Showing posts with label Melaka - Menara Taming Sari. Show all posts
Showing posts with label Melaka - Menara Taming Sari. Show all posts

Saturday, October 16, 2010

Eleh, Kalau Kulit Aku Gelap Sekalipun, Apa Kena Mengena Dengan Kau? Antara Rihanna Dan Moon.


Alahai.
Kulit aku gelap sebab aku masuk kelas berenang minggu lepas. Jadi, perlukah kau hantar ulasan-ulasan mengutuk aku sebab kulit aku terbakar di bawah sinaran cahaya matahari?


Ada gaya pengetua tahu?
Solekan mata tetap menjadi keutamaan. Kata gaya remaja yang tidak stabil emosi.
(Ketawa)

Aku bukannya apa, setakat kulit gelap berjemur dengan aktiviti luar kau nak mengata aku macam-macam, aku tak nampak kenapa perlu kau buat sedemikian. Adakah kau cemburu dengan perubahan warna yang mendadak dalam masa dua hari berendam di dalam kolam renang?


Aku percaya mesti kau rindu dengan warna yang di bawah ini kan?

Bak kata kawan aku, kulit sudah sama tona warna dengan Rihanna. Kau mampu?
Ketawa geli hati.

Manalah aku nak tahu kau mampu ke tidak sebab kau tak letak nama ataupun pautan apa-apa. Sekadar guna Tanpa Nama, banyak lagi orang boleh berselindung begitu. Tapi apa pun, aku harap kau bahagia dengan pilihan kau mahu mengutuk aku sesedap rasa. Bukan apa, kulit terbakar memang nampak, terbakar di hati, kau sahaja yang rasa. Aku boleh buat kerja sementara dengan menjadi bomba.

*******

Merujuk kepada penulisan semalam, marilah kita sama-sama berdoa untuk Moon, kawan aku ini ya?

Moon : Hari ni aku keluar dengan dia.
Aku : Berdua sahaja?
Moon : Ada sepupu aku teman, dia pun kata bawa adik perempuan dia.
Aku : Oh, baiklah.
Moon : Doakan aku dapat meluahkan.
Aku : Kau boleh! Sekejap, itu betul adik perempuan ke isteri?
Moon : Shafaza!
Aku : Eh, aku gurau sahaja, nak tahu hati kau kuat ke tak.
Moon : Rasa nak batalkan pula.
Aku : Hoh! Jangan, sila pergi, aku doakan.
Moon : Betul?
Aku : Betul! Pembaca aku pun doakan kau.
Moon : Terima kasih, nanti apa-apa aku beritahu.
Aku : Tulis di Twitter ya?
Moon : Kau gila?!
Aku : (Ketawa)

Mencari kebahagiaan bukanlah payah, tetapi dalam menelusuri kehidupan untuk mendapatkannya, kita perlu tabah dan redha dengan apa sahaja bentuk cabaran dan dugaan. Aku pernah melalui satu peringkat berjuang demi kecintaan diri dan tersungkur lemah. Namun aku tahu, bangkit kembali itu adalah mesti disebabkan kita akan lebih kuat dan tabah dari sebelumnya.

Lelaki Ais : Kau akan kahwin awal.
Aku : Kenapa kau cakap ayat yang sama macam kawan aku?
Lelaki Ais : Percayalah, kau akan kahwin awal.
Aku : Tiada calon.
Lelaki Ais : Suruh keluarga kau cari.
Aku : Kau carikan aku satu.
Lelaki Ais : Kalau jumpa, aku kirim pada kau.
Aku : Tolong bungkuskan dan hantar ke alamat yang betul.
Lelaki Ais : Dihantar terus ke depan pintu rumah.
Aku : Maaf, rumah aku ada pagar.
Lelaki Ais : (ketawa) Layan kau berbual boleh gila.
Aku : Siapa yang telefon siapa dulu?
Lelaki Ais : Ceh!

Nota Kaki : 
Ketagihan aku semakin kuat pada dadah jenis kafein. Betapa aku berusaha untuk berhenti, aku gagal dan kecundang lagi. Pagi ini entah berapa cawan aku mendapatkan kopi dan Nescafe saling berselang-seli.

Zara : Rindu mahu menggarap novel dan cerpen lagi. Saat ini, aku kehilangan ilham mahu terus bercerita bila sumber inspirasi terbaru berkarya aku hilang berjuang di atas padang bola. Tiada lagi musim bunga, tiada lagi musim bahagia, bila saat dipejamkan mata. Yang ada hanya nota. Ketawa.

Monday, September 20, 2010

Beraya Bersama Laksamana Hang Tuah - "La, Betullah Yang Saya Nampak Di Muzium Hari Tu Zara Ya?"


Salam.
Isnin yang ceria sudah kembali.
Manusia yang sukakan hari yang cerah dan bertenaga untuk setiap apa yang dilakukan tidak menjadi beku lagi. Aku memang begini aku rasa, menghabiskan masa bersama dengan pekerjaan, timbunan buku murid serta pelbagai kerja sekolah membuatkan aku bahagia.

