Monday, December 06, 2010

Terima Kasih Kerana Membaca Di Blog Yang Tidak Menarik Dan Banyak Bercerita Tentang Diri Sendiri


Selamat datang.
Jemput masuk.
Kalau pakai kasut, sila buka di muka pintu.
Kalau mahal, boleh buka simpan di dalam.
Kalau kurang mahal, susun di luar, boleh?
Ketawa.

Ah, tiada diskriminasi dalam hidup aku. Harga dan segala macam unsur materialistik tidak pernah masuk dalam pengiraan aku. Yang aku tahu, hidup aku perlu gembira. Yang aku tahu, setiap masa aku perlu tersenyum walaupun aku perlu empang air mata.

Tidak, kau tidak akan lihat air mata aku tumpah.
Kalau terpaksa sekalipun, aku akan pinjam belakang sesiapa.
Peluk erat, dan lepaskan segalanya.
Sambil mengadu, sambil meluahkan segala rasa.
Air mata mengalir, aku akan ketawa.
Ketawa sebab aku kalah.
Selalunya begitu.
Sebab aku tidak pandai atur bicara.

http://farm6.static.flickr.com/5087/5216149597_5ac935ddfb.jpg
[Gambar : Hidup aku memang sentiasa keseorangan demi mencari senyuman]

Dunia aku kadangkala tidak bergerak dengan sempurna.
Acapkali terlampau laju hingga aku tak mampu kejar semuanya.
Bila terlalu lambat dan perlahan, aku jadi letih dan cepat mengamuk pula.
Ketawa.
Tapi itulah dunia seorang manusia beku seperti Zara.
Dia hanya cari senyuman yang bisa buat hati gembira.

Orang yang kenal aku akan kata aku memberontak dalam diam.
Aku sakit, aku senyum dan kuatkan diri walaupun hati lebam.
Kadangkala sanggup tidak tidur malam.
Ah, aku sebenarnya mahu tepis dendam.
Curah air pada hati panas agar kemarahan padam.
Sebab itu aku lebih gemar pendam.
Gigit bibir, tahan geram.

[Gambar : Hidup walaupun tidak selalunya warna warni, aku suka percikan warnanya]

Ketawa.
Aku sebenarnya mahu jujur ini.
Sudah penat mahu buat orang lain tersenyum, tapi aku yang sakit sendirian.
Tapi tidak mengapa agaknya.
Selagi mampu, selagi itu kena kuat bukan?

Ah, aku cuma mahu kenal erti bahagia.
Aku cuma mahu kenal apa itu gembira.
Bukanlah sukar sebenarnya, cuma ia bukannya mudah.
Senyum, tarik nafas lega.
Semangat itu lebih penting bukan, Zara?

Kalau kau datang, kau baca, kau rasa menyampah.
Kau boleh tekan X di hujung sambil menyumpah.
Aku tak kisah.
Sumpah!

Nota Kaki :
1. Maaf kalau tulisan aku macam sampah.
2. Aku masih sayang diri sendiri.
3. Kepuasan menjadi seorang aku? Tiada nilai di pasaran jual beli.

Zara : Maaf kalau kau tanya aku di Formspring dan aku jawab secara sarkastik. Aku kalau sakit hati, semua benda aku main langgar ikut suka hati. Macam orang langgar lari.

24 comments:

suffer8zine said...

ishhhh jgnla sakit2 ati :P

Terkini : Seluar Dalam Kalis Bom | Ini Fakta Bukan Auta | GIVEAWAY Lumayan

cik mas said...

dear...siyes penulisan entry yg sgt2 sy suke.... :)

sampai bila nk buat org lain bahagia tp hati sendiri merana....kita tak akan mampu untuk bahgiakan semua org...sabarlah ye...ade juga jalan & hikmah d sebaliknya...

ahfat said...

jangan begitu kawan,

CT said...

confident kat diri sendiri eh...entry2 yg sgt baik...:)

emieysandra said...

jgn sdih2 cikgu zara ;)

emieysandra said...

jgn sdih2 cikgu zara ;)

::nuRuLaDHar:: said...

jgn sedey2 sayunk...smua yg tejadi pasti de hikmahNya..chill ha! =)

farhah adeli @ far said...

eh tapi saya suka penulisan awak. =)

farhah adeli @ far said...

eh tapi saya suka penulisan awak. =)

Aidy Shahiezad said...

masha-Allah...

mau juling bijik mata nengok kaler stripe terang neh... hehehe... :)

-----------------
my new latest entry:-

Merah Sang Dal Alif Rho Kha...
http://aidyshahiezad.blogspot.com

cactusitu said...

zara, hadapi segalanya dengan tabah,sabar dan tenang saja. Allah tidak pernah menduga hambaNYA jika mereka tak mampu. Anda tak harus terlalu sedih. Banyakkan solat, berzikir. insyaALLAH semuanya ada hikmah.

Mimi Dyana said...

huu, mcm same je lah kita ni zara.

madiha said...

penat la nak jga hati semua orang ni.yang penting we live our life kan

Unknown said...

sy suka bce hasil penulisan kamu zara sbb turut sama mengalaminya..btw,chill keyh !=)

piNky LuCiA said...

kekadang penting kan diri sendiri adalah lebih baik, haha.

dina diana said...

dina pun sedang memberontak dalam diam jugak...

*sakitnya hati!!!

SyahmiFikri said...

i like the way u write okehh.. sgt mendalam~!!

FUYOOOO

Paan Ovrtd said...

"Kalau kau datang, kau baca, kau rasa menyampah.
Kau boleh tekan X di hujung sambil menyumpah.
Aku tak kisah.
Sumpah!"

Quoted!

fyzi said...

aku pun suka memberontak dalam diam

lavidalabelle said...

takpelah. jaga hati sendiri adalah yg paling UTAMA :)

Wan Gerrard said...

^_^
hope smile back into your face~

Ain Ransom said...

Boleh wat lirik lagu dah ni. Best ! :DD

takky said...

agak sukar utk menjadi baik pada zaman ini...
mesti pentingkan diri sendiri dulu sebelum pentingkan org len...
melainkan org itu teramat penting wat kita

syaftome said...

now all that makes sense...
about that bunny story...