Friday, January 28, 2011

Kau Dengar Lagi Tangisan Anak Rapuh Itu


Hening subuh, dingin.
Titisan air yang menitis dari hujung rambut dikesat bersungguh sambil mata kerap menjeling ke arah jam yang berdetik di dinding beku. Acapkali mata salah memandang waktu sebenar dan yang sepatutnya.
Diam.

Telefon genggam berbunyi, tangan segera mencapai. Nombor entah mana muncul tidak dihiraukan. Yang pastinya, panggilan itu perlu dijawab terlebih dahulu sebelum fikir entah apa-apa. Suara di hujung talian, mersik dan bergema. Mulanya tidak dikenali, ada gurauan seperti orang luar, sebelum suara sebenar muncul dan memulakan bicara.

Pemanggil : Kau kenapa?

Mendengar suara penuh prihatin bertanya, air mata yang di empang selama berhari-hari musnah, mengalir deras begitu sahaja. Sekali lagi pemanggil mendengar tangisan penuh duka dari hati yang kuat tapi rapuh atas nama cinta. Rasa marhaen penuh celaka apabila air mata berguguran dan pemanggil terlampau baik itu hanya mendengar dan memujuk penuh berjaga.

[Gambar : Menutup mata dari tangisan kelihatan buruk dan menjijikkan hati barangkali. Aneh sekali]

Pemanggil : Ceritakan apa yang jadi.
Penjawab : Sudah dua kali kau dengar tangisan sebegini.
Pemanggil : Cerita apa yang jadi, ayuh.
Penjawab : Begini...

Butir bicara yang keluar acapkali tersekat dengan tangisan yang bukan dibuat-buat. Nafas berombak, memikirkan diri yang sudah tidak terurus, bahkan rambut pun lupa disikat. Ah, kegilaan apakah yang merasuk sehingga diri sendiri terabai entah mengapa. Air mata mengalir laju bila setiap patah bicara terhambur pada pemanggil yang mendengar penuh setia.

Aneh.
Dada lapang walaupun air mata tidak sirna menghilang.
Otak kejang.
Sakit rahang.
Mata merah menyala bagai saga potong lesen terbang.

http://farm6.static.flickr.com/5163/5358525772_2aa0369414.jpg
[Gambar : Apakah kau akan habiskan masa sendirian dan menangis dalam hujan lagi?]

Tamat di sini.
Masa berhenti.
Ini tulisan hari ini.
Tentang siapa, itu kena tanya diri.

Zara : Hidup baik-baik. Hujan lebat yang menghiasi dada langit sejak dua tiga hari ini, sila menjauh pergi. Marga perlukan warna ceria, tolong.

16 comments:

tukang karut said...

silekan jangan bersedih walaupun hujan tu turun tepat waktunye dengan keadaan diri akak yang tak stabil. be strong okay!

Anonymous said...

gambar2 kau yg wat aku berminat

ceksumolek's said...

take care zara.. :)

NurLailatul said...

Lama menunggu zara updated bolg...Jangan bersedih!Masih ada hikmah semuanya.

najwa's said...

haish, zara, macam baca novel plak. :P

Lee Zha said...

sila jadi kuat.

takky said...

harap die x ape2...
smoge tabah slalu mcm kak zara....

APi said...

esok lusa metahari tetap akan muncul kembali..

Paan Ovrtd said...

Damn! Sape buat akak saya macam ni? cis!

Kicap Manis Media said...

asal la sedih sgt ni? huhu. Tp sangat sasyerwanita!

new entry:
http://shairazisaidin.blogspot.com/2011/01/oh-bruno-mars-is-coming-to-town-im.html

~naddy~ said...

zara; bahasa sedehmu sungguh puitis, buat aku turut sama merasakannya. bersabarlah kenalan asingku, moga kamu kuat sentiasa

z said...

feeling jap..heheh

Gimi said...

hurm...
baca entry ni, buat gimi teringat masa kelas bahasa melayu je..
nice..

ahmad endo said...

mendalam tu...hehehe

ArtForAuction said...

kawan yang mendengar tangisan kita lebih daripada sekali adalah kawan baik.

serius nih.

hargai kawan itu.

sarah said...

hujan itu rahmat..