Showing posts with label Syed Hussein. Show all posts
Showing posts with label Syed Hussein. Show all posts

Friday, May 14, 2010

Adamaya : Kembara Mencari Cinta. Aksara Keraian : Legasi Cinta Alisia Dan Enigma Dalam Domino


Salam semua.
Ada sesiapa yang masih demam dengan drama Adamaya?
Senyum.
Ramai yang mencari dan membaca di sini.
Ribuan terima kasih aku ucapkan buat kalian.

Kembara Mencari Cinta.
Adam Menulis Novel Untuk Maya : Kembara Mencari Cinta.
Kejutan yang dibuat oleh Adam untuk Maya. Adam menulis novel untuk Maya, walaupun hakikatnya Maya yang mahu menulis novel buat suami tercinta. Oh, itu impian ketiga Maya selepas impian pertama untuk mengelilingi dunia dan menyambung pelajaran hingga ke peringkat Doktor Falsafah.

Walaupun di dalam drama tidak dinyatakan apa yang ditulis oleh Adam di dalam cerita itu, aku merasakan ianya pasti adalah tulisan tentang bagaimana cinta Adam terhadap Maya dan usaha yang dilakukan olehnya untuk mendapatkan cinta Maya sejujurnya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuzlEfSofsmNHiTr8-kCAi4FAT_osowj76mvG8M5K3GaJdUAHbapZOXyGkJBUHzMVvtsD9aAZPaknpJ3aZw9OZGp6TsagHSl3czg6zj1cm0eViZCU9TIeCwl2lejs2YYgKk9RllvehDgF8/s400/adamaya.jpg
"Adam, awak tidak mahu jadi anak didik (baca : protege) saya?"

Baiklah, itu telahan aku sahaja.
Apa pula pendapat kalian yang membaca ini?
Kelihatan semalam seperti banyak naskahnya, ada di jual di pasaran kah?
Entah.
Kalau ada wujud dan nyata, khabarkan kepada aku ya?
Senyum.

Sekarang, mari kita bicara tentang Aksara Keraian dan aku.
Alhamdulillah, aku sudah punya seorang protege bagi melunaskan tugasan di dalam Aksara Keraian.
Maksudnya, ada generasi pelapis bagi kami yang menulis ini.

Legasi Cinta Alisia karya Shafaza Zara Syed.
InsyaALLAH, jam 4.05 petang ini kalian boleh melayarinya untuk mengetahui kesinambungan perjalanan manusia yang bernama Alisia Rayyan Daniel Abdullah dalam mencari cinta sejatinya. Mungkinkah menjadi hak milik Brian Zaff Chia Hau, Danish Aryan ataupun Hizami Helmi Harith Stephen, mari kita saksikannya nanti.



Sedikit sedutan...

"Alisia, awak sukakan Khalil Gibran bukan?"
"Kenapa?"
"Pasti awak tahu puisi tentang Layla."
"Ya"
"Saya tujukan ini khas untuk awak, walaupun bukan saya sendiri yang menulis"

"Kemarilah, kekasih ku. 
Kemarilah Layla dan jangan tinggalkan aku. 
Kehidupan lebih lemah daripada kematian, tetapi kematian lebih lemah daripada cinta. 
Engkau telah membebaskan ku, Layla dari siksaan gelak ketawa dan pahitnya anggur itu. 
Izinkan aku mencium tangan mu, tangan yang telah memutuskan rantai-rantai ku. 
Ciumlah bibir ku, ciumlah bibir yang telah mencoba untuk membohongi dan yang telah menyelimuti rahsia-rahsia hati ku. 
Tutuplah mata ku yang meredup ini dengan jari jemari mu yang berlumuran darah. 
Ketika jiwa ku melayang ke angkasa, taruhlah pisau itu di tangan kanan ku dan katakan kepada mereka bahawa aku telah bunuh diri kerana putus asa dan cemburu. 

Aku hanya mencintai mu, Layla dan bukan yang lain. 
Aku berfikir bahawa lebih baik bagi ku untuk mengorbankan hati, kebahagiaan dan kehidupan ku daripada melarikan diri bersama mu pada malam pernikahan mu. 
Ciumlah aku, kekasih jiwaku sebelum orang-orang melihat tubuhku. 
Ciumlah aku, ciumlah, Layla..." 
(Kahlil Gibran)

"Untuk apa bait ini awak tujukan buat saya?"
"Perlukah saya jelaskan lagi?"

