Tuesday, March 22, 2011

Bolehkah Bercinta Dengan Bekas Kekasih Kakak?


Apa perbezaan ketara antara lelaki dan perempuan?
Dari segi penggunaan hati?

Soalan itu sahabat aku tanya petang tadi. Termangu juga mahu menjawab disebabkan aku sendiri kurang pasti. Jawapan aku mungkin lelaki lebih mengikut kata hati berbanding perempuan. Tapi sahabat itu menafikannya. Dia menyatakan, perempuan cepat berubah hati tetapi akan berpatah balik. Tapi kalau lelaki, sangat susah berubah hati, tetapi kalau sekali berubah hati, lelaki itu tidak akan berpatah balik.

Ada betulnya juga walaupun kebanyakan orang yang aku kenal adalah terbalik daripada situasi itu. Ah, tetapi itu yang buat aku tabik pada lelaki, sebab kebanyakan lelaki (dan ada sesetengah perempuan juga), tidak menggunakan hati apabila membuat keputusan. Mengikut pengalaman sendiri pun, aku sudah tidak mahu ikut kata hati sebab kadangkala kata hati akan dipengaruhi oleh nafsu dan menjadikan keputusan kita melulu. Aneh bila hati menipu.

http://farm4.static.flickr.com/3199/3007760136_57112e9888.jpg
[Gambar : Cinta itu datang dalam pelbagai warna hingga acapkali kita mungkin sukar meneka]

Diajukan dengan soalan yang diterima di Mukabuku aku oleh seorang yang masih menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar tahun akhir pengajiannya. Soalan yang aku jangka seperti dejavu disebabkan malam semalam sewaktu seorang rakan datang, ada berbual tentang perkara yang hampir serupa walaupun tentunya dalam situasi agak berbeza.

BR : Kak Zara, nak tanya sesuatu boleh?
Aku : Apa dia?
BR : Boleh tak saya bercinta dengan bekas kekasih kakak saya?
Aku : Bolehlah. Bukan suami dia kan.
BR : Tapi saya takut kalau saya bawa balik teman lelaki saya ke rumah, kakak saya nampak macam mana?
Aku : Kakak awak berhubung lagikah dengan dia?
BR : Rasanya macam tak, tapi tak tahulah.
Aku : Mana kenal dia?
BR : Dia sekarang tenaga pengajar di universiti saya.
Aku : Wah!
BR : Kenapa Kak Zara?
Aku : Tenaga pengajar maksudnya pensyarah awak?
BR : Lebih kurang macam tutor sebab dia belum habis buat PhD lagi.
Aku : Senang sahaja. Awak tanya pada dia betul-betul kalau awak takut pada kakak awak.
BR : Dia kata tiada apa-apa lagi. Itu dah kisah bertahun lepas.
Aku : Dah kalau dia kata begitu, awak tak percaya?
BR : Lelaki dengan cinta pertama ni kan susah kak?
Aku : Er, kekasih pertama dia kakak kamu ke?
BR : Ya. Dia kekasih pertama kakak juga, tapi sekarang kakak dah kahwin.
Aku : Kalau dah kahwin, awak nak takut apa lagi?
BR : Entahlah Kak. Sebab saya tak tahu nak cakap dengan siapa, itu yang saya hantar mesej pada akak ni FB ni. Maaflah sebab ganggu.
Aku : Tiada masalah.
BR : Kalau akak nak kongsi di blog pun boleh, nanti saya boleh kongsi dengan teman lelaki saya tu.
Aku : Ah, baik.
BR : Lagi satu Kak Zara, pernah tak Kak suka pada teman lelaki kakak pada kak Zara?
Aku : Tak pernah.
BR : Sebab apa?
Aku : Sebab Kak Zara anak sulung.
BR : Oh.

http://farm4.static.flickr.com/3311/3254018044_08974ed788.jpg
[Gambar : Sudahlah aku takut kucing, boleh pula aku letak gambar ini. Senyum cuak]

Itu bukan masalah kalau lelaki itu sudah tiada hati pada si kakak kan? Lebih-lebih lagi si kakak sudah mendirikan rumah tangga. Alahai. Mari kita cuba tengok dari aspek yang mudah. Dari satu segi, orang yang bercinta tidak bersama dengan orang yang dia cinta adalah perkara biasa. Kadangkala kita sayang orang itu macam nak mati, tapi akhirnya dia kahwin dengan orang lain. Sampai majlis dia pun kita datang sebab meraikan disebabkan sudah menjadi kawan. 

