Salam semua.
Perbualan aku dengan dua orang gadis secara maya petang tadi berkisar tentang percintaan yang diuji dan sebagainya. Kedua-duanya tidak aku kenal secara realiti, bahkan mereka mengenali aku melalui blog yang serba biasa ini. Ah, kehidupan tidak selalunya cerah, itu pasti.
Senyum.
Aku ditebak dengan soalan yang membuatkan aku tersenyum simpul sebelum menaip jawapan jujur yang aku sendiri tahu betapa sukarnya melalui keadaan sebegitu. Ah, kisah silam dulu-dulu.
Gadis : Kak Zara, apa akan kak buat jika bekas kekasih muncul semula?
Aku : Terpulang pada dia nak muncul atau tidak, bergantung pada niat dia.
Gadis : Kalau dia nak bersama Kak Zara semula?
Aku : Tiada ruang patah balik tentunya (simbol senyum)
Dan aku percaya, setiap orang yang pernah melalui kehilangan, ditinggalkan, meninggalkan juga punya ruang sendiri untuk berfikir sama ada terus mengejar bayang-bayang atau teruskan dengan kehidupan baru yang lebih baik walaupun masa depan mungkin masih lagi samar. Mungkin.
[Gambar : Ada sesiapa yang rasa bersalah hingga mahu pegang kotak begini di tepi jalan?]
Disebabkan sudah ditanya, maka seperti biasa, aku mahu menjawab secara santai sahaja. Segala apa yang ditulis adalah pandangan peribadi. Janganlah sampai ada yang gelap mata pula apabila membaca. Ini bukan penulisan ambil batu, baling orang dan sembunyi tangan tahu?
Ketawa.
Jadi, apa yang perlu dibuat jika bekas kekasih kamu muncul semula?
1. Buat tidak tahu.
Ini yang paling senang kan?
Dalam bahasa kasarnya, buat bodoh.
Dah kata dia bekas kekasih kau, dia muncul, hati kau melonjak-lonjak gembira macam dapat barangan dari Stor Epal (baca : Apple Store) kenapa? Kau berdegar-degar cakap dengan orang yang hati kau dah tiada pada dia, tapi bila dia ajak jumpa, kau bersiap mengalahkan pertemuan kali pertama. Apa barang?
Dia : Saya ada berdekatan dengan pejabat awak. Mari jumpa sekejap.
Kau : Siapa telefon ni?
Dia : Awak tak kenal siapa saya? Dah buang nombor telefon ke?
Kau : Awak salah telefon orang ni.
Dia : Sampai hati.
Kau : Hati saya memang sampai, kalau tidak dah lama ganti yang baru.
[Gambar : Walaupun mungkin ada hati yang tergigit, kau perlu kuat aku rasa. Tidak, bukan aku rasa, tapi aku percaya yang kau harus kuat tahu?]
Tapi, kalau kau keluar juga jumpa dengan dia atas alasan kasihan ataupun simpati dan sebagainya, cuma dengar dengan teliti, apakah jantung kau masih berdebar sewaktu bersama dia? Kalau tiada getaran langsung (maksud aku dari segi perasaan), apakah yang mungkin tinggal?
Senyum.
Kau tentukan.
Pernah kau rasa hati kau kosong tanpa sebarang paluan?
Aku tahu itu.
2. Beritahu dia yang kau sudah berpunya.
Ini yang selalu dilakukan oleh orang di sekeliling aku. Dari zaman persekolahan sehinggalah sudah bekerja ini. Mungkin ini cara kedua termudah yang dapat difikirkan. Kau kenalkan kekasih baru pada si dia itu bila dia muncul tiba-tiba kembali dalam hidup kau dengan niat mahu kembali ke sisi di saat kau sedang bahagia bersama teman baru.
