Dia tersenyum kecil.
Bukan mudah sebenarnya untuk merelakan sesuatu yang sudah ditanam jauh ke dalam untuk dikorek kembali oleh manusia yang langsung tidak dikenali. Menyebut satu nama yang membuatkan dia terfikir, manusia itu mengajar banyak benda tentang hidup walaupun kehadirannya hanya bersifat sementara. Sementara dalam pelbagai erti kata. Kasih sayang, cinta dan anehnya, sakit hati dan benci juga sekejap cuma.
[Sumber gambar] |
Kadangkala kita tidak perlukan masa yang terlampau lama untuk menjalinkan hubungan dengan manusia lain. Bukan setakat percintaan, bahkan persahabatan dan sebagainya. Tidak perlu masa yang lama untuk mencipta kenangan dan memusnahkan sebuah kehidupan serta impian. Kita mungkin bertuah dalam masa lima minit pertama dan mungkin akan derita untuk satu jam berikutnya. Sudah tentu kita tidak dapat menduga apa akan berlaku hatta 1 nano saat selepas apa yang kita lalui. Siapalah kita sebagai manusia bukan?
Melalui suatu corak kehidupan biasa.
Menongkah arus dengan senyuman yang terukir di muka.
Dia merasakan sudah cukup baginya menghalau semua derita.
Menghapuskan segala nestapa.
Cukup rasanya.
Kenangan itu mungkin pahit.
Kehadiran manusia itu semula membolehkan dia menjerit.
Telan air liur laju elakkan tekak perit.
Tapi siapa yang tahu batinnya menahan sakit?
Ya, tahun ini mungkin dia disinggahi cinta.
Tapi tahun ini juga dia ditinggalkan cinta.
Dia meninggalkan bahagia.
Mengasingkan diri menjahit derita.
Menanam segala kesakitan duka.
Membawa diri ke suatu ruang lebih gembira.
Erti penyesalan langsung tidak pernah singgah di minda.
Diam.
Segalanya akan hilang ditelan kegelapan malam.
Segalanya akan hapus terpendam.
Segalanya akan senyap ditanam.
Nota Kaki :
Sudah kembali mula bekerja. Selamat juga bagi sesiapa yang sudah bekerja juga. Dan ya, selamat hari raya.
Zara : Membiarkan diri mati akan kata-kata orang lain bukanlah suatu tindakan bijak. Mengapa mahu membunuh cita-cita hanya sebab keyakinan diri diinjak?
4 comments:
sama seperti yang tercoret dalam nota hidup tahun ini kak.
:)
ah rindu mahu berbicara sama kakak!
hari ini hati terguris.. :'( sedey..
tak sangka makin menitis air mata baca entry ni...
itu tandanya hati masih hidup
dapat mengesan berbagai rasa
bagaikan electric shock bila nmanya mncul smula..
Post a Comment