Enigma Dalam Domino karya Farhan Hassan
Akan ke udara buat kali pertama di Aksara Keraian pada petang ini, hasil garapan anak muda yang menjadi protege aku ini berkisarkan kepada jalur misteri thriller. Sesuatu yang segar dijanjikan buat tatapan kalian semua dan diharapkan komen yang membina dapat diberikan kepada penulis muda ini.

[Bab 1 boleh dilayari di Aksara Keraian jam 4.05 petang ini]

Itu sahaja buat masa ini.
Aku sedang menggarap Legasi Cinta Alisia sebelum ke sekolah petang ini.
Selamat membaca buat kalian semua.
Bukan sekarang, tetapi jam 4.05 petang nanti ya?
Senyum.

Nota kaki:
1. Perlu tidur di sekolah malam ini.
2. Esok ada sekolah ganti.
3. Terpaksa melupakan hasrat untuk berkumpul dengan teman-teman.
4. Sudah hampir 20 keping jemputan majlis perkahwinan aku terima. Pitam.
5. Masih ada masa buat sesiapa yang mahu menyertai pertandingan yang aku anjurkan.

Zara : Usai tiba di rumah. Berlari mendakap Bunga Jiwa. Ah, walaupun ia sekeping layangan beku masa, dia tetap yang terbaik menjadi Empunya Marga. Ah, rindunya pada sumber inspirasi aku itu.

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.  

Adam (Adamaya) Itu Contoh Suami Yang Terlampau Ideal : Bakal Ibu Yang Mahu Anak Comel


Salam semua.
Memang pengaruh cerita Adamaya itu melampau kuatnya.
Walaupun aku bukan gilakan sangat cerita itu, tetapi sekadar menonton di waktu senggang, ia antara drama yang menghiburkan.
Senyum.

Terima kasih kepada Mukabuku dan Twitter aku.
Tidak pasal-pasal status aku ditagih untuk mengetahui kesinambungan episod terakhir semalam.
Oh, untuk rujukan orang yang tidak dapat menonton secara langsung.
Ya, dan juga topik hangat untuk berdebat bersama yang menonton.
Ketawa.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuzlEfSofsmNHiTr8-kCAi4FAT_osowj76mvG8M5K3GaJdUAHbapZOXyGkJBUHzMVvtsD9aAZPaknpJ3aZw9OZGp6TsagHSl3czg6zj1cm0eViZCU9TIeCwl2lejs2YYgKk9RllvehDgF8/s400/adamaya.jpg
Syed Hussein memang comel. Noktah.

Menerima panggilan telefon daripada teman wanita yang disayangi. Ah, layan sahaja perempuan mengandung yang sedang kemaruk mahu pulang ke sini semula. Sila bersabar menunggu suamimu itu habis kerja dan tolong melahirkan anak di negara sendiri. Eh, panjang pula pesanan penaja dari aku. Sengih.

B : Sayang, nak tengok cerita Adamaya!
Aku : Pergi la tengok.
B : Benci nampak kamu tukar status laju-laju di Mukabuku dan Twitter.
Aku : Aku baru pulang mengajar kelas tambahan. Dah terpisah dengan Internet berjam-jam.
B : Kalaulah dapat anak macam Amani, seronoknya.
Aku : Jejaka pun boleh tahan kan rupanya, insyaALLAH, anak dalam kandungan itu comel.
B : Jangan lupa cakap yang ibunya ini memang cantik.
Aku : Ya, cantik. Mana pula beg plastik, rasa nak muntah.
B : Keji betul cikgu muda ni.
Aku : Gurau sahaja lah sayang. Eh, Jejaka ada macam Adam tak?
B : Eh, mana boleh beritahu, rahsia.
Aku : Maksud aku, dia romantik macam Adam ke?
B : Adam itu terlampau ideal. Jejaka masih manusia biasa, tapi ya, memang bahagia. Bila nak kahwin?
Aku : Tu yang aku lemah dengan soalan terakhir tu.
B : Tawaran lelaki mata biru masih dibuka, mahu tidak?
Aku : Tak nak.
B : Setia pada dia?
Aku : InsyaALLAH, selamanya.

Sebelum masuk ke kamar tidur malam tadi, menerima ucapan selamat malam dari Empunya Marga. Tidur dihiasi dengan mimpi indah dan senyum mesra. Maaf buat mereka yang menghantar pesanan mahu ajak berbicara di atas talian, aku terlampau letih akibat kerja seharian. Maaf ya kalian?