[Gambar : Jalan hidup kau, kau tentukan]
Dulu, masa zaman persekolahan, zaman guna telefon awam (baca : public phone), kawan selalu minta tolong telefon kekasih mereka jika tidak mahu punya apa-apa lagi. Aku selalu menjadi pilihan disebabkan suara dan perwatakan aku seperti lelaki (apa kau ingat aku dulu manis dan ayu? - Macamlah sekarang manis dan ayu). Ketawa.
Kawan : Kau tolonglah.
Aku : Tolong apa?
Kawan : Tolong mengaku pada dia ni kau teman lelaki aku.
Aku : Eh, kenapa?
Kawan : Sebab aku dah ada orang lain.
Aku : Kira bersubahat ni.
Kawan : Bolehlah (sambil goncang-goncang bahu)
Aku : Ya lah.
Kawan hulur ganggang telefon (dah berapa lama tak guna telefon awam agaknya?)
Kawan : Kau cakap dengan dia.
Aku : Kau cakap dululah.
Kawan : Awak, ni pakwe saya nak cakap.
Aku : Hello, kau kawan X ke?
Lelaki : Aku pakwe dia.
Aku : Salah. Aku pakwe dia yang baru. Jangan kacau dia lagi.
Kawan : Kau dah dengar kan? Jangan kacau aku lagi. (letak ganggang)
Aku : Dah boleh balik ke tak ni?
Kawan : Dah. Terima kasih.
[Gambar : Lepas habis bercakap mesti bunyi duit syiling masuk menderu-deru, dan ada kertas dialog tertinggal. Sengal betul.]
3. Buat macam kenalan biasa.
Kalau sudah dapat melupakan segala peristiwa, sila layan macam kawan biasa dan tidaklah boleh mengundang apa-apa perasaan lagi. Oh, aku gunakan cara ini untuk bekas kekasih. Disebabkan sudah tidak punya rasa dan apa-apa lagi, perbualan itu boleh seperti kawan biasa dan kekerapan berhubung adalah mencecah sifar. Macam aku pernah katakan pada Busuk, aku biasanya akan ingat sesuatu yang sungguh signifikan dengan aku. Kalau tak signifikan?
Sendiri mahu faham ya?
Ketawa.
[Gambar : Ada orang lain yang sudah bawa hati saya pergi jauh dari bumi tercinta. Maaf]
Harus diingat bukan melayan.
Kalau melayan, nanti jatuh cinta semula siapa susah?
Jangan buat gila tahu?
Dah.
Itu sahaja yang aku boleh fikir setakat ini.
Mahu menulis ini juga sudah mengambil banyak masa disebabkan aku menghilangkan kebosanan dengan menggunakan Twitter. Ah, itu taman permainan aku.
Senyum.
[Gambar : Apa yang penting adalah hal semasa. Toleh ke belakang untuk lihat masa silam, jadikan pengajaran boleh. Jangan toleh ke belakang dan mahu mengejarnya semula tanpa berfikir panjang]
Titik Titis Bicara
Senyum.
Ukir wajah.
Letak warna.
Ceria.
Muram.
Bibir melengkung.
Wajah suram.
Duka.
Bicara.
Manis, ayuh jamah semua.
Pahit, telan seorang, cicip bersama.
Masin, tuang laju bagi tawar.
Masam, tahan sama, mungkin nanti tukar rasa.
Ketawa.
Biar besar-besar, kuat-kuat.
Tangis.
Biar perlahan-lahan, teresak-esak.
Senyum.
Biar lebar-lebar, pastikan ikhlas.
Mendung, pinggir ke tepi.
Harapan palsu sebab diri masih rindu matahari.
Pasti.
Shafaza Zara Syed Yusof
26 Mei 2010
[daripada penulisan aku di sini]
Macam aku nyatakan.
Hidup kau, kau tentukan.
Jangan pernah ulangi kesilapan.
Kau sendiri tahu apa itu kesakitan.
Kau sendiri tidak mampu hulur ucapan kemaafan.
Kau lebih kenal diri bukan?
