bagaikan maharaja.
Aneh melihat manusia sangka dialah Maha Pencipta.

Siapa kamu mahu menilai orang lain ya?
Adakah dengan berpasangan kamu sudah boleh rasakan kamu mencapai tahap dewa?
Adakah dengan mencemuh orang lain kamu bahagia?
Kamu mungkin tidak pernah merasa derita.

Buat yang belum jumpa pemilik rusuk kiri, teruskan hidup seperti biasa.
Buat yang belum menjadi pemilik rusuk kiri, hidup ini masih lagi punya banyak makna.
Tidak disinggahi cinta sesama manusia, kamu masih lagi punya cinta paling utama.
Cinta pada Yang Maha Esa.
Cinta pada keluarga.
Cinta pada teman-teman yang berharga.
Masih banyak lagi cinta.
Dan itu bukti kamu tidak sendirian atas dunia.

Bagi yang masih sendirian, abaikan mulut puaka.
Bagi yang masih sendirian, kata-kata mencemuh itu hanya iblis punya pena.
Bagi yang masih sendirian, apalah sangat kata-kata hina.
Diam itu menjadikan kamu lebih mulia.

Nota kaki :
Peperiksaan sudah tamat.

Zara : Aku sudah melalui fasa sendirian - berteman - sendirian - berteman. Musimkan berubah, jadi usah gusar wahai kesayangan sekalian. Kamu semua tetap di hati aku selamanya.


12 comments:

mira_nas said...

I'm a lone ranger, but i'm cool. However I cannot be alone because I'm human too. Just don't bother about what people might say.

ARMZ said...

Sendiri itu maknanya senang,
Kadang-kala fikirkan elok saja punyai ruang,
Tapi ada masa rasa terbuang,
Lihat yang lain semua berpasang.

Tapi perlukah rasa kecewa?
Perlukah rasa kurang cinta?
Perlukah rasa tak ada apa?

Berdua itu lebih baikkah?
Cemburu bergaduh itu seronokkah?
Harus texting 24/7 tak bosankah?

Jika sudah dicintai,
Pasti dia rusuk kiri yang kau cari,
Jagalah supaya tak terluka lagi.

Intan Asyieda said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Thx a lot coz keluarkan pendapat yg bernas seperti ini. Sya salah seorang yg bersendirian,bila sya bgtau status sya kpd kwn sya dia seperti memperlekehkan sya seolah org yg bersendirian ni dtg dari Planet Pluto. Itu hak sya,sya nk bersendirian ke nk berseratus ke. Kdg2 sya x faham dgn sikap segelintir manusia yg beranggapan hidup ni mcm fairytales. Happily ever after. Sedangkan hidup kiter ni bkn mcm Cinderella. Utk yg tgh berbahagia itu,jgn pandang rendah kpd yg masih bersendirian. Hidup kite mcm roda,ade masa kita diatas,ade masa dibawah. Jgn terlalu berlagak sgt dgn ape yg kite ada. Jika Allah ingin mengambil apa yg dipinjamkanNya,bile2 masa saja. Rasa nak like byk2 entri Zara kali ni

JunAina said...

tak perlu kata apa2...hanya senyum...segala kata2 akan berlalu pergi bersama angin.

reenapple said...

Sendirian buat aku tenang dan lebih bahagia dari berteman..=)

Unknown said...

berdua namun tak bahagia lebih baik bersendiri.

Sayidah Nafisah Ruslan said...

sendiri lebih bermakna dan bebas :)

Anonymous said...

asalam

izin komentar<

sendirian itu memang nyaman dan tenteram tetapi hendak atau tidak harus diterima dan diakui berpasangan itu realiti kehidupan...

lumrah kehidupan adakala ibarat laut yg tenang jgn disangka tiada buaya....

cabaran kehidupan dalah apabila hidup tidak bersendirian....

missina said...

single bukan selamanya ingin jadi single,,cuma buat masa ini tidaklah perlu menghukum sesuatu yg bukan kemahuan nya,,,

gds said...

sendirian itu sangat cool ok. :)
dan sendirian juga menggajar kita erti kesabaran yang sebenar

uchica said...

berteman kadang kala menyakitkan..

bersendirian kadang kala timbul kesunyian.

kedua2 frasa 2 sering berubah2 hinggalah pemilik rusuk Tuhan ciptakan telah bersatu..