Nota Kaki :
1. Buku hilang!
2. Belum sempat menulis Legasi Cinta Alisia. Ah, petang ini mahu disiarkan.
3. Menggarap sebuah coretan buat dia.
4. Rindukan zaman pertengahan seorang remaja.

Zara : Nadi merengkuh mendengarkan keluhan dia yang tidak mampu aku kekang dengan kasih sayang. Awan, berarak pergi dan berikan kasih sayang aku dalam gumpalan kesejukkan buatnya.

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.  

Thursday, May 13, 2010

Adamaya Slot Akasia TV3 : Episod Terakhir Disulami Air Mata Dan Senyum Gembira. Pertandingan?


Salam semua.
Sedang menonton drama Adamaya di TV3.
Oh, Dani memang gila. 
Pernah menulis ucapan terima kasih buat Adamaya sebelum ini.
Kalaulah boleh terajang watak begitu masuk ke dalam neraka.
Eh, emosi pula.
Ketawa.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuzlEfSofsmNHiTr8-kCAi4FAT_osowj76mvG8M5K3GaJdUAHbapZOXyGkJBUHzMVvtsD9aAZPaknpJ3aZw9OZGp6TsagHSl3czg6zj1cm0eViZCU9TIeCwl2lejs2YYgKk9RllvehDgF8/s400/adamaya.jpg
[Gambar aku pinjam dari blog peminat fanatik cerita ini]

Adam Menulis Novel Untuk Maya : Kembara Mencari Cinta.
Kejutan yang dibuat oleh Adam untuk Maya. Adam menulis novel untuk Maya, walaupun hakikatnya Maya yang mahu menulis novel buat suami tercinta. Oh, itu impian ketiga Maya selepas impian pertama untuk mengelilingi dunia dan menyambung pelajaran hingga ke peringkat Doktor Falsafah. Tersentuh dengan ayat Adam dalam suratnya.

"Walaupun saya tahu awak boleh menulis lebih baik, tapi saya tahu novel itu bukan untuk saya"

Dani.
Contoh watak yang paling dibenci sehingga saat ini. Menangis di tepi pancur air, meminta maaf pada Maya sambil menangis. Antara contoh manusia yang terlalu cinta hingga gila dan tidak mampu menapis perasaan sendiri. Dan ya, Maya menyatakan dia sudah menyedari kesilapannya selama ini.

Adam Jual Mahal.
Maya datang ke tempat pameran. Meminta maaf dengan Adam sambil menangis.

Maya : Awak, saya nak cakap sikit.
Adam : Saya suruh awak datang sini bukan untuk cakap. Saya nak awak tengok hasil kerja saya bila awak hilang dan tinggalkan saya bersama Amani.

Maya menangis teresak-esak sambil meminta maaf pada Adam.

Amani : Mama!
Maya : (mengusap kepala Amani)
Adam : (datang menghampiri)
Maya : Awak, maafkan saya.
Adam : Saya dah lama maafkan awak.

Berjalan keluar dari dewan pameran sambil berpegang tangan dengan gembira bersama Amani.

Dani Di Tepi Sungai.
Dani menangis sambil tengok gambar Maya dan ya, Dani jadi gila!

Tamat.
Adegan Dani di tepi sungai sambil melompat-lompat adalah penutup cerita. Kesimpulannya, cerita ini mempunyai pengakhiran yang menggembirakan.

Komentar peribadi :
1. Adam adalah contoh suami yang terlalu ideal. Belum pernah jumpa manusia yang begitu sabar walaupun isteri ditangkap atas tuduhan khalwat dengan lelaki lain.
2. Maya -  wanita yang mungkin tidak tetap pendirian bila keliru. Alhamdulillah, dengan kebaikan hati Adam, pandangan dia yang terhijab itu tersingkap.
3. Dani - perlukah aku komen tentang watak yang menjengkelkan ini?
4. Amani - comel dan keletah.

Pertandingan masih berlangsung dan akan tamat pada 16 Mei 2010.

Nota Kaki :
1. Sedang membaca hasil penulisan seorang pengkarya muda.
2. Ketawa dengan reaksi sesetengah orang bila benda yang tidak berkaitan dengan mereka, melenting tidak tentu hala.
3. Mungkin akan memulakan garapan Legasi Cinta Alisia semula selepas ini.

