Pengakuan :
Perlu diakui aku sudah jarang membaca blog orang lain kecuali aku adalah peminat tegar blog tersebut hingga aku sudah hafal pautan ke blog mereka. Dan ya, walaupun aku tidak membalas ulasan yang diberikan di dalam penulisan aku, aku akan menjengah blog kalian berdasarkan profil anda. Itu sahaja. Kalau aku tinggalkan komentar, maaf kalau komentar itu berbaur sarkastik.
Maaf. Maaf. Maaf.
[Sumber gambar] |
Disebabkan ini blog Dunia Sebelah Zara, blog tempat aku menulis segala benda yang aku suka tanpa dipedulikan oleh sesiapa, aku rasa lebih santai dan tenang. Dalam erti kata, kalau di blog yang satu lagi, aku hanya dalam satu barisan yang tidak dikenali dan ya, aku suka sebegitu. Jadi identiti aku masih akan kekal rahsia. Baiklah, itu sebagai satu mukadimah bahawa tidak dikenali di dalam dunia maya dan dunia luar bukan satu masalah bagi aku. Bahkan satu anugerah.
Ada orang tulis macam-macam benda bila marah dan gembira.
Ada orang tulis macam-macam benda bila bahagia dan berduka.
Ada orang tulis macam-macam benda bila dia hilang rasa.
Jadi, bila aku duduk membaca segala status di Mukabuku, Twitter ataupun di e-mail, aku hanya tersenyum melihat orang meluahkan apa yang mereka rasa. Ciri-ciri pasangan mereka, tidak kira lelaki ataupun perempuan, masing-masing meletakkan sesuatu yang buat aku mahu menulis sesuatu. Adakah ciri-ciri ini terdapat pada teman wanita anda ataupun anda sendiri wahai perempuan?
01 - Terlampau mengambil berat hingga tahap mengongkong.
Menjadi sifat perempuan, mengambil berat semua benda. Setiap daripada maklumat yang dia dengari akan menjadi satu memori. Keberkesanan berapa lama memori itu akan tinggal dalam sistem adalah bergantung kepada berapa pentingnya maklumat tersebut pada mereka. Sebagai contoh, ulang tahun setiap ahli keluarga, ulang tahun si dia, segala jenis tarikh yang pada mereka bermakna, tempat tinggal kawan-kawan, dan pelbagai lagi, hatta apa yang mereka pakai sepanjang minggu termasuk minggu sebelumnya.
Itu baik.
Tapi setiap benda baik, jika terlampau banyak, boleh mengakibatkan kesan buruk. Seperti juga dadah. Kalau kau makan dadah sedikit, ubat batuk atau panadol sebagainya dalam kuantiti yang dibenarkan doktor, insyaALLAH, penyakit akan sembuh. Tapi kalau diambil secara berlebihan hingga ketagih, memang boleh membunuh. Jadi, adakah situasi di bawah berlaku pada anda?
A : Awak pergi mana semalam?
B : Keluar dengan kawan-kawan.
A : Keluar pergi mana?
B : Sekadar makan-makan je.
A : Ada berapa orang?
B : Dalam 5-6 orang.
A : Saya kenal mereka tak?
B : Entah. Tak kot?
A : Semua lelaki juga ke?
B : Ya.
A : Betul ke?
B : Betul.
A : Awak pakai baju apa je masa keluar dengan mereka?
B : Kenapa?
A : Awak jawab je la.
B : Ala, baju biasa. Kasual.
A : Awak tak pakai baju yang saya bagi?
B : Tak.
A : Awak tak suka eh?
B : Eh. Apa benda yang awak mengarut ni?
Ya, terlampau mengambil berat sehingga selalu tersasar daripada matlamat asal dalam soalan. Silap-silap boleh menimbulkan pergaduhan disebabkan perkara yang kecil. Pakaian apa yang dipakai semua mahu diketahui sehingga juga mungkin warna seluar dalam. Eh, lelaki pakai seluar dalam ke boxer? Mana-mana pun boleh la. Awas kalian, boleh ambil berat, tapi jangan sampai mengongkong.
02 - Suara lantang tanpa berhemah.
Tiada masalah kalau mahu meluahkan apa yang terbuku tidak berpuas hati dalam hati. Daripada terus dipendam, hingga boleh mengakibatkan kesan buruk, beritahu pasangan anda dengan baik adalah perlu demi kesejahteraan hubungan dan juga kesihatan anda sendiri. Sudah tentu anda tidak mahu diserang sakit jantung atau tekanan perasaan disebabkan menjeruk hati sendiri yang tiada nilai pasaran. Hati yang dijeruk tidak dijual di dalam balang-balang pasar raya. Eh.