Begitu juga kalau terjatuh cinta dengan bekas pasangan kakak atau abang atau sepupu atau kawan baik sendiri, janganlah rasa takut kalau betul kamu bukan perampas kebahagiaan mereka sewaktu bersama. Takdir setiap orang kan lain? Ah, aku tulis ini sebagai pendapat peribadi. Walaupun berulangkali aku tulis begini masih ada lagi yang marah-marah pada insan beku ini. Alahai. Janganlah sedemikian rupa. Lempang karang. Eh?

Dan ya, itu sahajalah sebagai penutup tirai kata selama tiga hari yang akan datang ini. Tiada aku di sini mungkin untuk melunaskan kata-kata demi tatapan semua. Perjuangan untuk masa depan sendiri demi mengejar cita-cita aku selama ini. Sudah tiga kali aku tolak, maka dengan perjuangan minggu hari ini, harapan aku agar ia dapat dijadikan tiket untuk aku melangkah setapak lagi dalam arena ini.

Salam sayang buat semua.
Kalau ada pun tempat aku berbahasa basi dengan kalian yang masih sudi menjenguk, adalah di Twitter dan juga di halaman blog sendiri di Mukabuku. Di situ memang ada komunikasi seperti selalunya aku perlukan mereka yang masih sedar bahawa aku seorang manusia.

Nota kaki :
1. Akan berpergian dari 22 hingga 24 Mac 2011 - Berada di Johor Bahru.
2. Doakan aku berjaya dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi.
3. Maaf atas segala kelemahan diri.

Zara : Bila seorang yang optimis menyatakan bahawa suatu hari nanti jiwa yang kosong ini akan menemui sinar cahaya hati, aku hanya tertawa riang dan menolak kewujudan pesimis yang menyatakan itu sesuatu yang mustahil. Ah, kadangkala pesimis itu aku sendiri.

20 comments:

maIra said...

kak zara sllu jgk tulih pasl relationship ek?hehe..tapi saya suke sgt bace..gud luck kak 4 xm tu..=)

Adziim said...

Kakak dah pun kahwin. Aku rasa tak ada masalah kalau si adik nak teruskan hubungan dengan bekas kekasih kakak.

Lainlah kalau dulu ada sejarah hitam apa ke yang sampai kakak benci dekat lelaki itu lepas itu bagi warning awal-awal dekat adik jangan dekat dengan lelaki sebegitu.

Tapi manusia kan berubah seiring dengan masa. Manalah tahu kakak mungkin sudah berubah dan dapat menerima lelaki itu sebagai seorang adik ipar dab bukan lagi sebagai seorang bekas kekasih?

Cuba sahaja. Berani mencapai bahagia. Kalau tersungkur bangkit sahaja teruskan hidup.

aTiKa aTeRkaH said...

sebijik macam yang aku dengar dekat hitz fm td petang..isu pon sama....hahaha.....

Raouf Sora said...

BR: pd pendapat peribadi sy, x menjadi masalah utk bersama bekas kekasih kakak tu..bak kata @Adziim, melainkan ade sejarah hitam yg terpalit antara mereka..

@Adziim: sy setuju dgn pendapat saudara..manusia berubah mengikut masa..~:)

@kak zara: selamat menghadapi peperiksaan!!! Gannbatte-ne!!! xD

Unknown said...

slm zara ;)
u org muar ke?

rekbing said...

nice!

ending dialog superb

xD

misz aisya said...

hye kak zara!

suka last dialog tu..confident je akak jwb kan..haha

nway, kalau sye di tmpt dia sye pon takut nak beritahu kakak. tp, kakak dah kwen jdi takde masalah. hrp2, lelaki tu pun dah tak ada perasaan pada kakak lagi..

