Menahan berak lebih sakit aku rasa.
Tidak.
Menahan senggugut mungkin yang paling parah.
Mungkinlah.
Tapi menahan kencing lebih sukar.
Boleh tak dapat tidur tahu?
Senyum
(Lari ke tandas)
[Gambar : Ada orang kata, menyayangi diri sendiri itu terlampau menyedihkan seperti insan yang tidak punya apa-apa. Maaflah, kau mungkin salah.]
Kawan : Sakitkan bila kita suka seorang tu, tapi dia tak tahu.
Aku : Entahlah.
Kawan : Kau pernah rasa macam tu?
Aku : (ketawa) Perasaan aku bertebaran bagaikan debunga, jadi aku sendiri tidak tahu apakah aku masih punya perasaan tersendiri atau tidak.
Kawan : Mungkinkah kau ada sukakan seseorang?
Aku : (ketawa) Aku sukakan diri aku.
Kawan : Kenapa?
Aku : Sebab tiada orang yang akan sayang dan suka diri aku macam aku sayang diri aku, mungkin.
Kawan : Kau cuma belum jumpa yang sesuai.
Aku : (ketawa) Itu kenyataan yang membosankan. Orang asyik cakap benda yang sama, walaupun ternyata menyukai diri sendiri adalah motivasi terbaik buat diri.
Kawan : Aku selalu sukakan orang walaupun orang tak suka aku.
Aku : Dan kau boleh tahan?
Kawan : Tak boleh. Jadi, bila aku rasa suka dan rasa suka itu tidak berbalas, aku akan larikan diri dan menyukai seseorang yang lain.
Aku : Ternyata sebab itu kau tak berjaya lagi.
Kawan : Kenapa?
Aku : Sebab kau tak yakin dengan diri sendiri. Kalau kau yakin kau suka, mesti kau dah buat sesuatu kan?
Kawan : (ketawa) Mungkinlah. Aku takut dengan apa yang akan terjadi.
Aku : Siapa yang tak takut dengan masa depan? Sesuatu yang tidak pasti tetapi tetap akan ditempuhi.
Kawan : Benar, jadi aku cuba untuk jadi lebih berani.
Aku : Maksudnya?
Kawan : Berusaha mendapatkan sesuatu yang aku suka.
Aku : Ah! Sudah ada calon baru nampaknya.
Kawan : (ketawa) Pilihan keluarga, aku ikutkan sahaja.
Aku : Hebat!
Kawan : Asalkan keluarga aku tersenyum gembira, itu dah cukup bermakna.
Aku : Kegembiraan mereka dan kegembiraan kau mesti sekata.
Kawan : InsyaALLAH.
[Gambar : Kalau penat, ayuh baring]
Senyum.
Aku tidak punya daya untuk menulis lebih saat ini.
Maaf ya?
*******
MAKING PORTFOLIO FOR TALENT STUDIO PHOTOGRAPHY
Menyediakan perkhidmatan membuat/menyediakan PORTFOLIO bagi talent muslimah (bertudung)
Mari sertai kami dalam membuat portfolio di dalam studio untuk koleksi anda.Lokasi studio di Taman Kosas,Ampang Selangor.
Untuk pertanyaan dan temujanji :
#call/sms : +6019 7034676 hurriyyah
+6019 7734676 bert/safuan
Harga promosi sebanyak RM180.00/orang (makeup+photoshoot+cd)
Tambahan : Selain itu, boleh juga untuk perkahwinan, pertunangan, majlis, studio dan juga komersial.
Ini antara contoh gambar yang kalian boleh lihat di blog Murasaki.
Nanti aku tulis lagi tentang ini.
Nota Kaki :
Kaki sedang letih.
Zara : Senyum lebih kepada diri sendiri hari ini. Membuat pekerjaan yang menyebabkan manusia lain tersenyum sungguh baik buat aku.
16 comments:
(peluk cium diri sendiri)
heheh :D
menahan perasaan itu sgt sakit..bukan spesifik mnahan perasaan utk lelaki,tapi untuk apa jgk keadaan..;)
cinta itu ibarat kentut, semakin ditahan semakin menderita tapi bila dilepaskan ahhhhhhhh lega rasanya, walaupun ianya wangi mahupun busuk, terimalah dengan pasrah... belajarlah meredhai.. hehe
ini nina bobok yang tulis :D
cinta itu ibarat kentut, semakin ditahan semakin menderita tapi bila dilepaskan ahhhhhhhh lega rasanya, walaupun ianya wangi mahupun busuk, terimalah dengan pasrah... belajarlah meredhai.. hehe
ini nina bobok yang tulis :D
menahan perasaan tu sakit..
nk melawan perasaan tu pn sakit..
lagi2 bila half of ourself tu degil yg amat..
huh!
menahan perasaan ibarat mcm makan ubat, pahit tapi itulah penawarnya.
keep smiling dear =)
sayangi diri sndri..
hanye kite je yg mmpu mnyanyangi diri kite sndiri...
x perlu hrpkn orng laen..
=D
suka sese0rang dari ja0h.
nak dekat tapi tak0t.
" Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.. "
masih bekapel atau sudah bernikah, menyayangi diri sendiri lebih berbaloi. orang yg dicintai akan tetap melukai kita suatu hari nanti, tapi diri sendiri takkan pernah menyakiti
kalau kita tak yakindengan diri kita, macam mana orang nak yakin dengan kita...
kita perlu sayang diri kita dulu selebihnya barulah kita menyayangi orang...
macam mana nak sayang orang kalau diri sendiri pun terkontal-kantil...
apa2 pun, pelbagai orang perspeksinya berbeza...
mungkin ada orang lebih menyayangi orang lain berbanding diri sendiri...
sanggup berkorban untuk orang lain walaupun hati parah dihentam sesakitan...
(alamak! OE bermadah pula dekat sini)
ape2 pun... memang sakit untuk menahan perasaan... tambahan lagi yang dah bersarang selama bertahun2...
silap2 boleh makan diri...
wlaupun aku ada Incik Bachok..tapi aku sayang diri aku sendiri..kalau la takdak jodoh dgn dia..sekurangnya aku tak rasa sakit ati sangat..hahahhahahah...
jejalan...
sayang diri sendiri lebih berbaloi.:)
mohon share ya :)
"Jadi, bila aku rasa suka dan rasa suka itu tidak berbalas, aku akan larikan diri dan menyukai seseorang yang lain."
bila baca ayat ni,terasa kot huhu
diri ini juga rasa yg serupa..rasa lebih sanggup lari jauh,daripada terperuk rasa cinta tak berbalas..sbb ada sejarah cinta tak berbalas yg rasanya hingga kini..trauma kot untuk jatuh cinta lagi..jadi lebih baik ambik jalan mudah..lari sblm rasa itu makin dalam..
Post a Comment