Anda juga mungkin sudah penat mahu mengalah.
Pada anda, mengalah itu kalah.
Dan anda tidak mahu pasrah.
Anda juga mungkin sudah penat mahu mengalah.
Pada anda, mengalah itu kalah.
Dan anda tidak mahu pasrah.
Ada pendekatan dan cara yang baik bagi memberitahu sesuatu yang anda kurang gemari. Sebagai contohnya, anda kurang gemar si dia memakai baju bewarna hitam disebabkan dia akan kelihatan segak dan semua perempuan lain akan memandang dia. Untuk mengelakkan (kononnya) perempuan lain menikmati keindahan ciptaan Tuhan itu, anda bercadang menegur dia.
[Sumber gambar] |
Situasi 1
A : Awak jangan pakai baju hitam lagi.
B : Kenapa?
A : Awak nampak tak senonoh.
B : Apa?
A : Awak nampak gemuk. Lagipun, saya tak tahan la orang lain cakap awak gemuk. Lepas tu rasa macam awak selekeh sangat. Awak takde baju lain ke? Warna lain?
B : Apa yang tak senonohnya saya? Tak fahamlah.
A : Saya kata jangan pakai, jangan pakailah!
B : Dah tu awak nak saya pakai apa?
A : Pakai warna lainlah!
B : Saya nak konvo ni, baju saya mesti hitam.
A : Awak jangan konvo macam tu.
B : Apa?!
Untung kalau tak ditinggalkan atau ditangankan.
Situasi 2
A : Sayang, awak nampak segak kalau pakai baju hitam.
B : Biasa sahajalah.
A : Awak memang banyak baju hitam ya?
B : Bolehlah.
A : Kalau awak pakai baju hitam masa keluar dengan saya sahaja boleh?
B : Kenapa?
A : Entahlah, tapi saya rasa awak nampak menarik begitu.
B : Boleh, tiada masalah.
A : Bukan maksudnya awak tak boleh pakai langsung tahu?
B : Faham. Saya ok je.
A : (gelak kecil) Ramai perempuan tengok awak tahu kalau awak pakai begitu.
B : Saya nak awak sahaja yang tengok saya.
A : Terima kasih awak.
Bukankah situasi itu lebih baik?
03 - Kuat merajuk tidak tentu hala.
Ini antara sikap yang menjadi pilihan sesetengah perempuan.
Merajuk bila apa yang mereka perlukan tidak dipenuhi. Ada baiknya juga merajuk sesekali sekala, sebab anda mungkin dapat melihat sama ada lelaki itu mengambil berat atau tidak. Tapi, kalau sentiasa merajuk, sentap tidak tentu hala bagaikan datang bulan setiap masa, anda sebenarnya sedang menempah kepada bala. Bukan sahaja teman lelaki boleh sakit kepala, orang di sekeliling anda juga mungkin akan geleng kepala dan berlalu dari hidup anda.
Jadi, bagaimana hendak menghadapi situasi orang yang merajuk tidak tentu hala bagaikan cuaca yang tidak menentu ini? Baru kita nak bergelak ketawa, dia sudah tarik muka, hentak kaki dan pandang dinding tanpa sebarang rasa.
- Pujuk - Selagi mampu, pujuklah. Cakap baik-baik, moga hati yang keras macam batu itu akan luntur ibarat dicurah dengan bahan kimia yang tajam dan berkuasa. Kalau boleh, biarlah ada bau wangi selepas itu ibarat menggunakan Downy ataupun Softlan.
- Biarkan dia sejuk - Ada orang masa marah, masa merajuk, langsung tidak boleh disentuh. Makin disentuh, makin panas hati dia. Kalau ada barang di sekeliling, ada harapan segalanya berterbangan dan porak peranda macam budak baru nak 'up' (BBNU) buat vandalisme. Tinggalkan dia buat sementara, buat kerja lain, lepas tu, datang pujuk semula. Berapa lama mahu ditinggalkan untuk keadaan reda, adalah bergantung kepada bagaimana anda kenal pasangan anda.
- Pujuk diri sendiri - Dah kalau dipujuk pun, tidak mahu berganjak dan keras kepala, biarlah dia pujuk hati sendiri. Bagilah dia merajuk sepuas hati dia. Nanti dah baik, elok semula, datang kembali mungkin rasanya. Biarkan dia layan merajuk sampai dia pun bosan dengan diri sendiri. Heh. (Baiklah, nasihat ini kedengaran keji)
04 - Degil.