Nota Kaki :
1. Hujan dan mendung sepanjang hari.
2. Ukir senyuman walaupun ternyata aku hampir 48 jam tidak melelapkan mata.
3. Adakah orang itu masih berjuang di dewan peperiksaan?
Zara : Kadangkala gentar membaca pesanan gadis-gadis di Mukabuku. Sudah aku nyatakan yang aku punya si dia, maka, orientasi seksual aku sudah jelas dan nyata ke arah mana bukan? Alahai. Jangan tiba-tiba kata jatuh cinta dengan aku serta merta. Itu gila!
44 comments:
buat macam kenalan lama tu xbagus tu
last2 perasaan 'nak' akan datang
so btter jauhkan
hohoho
kejam2
=)
nice entry.enjoyed it pretty much
rasa macam takleh nak buat je macam tuh..sebab hati nih memberontak nak balik..macam mana eh..nak melupakan orang nih..ssh sangat..
joegrimjow :
hahaha.
yup.
jauhkan diri.
mahirahkamal :
thanks dear
:)
Nur:
u can do it!
XD
wat line clear yG terbaek..
sbb kalo wat cam knalan biasa t ley jtuh cintan balek..
laen lah kalo mmg ade ati lg dgn X tu..
ahax..:D
saya setuju..dh nama bekas kekasih..buatla mcm bekas kn?xpayah pening2 pale nk terima balik..nice topik dear!
memang gila. :p
eh tiba2 saja he.
bagi saya, saya ok jer dengan bekas kekasih lama. siap boleh lepak sama2. tapi masing2 paham. no way nak bercinta balik. just kawan mcm biasa.masing2 dah paham.
tapi tak semua org mcm ni.
yang no 2 tu hampir sama dengan aku..
selalu menjadi "pak we" baru kawan kawan sendiri..
=) angguk dan senyum.
tapi kalu hati masih syg mcm mane. yg penting xblh undur balik! pasti.
point2 ni boleh diguna pakai tapinya kalau dah jumpa tu takut perasaan lama muncul kembali.. hee..
Lagi Konfius Pasal Cerita Korea
bukan nak menghasut, jauh sekali nak berburuk sangka..mungkin nak pentingkan diri..supaya diri tak terkena lagi sekali..
kalau dia pernah dtg dan menghancurkan, kemungkinan utk dia dtg dan hancurkan lagi sekali tu tetap ada kan?
*sayangi diri sendiri :)
walaupon tak de pengalaman.. tp entry nie bagus utk remaja sekarang.. :)
cadangan yg bagus.. hehe.. suka!
ur entry..
nice. dow.
dalam kau kupaskan isi apa yang ku perhati ialah ketelitian kau dalam meletakkan link sebenar gambar, dan dalam mengolah ayat. it fascinates me.
p/s. live well or live hell, we choose.
klaw still berhubung xmustahil perasaan lame akan dtg balik.
eheheh...suker baca nih...btol 2...dah ambe pom dah biasa berlakon jadi pakwe olok2 nih,terpaksa la kan,sebab kawan...
ketiga2nya susah nak dilaksanakan
dah jauhkan diri terus dahh.. xboleh dekat2 atau berhubung lagi.. mungkin perasaan tu masih ada walaupun dah benci dia.. huhuu~
aQi + GenGkey:
line clear eh?
XD
cerita-gadis-ini :
yup2~
:)
Wanita Mutalib:
eh Mama!
XD
Naqib Mohamad:
Yup.
tak semua orang sama.
:)
APi:
Tapi kau lelaki~
AKu?
XD
cik jue:
Tanya hati betul2~
=)
Fariq :
Senang jangan jumpa~
Hahahaha~
Illiana Hidayah:
Yup!
Sayang diri anda sendiri~
:)
rabiatuladawiyah:
aaa..
thanks~
:)
::wan fadhilah::
XD
thanks dear~
MATAHARI :
Terima kasih banyak2~
Itu sebagai satu tanda apriasisasi pada hak asal gambar tu.
rockinsudu:
hati kena kental~
=)
ijatnuar87 :
hahaha~
kita serupa!