BLOG AWAN FANTASIA said...

popular la blog nie...t bley la interview... :-)..Kak Zara,Gambar Adik Justin Bieber Didedahkan Di Blog Saya..Jom Tengok... :-)

Lalala said...

mungkin akak dia sendiri akan kekok kot.. melihat laki yang dia selalu lepak sama jadi adik ipar.. btw good luck exam :)

APi said...

kadang-kadang mengikut rasa hati mati..
kerna terpengaruh dengan emosi..
terpengaruh dengan situasi..


@zara : selamat berjaya menghadapi peperiksaan..

Tok Esah said...

tok pun anak sulong!! ahha

gud luck exam... nice entry!!

NurLailatul said...

pada pendapat aku..
memang tak salah kalau dia bersama dengan x-kakak....tapi, banyak perkara yang akan timbul.percayalah..sebab tu dia rasa takut..Hati manusia ni cuma diri sendiri je yang tahu..kadang-kala diri sendiri pon boleh tak paham.. KAlau dia benar kuat dan menempuh semuanya dengan baik ikotlah kehendak hatinya berserahlah pada Allah...jika tak pasti ada yang penyelesaian.

suffer8zine said...

yeahhh good lux 4 exam

Terkini : Lagu Untuk Blogger Dari Band HUJAN

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

mari sy cerita pengalaman sy:

sebelum berkahwin sy punya seorang teman lelaki. sgt rapat. kami selalu bertelefon. kdg² pegi mkn bersama. sakit pening saling menjaga. cuma kami x penah iktiraf hbgn itu sbg percintaan. sy rs mgkn dia ada hati pd sy tp sbb sygkan dia dan x mahu berpisah sy ktkan awal² pd dia mahu hbgn ini kekal sbg kawan baik sbb kwn baik akn bersama selamanya. kalau bercinta mgkin boleh putus.

ironinya lps sy berkahwin kwn baik sy juga berkahwin dgn adik sy. dah tentu sy juga yg kenalkan mereka. dan hbgn sahabat baik sblm ini kami dah lupakan sbb sbg isteri dan suami org kita x blhla ingat perhubungan yg lama² kan. kin hbgn teman tp mesra dah bertukar kpd kakak ipar dan adik ipar.

bg kes kwn kamu itu mgkin konflik sikit psl kakak n bf dia penah berpacaran.tp kalau masing² ada iman (bf dia x boleh lg ada perasaan pd kakak dan kakak dh kawen berdosalah kalau masih simpan cinta pd ex-bf) x mustahil perhubungan kwn dan bf nya blh diteruskan..tp kwn kamu itu nnt mgkin akan berperasaan bukan² pd kakak atau bf dia sbb cemburu..

inaks said...

Cuba sahaja. Berani mencapai bahagia. Kalau tersungkur bangkit sahaja teruskan hidup.

suka ngan qoute adziim...

x cuba x tahu hasilnya..

You're allowed to make mistakes, screw things up and fall down (which everyone does and always will). -oprah-

Unknown said...

~Tapi kalau lelaki, sangat susah berubah hati, tetapi kalau sekali berubah hati, lelaki itu tidak akan berpatah balik~

zara. i suka ayat sahabat u ni. tp i nak tau mcm ne pendapat u bila lelaki tu penah berubah hati tp akhirnya berpatah blk semula.

good luck ! :)

Anonymous said...

cuma nak tanya pendapat sesiapa..macam mana pula kalau terjatuh cinta dengan kekasih kawan baik sendiri??

Ain Asrar said...

macam mana eh kalau sitasi tu terjadi ?? balik rumah ngadap muka org yg pernah kita cinta dulu .hati manusia.

mungkin kakak tu kena kawen paksa huhu

.drakula. said...

mungkin itu jodoh kita ,siapa tahu....

eiela said...

sokong zara, tak salah bercinta dengan ex-bf kakak kalau betul memang diorang dah takde apa-apa hubungan lagi. gud luck 4 your exam.

Latest Entri :
Best Ke Blog Nih?