#patdd (pandang atas tangan di dada)
Ada banyak kedegilan manusia. Malas mandi mungkin satu kedegilan juga. Degil dan tidak mendengar nasihat yang baik, bolehlah bikin hati agak panas sesekali sekala. Lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan sesuatu yang penting sehingga menjejaskan kesihatan.
B : Awak, pergilah tidur.
A : Tak nak.
B : Janganlah degil. Esok kan kena bangun pagi.
A : Tapi, tapi nak berbual dengan awak lagi.
B : Macam inilah, awak tidur dulu, nanti bangun awal pagi, boleh berbual.
A : Macamlah awak ada nanti kan?
B : Ada. Nanti saya kejut awak.
A : Kalau awak takde?
B : Dah tu tak nak tidur?
A : Tak nak.
B : Nanti awak jadi panda, siapa susah?
A : Tak susahkan awak.
B : Degil betul. Nanti jadi panda, lepas tu bawa kereta laju-laju kan?
A : Awak nak saya bawa kereta macam tu?
B : Bukan. Hish.
A : Dah tu?
B : Nak suruh awak jaga kesihatan je.
A : Dah tu kalau saya tidur, awak nak buat apa?
B : Saya tunggu awak. Saya boleh buat kerja lain.
A : Baiklah.
Tapi, nak dapatkan jawapan terakhir itu agak payah kan? (pusingkan anak mata)
Ada benda yang perlu kita degil demi pertahankan pendirian ataupun prinsip, tapi kalau demi kebaikan, ikutlah dan terima nasihat dengan baik. Siapa yang tidak mahukan perhubungan yang sihat dan kebahagiaan yang berpanjangan?
[Sumber gambar] - Maafkan saya sebab selalu degil. Eh. |
Bak kata seseorang, "Saya nak hidup dengan awak bukan untuk sebulan, setahun sahaja. Kalau boleh saya nak hidup dengan awak lama. Mungkin tak lama mana, 5 hingga 6 dekad pun dah memadai asalkan kita bersama hingga akhirnya"
5 hingga 6 dekad tu dalam 50 hingga 60 tahun kan?
Nota Kaki :
Sekadar peringatan. Kalau anda tidak berpuas hati dengan tulisan di atas, sila jangan memaki sesuka hati. Tapi kalau anda mahu memaki pun apa salahnya. Aku tak kisah.
Zara : Kita mungkin bersama disebabkan kita mempunyai ikatan dan persamaan yang nyata. Tetapi, disebabkan perbezaan, kita dapat melihat dunia yang lebih indah dan penuh warna. (Shafaza Zara, 12 November 2011)
12 comments:
aku pikir.aku akan jumpa perempuan dulu. baru jumpa ciri.
never was. jumpa ciri baru jumpa perempuan.
jumpa perempuan-jumpa ciri-on
jumpa perempuan-jumpa ciri-off
ciri2 saya ada kat blog saya :0
"Saya nak hidup dengan awak bukan untuk sebulan, setahun sahaja. Kalau boleh saya nak hidup dengan awak lama. Mungkin tak lama mana, 5 hingga 6 dekad pun dah memadai asalkan kita bersama hingga akhirnya"
suke ayat ni :)
jadi pompn ni susah..apa pon tak boleyy..keh keh keh :P
sukanya bace entry ni..^^
hidup bersama kekal .aman. damai. best
jom follow blog saya ni juga jomwayangku.blogspot.com
perempuan mmg macam tu kot ^,^
nice entry <3
setiap kali baca entry dunia sebelah zara terasa macam tepat mengena diri.
kuat merajuk...ingin dipujuk...mengalah dan etc..
mcm punya persamaan...
Ya Allah...
kuatkan la wahai hati
nice entry ni :)
memang ade perempuan macam ni..
tapi bukan semua..
jujurnye kalau jumpe perempuan yg obses sgt cenggini rasa menyampah je.
huh, belum kawen da control mcm2..
kalo kawen camne la gamaknye..
semua perempuan pada asanya mmg begini..kuat atau tidak perasaan tue je..lelaki la kena tlg nasihatkan puan tue..asuh dia didik dia secara berhemah..
nice post cikgu..^^,
haha.. yang degil tu memang tak boleh dinafikanlah. sebab kita pun ada pendirian kita juga. tapi kalau degil sampai tahap mengada-ngada, memang nak kena tinggal kot. =)
part degil tu kne btg hidung.
Post a Comment