XD
sharamli:
last choice, jangan terjumpa.
☺[ai][sUmi]☺Chan :
hati kadang2 degil kn?
kejujuran amat penting. sangat menarik (:
nursayidatina:
yup.
jujur.
kekasih lama yg sentiasa mengharapkan diri ini kembali kepadanya.. =(
Cik Ciput :
Keputusannya?
suka entry nie..menarik..:)
kalau farah buat tak reti je,...kalau kita gelabah maknanya kita syg lagi tak pun dendam..huhu
tak suke gf anda…?
pernah terjadi. tapi hati aku sudah keras untuk terima dia kembali. cari lain. ikan bukan seekor. haha.
life must go on. rite?
ilham_un:
Thanks dear!
=)
fara feroza:
Yup!
ada kemungkinan~
piNky LuCiA:
ikan katamu~
hehehe~
bila dah anggap bekas teman sebagai kawan biasa...
masing2 perlu bersikap profesional...
lagi2 bile kene buat asgm same2....
(slalu perhatikan bdak klas aku yg kapel 1 klas tapi dorg dh clash)
keputusannya, mungkin akan kembali kepadanya..
dia lelaki yang baik. entah kenapa hati ini menidakkan perasaan istimewa yanghadir setiapkali bersamanya..
tak ada pengalaman, sekaar pengetahuan dr pengalaman teman2 sekitar.
well, for me, i'll stick to my first intend, my first instinct which if along the relationship was fine, great ever, tahu sifat dan sikap sebenar, sebesar mana tahap kesabaran, kebertanggungjawaban serta naluri kekeluargaan, n u feel so comfort with him go on..
but if different happens, di awal2 perkenalan dh tunjuk perangai, ataupun lama2 dh tunjuk sifat tak elok, for what kita accepted him back. kena ada prnsip kukuh, jangan jilat balik ludah yg teah diludah kan? lol;D it just an opinion, dh macam buat entry sndiri dh..hehe
menyampah nya klau ex datang balik...buat jiwa kacau..
mmg perlu buat tidak tahu kalau jumpa kekasih lama. forgive but never forget. sy dianiaya di tingglkn kekasih dan putus situ tp terima kasih Allah kerana tunjukkn sy perkara sebenar :) suka entry ini sis zara, salam perkenalan :)
syafiQakarim:
some people lick it back.
depends aite?
=)
Takky :
hahaha~
that's why tak suka dengan orang yg sama tempat study or kerja sama2~
XD
cik ciput:
Moga yang terbaik buat kamu then.
=)
FIFIEY LYCHEE MARATION :
Thanks for your opinion dear~
:)
Aaa. setuju.
orang camtu ada chance repeat the same mistake.
MisSz Laila:
Jadi, sila hindarkan~
/Dayah/nurul/dayak :
insyaALLAH.
yang lebih baik menunggu kamu.
XD
"saya setuju..dh nama bekas kekasih..buatla mcm bekas kn?xpayah pening2 pale nk terima balik..nice topik dear! "
saya setuju yg itu. . .
senang dan mudah!. .x de sape yg sakit hati. . ..
rasa mcm betul lah tuh..dengup2 tu lebih laju dr kekasih baru..hahahha
btul..walaupun die dh kawin...mcm xpeduli pn.. :-(..tolonggggg!!!!
