Tuesday, May 10, 2011

Aku Cintakan Kamu Hanya Ungkapan


Aku ingat dalam cuaca panas yang menghantui dunia tidak akan ada deraian air mata daripada manusia sekeliling aku. Peluh yang selalu diibaratkan sebagai air mata kelelakian (bagi sesetengah penduduk dunia apabila merujuk kepada kerja keras) sudah lagi tidak bermakna apabila aku sendiri sudah berpeluh mengalahkan membina bangunan 29 tingkat dengan 8 bumbung dan 1987 anak tangga. Jangan tanya aku kenapa aku guna angka-angka berbanding aksara.

http://farm4.static.flickr.com/3087/2528359306_d18fb5f835.jpg
Gambar : Jangan takut untuk bercinta lagi apabila pernah kecewa. Itu yang seorang teman pernah bisikkan pada aku. Ah, sebaris ayat penuh cerita.

Dalam suara penuh kedukaan dan menahan sendu di dalam jiwa, aku dapat mendengar bunyi butir bicara penuh kecewa. Ah, sekali lagi anak gagah itu tersungkur dalam mencari makna sebenar cinta yang tidak pernah dirasakan di dunia. Nikmat kasih sayang sebenar manusia kerana sehingga kini dia hanya hidup bersandarkan kasih sayang Maha Pencipta, katanya.

Kawan : Aku bodoh.
Aku : Kenapa?
Kawan : Apa kau rasa kalau orang kata "Saya cintakan awak"?
Aku : Kena tengok keadaan.
Kawan : Maksudnya?
Aku : Sekadar suka-suka ataupun serius. Disebabkan manusia sendiri kalau gembira, dia mungkin akan kata begitu tanpa berfikir.
Kawan : Kalau disamping saya cintakan awak, ada saya sukakan awak, saya perlukan awak?
Aku : Bergantung. Kadangkala kawan dengan kawan akan cakap begitu.
Kawan : Kau cakap begitu dengan kawan-kawan kau?
Aku : Ikut keadaan dan biasanya dalam nada gurauan ataupun mahu memujuk kawan-kawan rapat. Lebih kurang begitu. Ataupun sekadar gurauan dengan teman-teman wanita aku.
Kawan : Jadi, aku cintakan kamu itu hanya sekadar ayat? Kata-kata?
Aku : Itu ungkapan. Sebab kita tak tahu hati orang masa dia ungkapkan ayat tersebut.
Kawan : Masalah kan?
Aku : Kenapa?
Kawan : Ada orang selalu cakap begitu dengan aku. Kadangkala di telefon, kadangkala dalam pesanan ringkas, ataupun berdepan. Selalu sangat sampai aku jatuh hati.
Aku : Lepas tu?
Kawan : Tadi aku dapat kad kahwin dari dia. Bulan enam dia nak kahwin.
Aku : Eh?
Kawan : Kecewa gila aku. Kecewa sampai rasa apa je.
Aku : Janganlah begitu. 
Kawan : Kalau tak suka aku, janganlah sebut benda-benda begitu.
Aku : Mungkin dah jadi kebiasaan dia agaknya.
Kawan : Tapi kan benda itu sesuatu yang bermakna? Mana boleh sebut sesuka hati begitu dan buatkan orang jatuh cinta?
Aku : Sebab itu aku kata benda ni bergantung kepada niat manusia yang malangnya kita tak boleh baca. Mungkin dia cakap tetapi tidak bermaksudkan apa-apa. Banyak kemungkinan kan?
Kawan : Tapi ini buat aku sakit hati, marah, kecewa!
Aku : Eh, jangan ikut perasaan sangat.
Kawan : Rasa macam orang bodoh pula.
Aku : La, kenapa pula?
Kawan : Aku jatuh cinta dengan orang begitu.
Aku : Tak salah perasaan itu, mungkin sebab kau anggap benda itu bermakna.
Kawan : (menangis) Memang tiada siapa sayangkan aku di dunia ni.
Aku : Ohoi! Aku ada. Aku kawan kau. Kau ingat kenapa kita jadi kawan kalau aku tak sayang kau?
Kawan : Kau sayang aku?
Aku : Jangan kau nak fikir songsang. Aku sayang kau sebab kau kawan aku.
Kawan : (tersedu-sedu sambil ketawa) Gila. Kau gila.
Aku : Ternyata.