Bukti aku beraya bersama Laksamana Hang Tuah.

Dan rupa-rupanya, ada juga yang ternampak kelibat aku di Melaka hari itu. Eh, segan pula rasanya. Bukan apa, mungkin aku tidak mengenali kamu seperti ada seorang pembaca yang berbual dengan aku menggunakan pesanan segera semalam. Mengenalkan diri sebagai Dini, mari ikuti apa yang dia cakap dengan aku malam tadi.

Dini : Zara, nak tanya. Memang ada pergi Melaka hari Sabtu ya?
Aku : Ya, kenapa?
Dini : Dalam jam 3 petang lebih, ada di kapal besar di Banda Hilir ke?
Aku : Eh, kenapa?
Dini : Pakai baju kurung, beg merah, rasa macam orang yang saya lihat itu kamu.
Aku : Betullah tu kot?
Dini : Ada dengan seorang lelaki berbaju putih, jam 3 lebih kan kamu di situ?
Aku : Ya.
Dini : Dengan siapa tu?
Aku : Dengan sepupu.
Dini : Ye ke?
Aku : Ya.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs353.ash2/63308_10150270075715543_885375542_14800320_5537395_n.jpg
18 September 2010 - Tedong, Melaka.
Tahniah kepada Puan Farha dan Encik Jamil.

Sebenarnya, aku teman sepupu aku yang berada di sebelah pengantin lelaki itu untuk ke majlis perkahwinan kawan dia ini. Ya, aku bukan kawan kepada pengantin, tapi aku datang sebagai teman sepupu aku. Awas, sebarang gosip liar tidak dibenarkan kerana dia sudah berpunya. Bak kata dia, "Kau kena jadi lebih keperempuanan sedikit" bila aku mengadu yang keluarga aku tidak begitu menyukai aku menyertai pelbagai aktiviti lasak. Ketawa.

Nota Kaki Untuk Sahabat.
Selamat kembali ke pangkuan taman pendidikan.
Selamat kembali ke kawasan yang penuh dengan kasih sayang.
Selamat pulang berdekatan dengan manusia yang menjadi pujaan.
Pesanan yang aku hantarkan kepada kamu malam tadi, adalah pesanan terakhir.
Selepas ini, aku tidak akan muncul lagi dalam hidup kamu. Anggap sahaja apa yang pernah dilalui sebagai satu kenangan yang baik sahaja. Manusia baik seperti kamu perlu aku biarkan menikmati hidup dengan bahagia tanpa ada manusia seperti aku.
Itu sahaja.

Diam.
Itu bicara akhir.
Dalam tawa, aku pasti masih ada rasa duka yang termeterai disembunyi disebalik wajah mesra.
Gulung nafas.
Bersihkan minda.

Zara : Aku sangat sukakan hari Isnin. Bahagia dan penuh warna.


Shinkansen Harapan : Menunggu Kereta Api Datang Sambil Berharap Akan Disambut Oleh Lelaki Idaman.


Berjalan kaki berteman.
Berdua menaiki kenderaan.
Menikmati pemandangan.
Sambil menanti kedatangan kereta api harapan.
Disambut oleh jejaka idaman.
Yang menyembunyikan hadiah di sebalik tangan.
Dia yang setia mengukirkan senyuman.

Tangan dihulurkan.
Perlu ada sebuah ikatan.
Bukan sekadar berpasang-pasangan, penuh dengan adegan cintan.
Tetapi dengan jalinan ikatan yang dipanggil pernikahan.
Termeterai janji dengan mahligai perkahwinan.
Mencari kesucian sebuah hubungan.
Tidak pernah berhenti menikmati kebahagiaan.

Baiklah, itu prosa pendek pantas dan penuh angan.
Ayat mudah, berangan!
Ketawa ringan.
Bicara di atur agar sentiasa bersopan.


Masih menunggu Shinkansen Harapan walaupun telah membeli kereta. Boleh?
(Nota Gambar : Shinkansen Harapan - ada dinyatakan di dalam satu episod komik GTO. Nampak sangat aku sangat terpengaruh dengan komik dan rancangan televisyen)

Akhirnya aku rasa aku jumpa kembali semangat untuk menulis. Pemikiran sudah dilapangkan dari segala benda yang menyesakkan kepala. Tiada lagi manusia-manusia yang boleh buat aku berpaling dua kali hanya untuk mendengar khabar mereka. Sudah aku bersihkan dari dalam kepala. Biarlah, aku masih yakin pada cakap Abah, aku masih yakin pada diri dan hati aku secara seluruhnya.