Nama saya Iman indium , dan aku bahagia menikah dengan suami yang indah dan satu kid.I memiliki masalah yang sangat besar dengan suami saya beberapa bulan yang lalu , sampai-sampai ia bahkan dikemas barang- jauh dari rumah kami . Dia meninggalkan selama hampir 7 bulan , dan saya mencoba semua kemungkinan terbaik saya dan usaha untuk membawanya back.I mendiskusikannya dengan teman yang sangat baik saya , dan dia memberi saya saran tentang kastor mantra , bahwa ia adalah satu-satunya yang dapat menangani situasi saya , bahwa dia selalu siap untuk melakukan apapun yang berhubungan dengan mantra casting dan membantu orang-orang miskin , saya tidak pernah percaya pada setiap kastor mantra , tapi teman saya meyakinkan saya dan saya tidak punya pilihan selain mengikuti saran teman saya , karena saya tidak pernah bermimpi kehilangan suami saya yang indah . Dan saya menghubungi dia dengan alamat email-nya , dan saya membahas dengan dia semua masalah saya dan kekhawatiran dan sebagainya mengejutkan , dia mengatakan kepada saya bahwa saya akan mendapatkan suami saya kembali sehari setelah . Saya tidak percaya kepada-Nya , sampai ketika aku pulang , keesokan harinya , suami saya menelepon saya untuk memberitahu saya bahwa ia akan datang kembali ke rumah ..... So Amazing ! Itulah bagaimana aku kembali suami saya melalui casting mantra dan hubungan kami lebih kuat daripada sebelumnya Salah satu harga saya diminta untuk membayar adalah untuk memberitahu orang-orang di luar sana yang masalah seperti ini , selalu dapat diselesaikan dengan Dr Alias So! saran saya kepada Anda di luar sana adalah bahwa Anda tidak harus melihat hal yang harus imposable selalu ingat bahwa harus selalu ada jalan keluar . hanya dalam kasus Anda butuhkan adalah bantuan , Anda dapat menghubungi dia melalui email ini " Draliasspelltemple@outlook.com " selalu siap untuk memecahkan masalah Anda .
Nama saya mrs iman i
adalah dalam hubungan untuk 3thn dengan seorang budak lelaki i percaya
menyayangi saya lebih daripada apa-apa dalam perkara di dunia
selepas beberapa ketika i perasan beberapa perubahan dalam perkara-perkara
yang dia lakukan , dia mula bengkeng
tentang mereka jadi saya tahu beberapa perkara yang salah saya cuba
untuk sila kepadanya dalam beberapa adalah tetapi belum ada
hasil. lama i perasan dia melihat gadis lain
i cuba untuk membuat dia faham bahawa saya sayangkan beliau supaya
banyak, tetapi dia tidak akan tidak mendengar. satu hari i membaca
testimoni pada kes yang sama seseorang memberi keterangan
kerja-kerja Dr okojie ini besar dan juga ketika saya tidak
percaya i diyakinkan oleh kawan saya jadi saya dihubungi
beliau dan cuba kaedah beliau dengan berat hati menghairankan dalam
kurang daripada satu minggu kekasih saya menghubungi saya dan sehingga
tarikh kami masih bersama-sama bahagia berkahwin dengan anak lelaki. Amat berterima kasih kepada Dr okojie dia specialiesed dalam penyelesaian masalah-masalah lain termasuk yang berikut:
(1) Jika anda mahu kembali bekas anda.
(2) jika anda sentiasa mempunyai impian yang buruk.
( 3) Anda ingin dipromosikan di pejabat anda.
( 4) Anda mahu wanita / lelaki untuk berjalan selepas anda .
(5 ) Jika anda mahu kanak-kanak.
(6) Jika anda memerlukan bantuan kewangan.
(7 ) Jika anda mahu mengubati HIV AIDS
menghubunginya sekarang untuk penyelesaian segera anda
masalah pada Drokojiehealinghome@gmail.com
Terima kasih
kalau aku la,..klau lah nama nya mantan,.apa lg yg yg menyebabkan perpisan tu sbb die selingkuh.emm jgn kan nak buat kawan,,nak selisih jalan pun tak sudi,..
kalau aku la,..dah nama nya mantan ,,apa lg penyebab perpisahan dulu die berselingkuh or ada wanita lain,,jgn kan nak jadi kawan,,nak selisih jalan pun aku tak sudi,..
btul2 dkat2 nk exam ape sume nih.. men poking2 bagai
Post a Comment