Gambar : Kau layak mendapat tempat disamping orang yang dapat membuatkan kau lupa perasaan dikhianati dan kecewa. Orang yang dapat mencantumkan kembali kepingan kesakitan dalam diri. (Shafaza Zara 2011)

Benar.
Mungkin frasa itu hanya satu ungkapan. Ungkapan yang sesetengah orang rasakan tidak bermakna. Ada pula yang menyatakan itulah satu daripada butir bicara yang paling menyenangkan mereka mahu dengarkan daripada seseorang yang mereka dambakan kasih sayang dan sebagainya. Itu, berbalik sebenarnya kepada manusia itu sendiri.

Ada orang menyatakan bahawa mereka tidak pernah mendengarkan ucapan sedemikian.
Aneh.
Kita cintakan keluarga. 
Kan?
Ucapkanlah itu kepada mereka.
Boleh?

Nota Kaki :
Kesibukkan merantai aku daripada meluangkan masa membalas segala. InsyaALLAH akan berusaha.

Zara : Kadangkala kau mahukan manusia yang terlampau sempurna di mata kau. Malangnya, sempurna itu hanya satu justifikasi yang kau tentukan sendiri.

16 comments:

Comek said...

Kadangkala diri sendiri juga tertanya tanya apa makna sebenar cinta.

Legasi Piston Pecah said...

cikgu zara...saya cintakan awak!!!!!

*ungkapan ke perasaan eh*...errrr,hihi

oshinz said...

susah juga kalau diungkap untuk suka-suka, lebih2 lagi kalau berlainan jantina.

Cik Bambam said...

mungkin bagi dia words AKU CINTA PADAMU hanya untuk kekasih??

tp kekadang CINTA dan SAYANG kalau diucapkan ada 2 mksd berbeza..for me lar..huhuhuhu..

FN said...

btl ckp ko dik, depends on that person yg mengucapkan. sometimes, they really meant it. kekadang tu sekadar nak gurau, nak test kite lah kan. tp lebih baik jgn memain dgn tige perkataan keramat tu hehe

diba said...

kata-kata i love u skrang sperti murahan

mamafarhan said...

zara:

kalu dpt org tu akak ketuk pale dia.. suka2 cakap yer... hehhehe... betul kata zara, kena tgk pada keadaan.

i love u, saya cinta awak... kadang-kadang boleh buat hati berbunga riang dan juga boleh buat hati nanah kecewa...

beware you alls...

perjalanan pulang said...

filem ni bagus

~mrs azmi~ said...

zaman dulu orang susah nak ungkapkan kata sayang..

orang sekarang senang je.. terutama kalau tak berdepan. melalui sms, online chatting, fb, baru chat 4 lima kali yang setakat say hi pun dah cakap "saya suka awak"

Nur said...

yup.I Love You tuh satu ungkapan je and bergantung kepada orang yang ungkapkan. Don't really trust someone yang cakap macam tuh until dia menjadi milik kita yang sah.

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Cinta. It's not just something that we feel. It's something to be cherish, something that we should say out loud. It's more than just a word. :)

reenapple said...

"i love u" is only a phrase...but kita tak tao if yang mengunkapkan kata-kata tue memang seperti yang diungkapkan or just nak senangkan hati kepada kata-kata itu diucapkan...
pernah give up dalam cinta.. but when think again... still banyak lagi cinta kat dunia nie... and it's not specific only to our boyfriend or girlfriend...
for now... my love is only to beloved family and friends... and also books???heheheh

beskot said...

ayat last tu sgt tepat skali..

Mrs Nurul said...

how are you ? love love love...tak salah amalkan dan ucapkan pada orang tersayang..family friends, buah hati..yang penting i love you Allah also can what ? =P

Unknown said...

ermm..hai..

Unknown said...

saya baru dlm dunia blog ni.. saya suka blog awak.. boleh wat sumber refer..