Zara : Pernah menemui seseorang yang memiliki perwatakan Adam secara tidak sengaja. Ya, dia seorang jurugambar, suami orang, manis dan baik hati juga. Oh, itu adik lelaki terbaik, teman rapat dan jurugambar peribadi aku sendiri. Eh, nak makan gula-gula ya dik?

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.  

Saturday, May 01, 2010

Terima Kasih Adamaya : Selamat Hari Pekerja Buat Semua. Penulis Blog (Blogger) Juga Pekerjaan Kan?


Salam hujung minggu semua.
Tiada nafsu untuk menulis tatkala diri sedang dihambat oleh kekangan masa.
Ah, maaf, aku tidak menulis puisi lagi.

Ada yang bertanya, mengapa aku tidak menulis mengenai drama bersiri bertajuk Adamaya sedangkan aku mengamuk dan meracau di Twitter tatkala cerita itu bersiaran di kaca televisyen. Jawapan aku mudah sahaja, aku akan menulis menggunakan emosi dan bukan tentang cerita itu sesungguhnya. Ketawa.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuzlEfSofsmNHiTr8-kCAi4FAT_osowj76mvG8M5K3GaJdUAHbapZOXyGkJBUHzMVvtsD9aAZPaknpJ3aZw9OZGp6TsagHSl3czg6zj1cm0eViZCU9TIeCwl2lejs2YYgKk9RllvehDgF8/s400/adamaya.jpg
[Gambar aku pinjam dari blog peminat fanatik cerita ini]

Kembali kepada persoalan, mengapa aku mengucapkan terima kasih kepada drama ini?
Disebabkan aku mengemaskini status Twitter setiap kali cerita ini bersiaran, tidak kira aku emosional, gembira atau sebagainya, aku pasti akan menemui rakan baru di Twitter. Selalunya adalah wanita yang juga tidak berpuas hati dengan jalan cerita serta yang menyukai detik-detik indah dalam cerita ini. Oh, tidak dilupa juga, mereka yang sama-sama emosional dengan aku. Ketawa.

Aku sukakan watak Adam. Mewakili lelaki baik yang belum pasti masih wujud atau tidak di luar sana. Eh, silap. Masih ramai lelaki baik yang wujud, tetapi untuk mencari yang sebaik Adam, mungkin kedengaran agak mustahil. Mungkin, tapi insyaALLAH, masih ada.

Watak Maya sekarang ini memang menjadi kebencian yang teramat sangat. Watak Dani juga amat menjengkelkan. Rasa mahu meletupkan kaca televisyen bila sedang menonton cerita ini. Nah, kan aku kata aku mengikut emosi yang teramat sangat? Baik, aku perlu berhenti menulis tentang ini. Senyum.

Selamat hari pekerja buat semua.
Penulis blog juga satu bentuk pekerjaan rasanya.
Maka, ucapan ini khas buat kalian juga.

Terima kasih buat seorang kawan yang menjadi orang pertama mengucapkan selamat hari pekerja kepada aku. Ah, kamu tidak pernah terlewat untuk jadi orang pertama meraikan aku dalam bentuk ucapan walaupun sekali wahai teman. Tiada sesiapa yang dapat mendahului kamu. Terima kasih kerana ingat bahawa guru juga masih satu bentuk pekerjaan. 

Nota kaki :
1. Semalam (30.04.2010) genap dua tahun pemergian Pak Long Man (abang sulung kepada Bonda). Hari ini bakal menghadiri kenduri di rumah keluarganya. Moga roh Allahyarham dalam rahmat dan lindungannya.
2. Seminggu yang lepas (23.04.2010), genap dua tahun pemergian Pak Ngah Zaman (abang ipar Bonda - suami kepada kakak Bonda). Melihat sepupu-sepupu semakin tabah, aku juga tumpang bangga melihat mereka terus melangkah.
3. Ada empat majlis perkahwinan yang perlu dihadiri hari ini. InsyaALLAH, mungkin akan pergi.
4. Menerima panggilan telefon daripada Hazami Bahrin Daniel. Walaupun sudah menjadi seorang bapa, kamu masih nakal dan terjal seperti dahulu. Bikin aku ketawa sahaja.

Zara : Sedang menyira kekuatan sedaya upaya dalam mengukir senyuman di wajah. Perlip sedang berkerlipan walaupun aku tidak mampu mengira degupan yang mula sirna. Satu persatu dongengan dicurah dengan maulhayat agar ia nyata dan terus kuat.