Sunday, December 12, 2010

Kenapa Sudah Tiada Lagi Kotak Jeritan Pesanan Di Blog? : Ada Arnab Di Twitter


Salam semua.
Selamat menikmati suatu lagi hari yang menggembirakan. Aku pasti kebanyakan penulis blog di kawasan Lembah Klang, Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya sedang menikmati kegembiraan untuk duduk berkumpul bersama-sama. Aku seperti biasa, yang tinggal di bahagian selatan hanya mampu membaca pengalaman mereka.
Senyum.

[Gambar : Ada arnab yang mengiringi pesanan burung biru di Twitter setiap kali aku mengemaskini status kini. Siapakah arnab tersebut?]

Baiklah.
Mungkin seperti yang disedari oleh pengunjung blog aku, kadar memuat-masuk blog aku sudah bertambah baik setelah proses pengemaskinian berjalan semalam. Terima kasih kepada Busuk yang ada membantu aku sedikit setelah otak aku tidak mampu berfungsi. Kepala blog aku hadir dengan sedikit tambahan tulisan dan simbolik seperti selalunya. Untuk rekod, kepala blog ini pernah digunakan sebelum ini tanpa ada penambahan tulisan. Senyum.

Oh ya, aku menerima soalan di Mukabuku dan juga Borang Anjal (baca : Formspring. Ada orang mahu aku guna Borang Musim Bunga. Senyum) yang bertanyakan kenapa di blog sudah tiada kotak jeritan (baca : shoutbox). Aku tersenyum dan mahu berkongsi beberapa pendapat peribadi.

http://farm5.static.flickr.com/4074/4900916125_158db55731.jpg
[Gambar : Lepas ini kita jangan jerit, kita berbisik sahaja. Boleh?]

  • Blog berat : Dengan kehadiran kotak pesanan itu, kadar kecepatan blog dimuat-masuk agak perlahan. Lebih-lebih lagi apabila diletakkan di kawasan tersembunyi. Aku ingat kalau kita sembunyikan kotak pesanan di tepi, blog bertambah ringan. Rupa-rupanya bertambah berat. Ceh!

    •  Iklan merepek : Aku sampai boleh hafal iklan wang saku, tukar pautan, tukar alamat blog, jual barang dan pelbagai lagi yang diletakkan di situ sampai aku terpaksa menekan beberapa kali paparan untuk melihat kalau ada di antara kamu yang meninggalkan pesanan tentang blog ini ataupun bertegur sapa.
    Pesanan #1 : Sila ikut blog saya, saya dah ikut blog awak.
    Pesanan #2 : Iklan wang saku SJ. Ini akan buat awak bertambah kaya.
    Pesanan #3 : Kelakar betul apa yang awak tulis, ikutlah saya di blog saya.
    Pesanan #4 : Dah makan? Tiada duit? Saya boleh bantu.
    Pesanan #5 : Blog awak banyak membantu saya melariskan jualan.
    ...
    ...
    ...
    Pesanan #Tidak Terkira : Mahu membeli selendang, ubat kuat, seluar dalam?
    • Kutukan dan makian : Maaf, aku dah penat mahu padam benda itu semua memandangkan aku tidak sanggup tengok pembaca lain melihat kau melucah. Macam aku pernah katakan dahulu, kalau tidak berpuas hati, sila hubungi aku terus, bukan meninggalkan tahi sesuka hati. Bolehkan?

      • Suka-suka : Sengaja buang. Boleh? (Sebenarnya semasa proses pengemasan blog, aku terbuang kod kotak jeritan dan malas mahu mencari semula, jadi terus tidak mahu letak. Ini alasan sebenarnya)
       [Gambar : Ada yang masih mahu menjerit kepada aku?]

      Jadi, bagaimana untuk meninggalkan pesanan di blog aku sekarang ini? Mudah sahaja setelah aku fikirkan cara yang sesuai.
      • Mukabuku Peribadi (baca : Facebook) - Tinggalkan sahaja pesanan di situ, aku akan jawab apa sahaja yang ditanya atau mahu disampaikan. Mudah, sebab aku gunakan setiap hari.

        •  Mukabuku Halaman Pembaca (baca : Fan Page) - Buat yang tidak menambah aku dalam senarai rakan mereka, boleh menggunakan medium ini. Senang mahu berkomunikasi.

          • Mukabuku Kumpulan (baca : Group) - Mahu bersama-sama di dalam itu juga boleh. Tiada masalah. 

            • Borang Musim Bunga (baca : Formspring) - Ada ruangan di tepi blog, tanyalah apa sahaja yang kamu mahukan ya?

              •  Surat elektronik (baca : e-mail) - Hantarkan sahaja ke lordzarasean87[@]gmail[dot]com

              Baiklah teman-teman tersayang.
              Jangan risau, kita masih boleh berhubung.
              Senyum.

              Nota Kaki :
              1. Mendapat berita gembira semalam, tersenyum sampai hari ini.
              2. Oh, Dunia Sebelah Zara muncul di ruangan Blogspot dalam majalah Remaja keluaran 15 Disember 2010 (dimana Shila OIAM menjadi penghias muka depan)
              3. Ada orang suruh tunggu depan komputer malam ini. Eh, ada apa ya?

              Zara : Kita dikurniakan pelbagai warna dalam kehidupan supaya kita sedar bahawa hidup itu tidak semestinya di atas sahaja. Ada masanya warna yang ceria juga akan menghumban kita berada di kawasan yang paling curam untuk dipapah.

              10 comments:

              Padin said...

              hehe takde sbox pun, blog boleh terus hidup kan heee

              syaftome said...

              congratulations...
              on that majalah remaja thing...

              ps: i'll be sure to check it out...

              RedBoys said...

              kalau xde shoutbox pon still leh connection. melalui bnyk cara. anyway, nice blog. rasanya 1st time singgah sini. keh2.

              Hasrol Nizam said...

              masuk dalam remaja? akhirnya.. b4 ni pernah juga terfikir, agak2 bila blog ni nk masuk media cetak :D

              Pendapat anda?
              Kenangan cuti sekolah aku dulu-dulu

              najwa's said...

              yeah! keep it up, zara :)

              chah~ said...

              huhu.. kdg2 pesanan kt shoutbox merimaskan.. =)

              Aretikz said...

              Weehuu ~ rasanya pernah terjah tengok nama tuan blog.. tapi mcm len suda template.. ka aku sngaja cipta kontrolbesi ni? ahakz.. apapapun.. congrats 4 remaja.. tak kisah ada SB ato xdak.. bnyak cara bole wat pun ^_^

              amirulez said...

              tak ada shoutbox, boleh tnggal jejak kat komen mcm nie kan.. hee..

              nadz ruslan said...

              hoho teringin nak tgk 'tahi2' tu. apalah yg dorang marah sangat kat cik zara

              takky said...

              fulamak!!!!!
              akak dah x de alasan mengatakan yg akak x femes...
              dh muncul dlm majalah...
              1st step utk terkenal 2...
              hihihihhihhiiii