Pemilihan perkataan Shinkansen adalah disebabkan aku suka dengan benda yang menggambarkan kelajuan (dan mengaku sahajalah Zara yang kau gilakan pelakon-pelakon Jepun serta drama dan lagu-lagu mereka). Tiada sebarang skandal dengan mana-mana pembaca yang datang daripada Jepun. Siapa yang datang dari Jepun semasa membaca perenggan ini hendaklah meninggalkan komentar (Sila abaikan kalau anda rasa menyampah). Sedang aku menulis ini, ada seseorang yang muncul daripada Utsunomiya, Tochigi. Kalau anda sedang membaca juga, terima kasih aku ucapkan, bila mahu makan nigiri?

Senyum.
Cuti ini aku ada banyak berjalan dan walaupun langkah panjang sampai ke Melaka (jarak ke Melaka pergi balik, lebih sedikit daripada jarak aku ke sekolah. Nampak sangat sekolah aku jauh) sampai dua kali dalam seminggu bertemankan sepupu yang berlainan, aku tetap bahagia dengan diri aku. Perjalanan aku ke Melaka pada 16 September adalah berlainan daripada perjalanan aku pada 18 September. Tujuan berbeza dan ditemani oleh sepupu yang tidak sama.

Aku terbaca sebuah penulisan yang menggarap tentang ciri-ciri lelaki idaman. Secara jujurnya, seperti mengulangbalik pembacaan di sekolah agama suatu ketika dahulu. Tidak mengapa, masih ilmu yang berguna tentunya, dan penulis tersebut ada berkias mengenai wanita yang mendambakan lelaki sebegitu, haruslah mempunyai sifat yang serupa juga. Baiklah penulis, disebabkan aku mengenali kamu secara permukaan sahaja, aku tidak mahu mengulas panjang kerana kamu sudah menemui pasangan yang sepadan dengan kamu bukan?
Ketawa.

Walaupun seperti biasanya soalan perkahwinan melingkari hidup aku yang biasa-biasa ini, aku hanya tunduk dan ketawa seorang diri jika ditanya oleh golongan yang lebih tua. Soalan-soalan begitu tidak akan menemui noktah sehinggalah masuk ke liang lahad agaknya. Jujurnya aku sudah melalui sebahagian daripada persoalan itu dan pastinya, sekarang aku sedang terberhenti dan tersekat pada soalan yang besar pengertiannya. Mari kita lihat antara soalan-soalan yang pernah aku lalui (dan aku pasti kalian pernah juga ditebak begini).
1. Peperiksaan dapat nombor berapa?
2. UPSR berapa A?
3. PMR berapa A?
4. SPM berapa A?
5. Lepas SPM masuk mana?
6. Lepas matrikulasi, dapat masuk universiti mana? Ambil kursus apa?
7. Dah habis belajar bila nak kerja? Tak sambung belajar?
8. Dah kerja dah ke? Kerja apa?
9. Bila nak beli kereta?
10. Dah kerja, dah ada kereta, bila nak kahwin pula?

Sekarang soalan itu sudah tergantung di soalan nombor sepuluh yang pastinya akan ada sambungan jika nombor sepuluh telah dilalui. Sebagai contohnya yang sering berlaku di depan mata.
11. Dah kahwin, bila nak dapat anak?
12. Dah dapat anak, bila nak tambah lagi?
13. (Bila anak dah besar, dewasa) Bila nak bercucu ni?
14. Dan banyak lagi....

Bukankah aku sudah nyatakan yang soalan begitu tidak akan pernah berhenti? Sentiasa ada sambungan, cuma mungkin dalam pelbagai versi dan variasi.

Soalan penting : Apa kaitan tajuk penulisan kali ini dengan isi yang cuba aku sampaikan dengan terperinci? 

Jawapan yang mungkin kurang penting : Aku sendiri kurang pasti, cuma mungkin sebagai peringatan, jangan pernah membuatkan andaian yang aku sudah punya teman istimewa sesuka hati hanya dengan melihat gambar-gambar aku bersama rakan dan juga ahli keluarga.

Nota Kaki :
Menjaga hati perempuan memang susah. Aku sudah penat mahu memikirkan hati wanita-wanita yang kononnya rasa tercabar apabila aku berkawan dengan teman lelaki mereka. Aduhai, bukankah kamu lebih mengenali dengan siapa sebenarnya kamu bercinta?

Zara : Lebih senang menjaga hati sendiri dan manusia yang penting serta signifikan dalam hidup aku yang membeku sehari demi sehari.


Sunday, September 19, 2010

Aku Mahu Membiarkan Waktu Berhenti. Gadis Biru Dan Tas Tangan Merah.


Tik...Tok...
Kalaulah boleh memberhentikan masa, pasti aku sudah meletakkan satu batu penanda.
Sebagai tanda aku mahu rehat dengan secukupnya.
Diam.
Rehatkan minda.


18 September 2010
Menara Taming Sari, Melaka.

Nota Kaki :
Kehilangan satu demi satu orang yang dianggap sahabat sejati. Biarlah, mereka sendiri tidak mengerti.

Zara : Mahukan rehat yang mencukupi.