Showing posts with label Kembara Buku 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Kembara Buku 1Malaysia. Show all posts

Tuesday, September 28, 2010

Aku Seorang Gadis Periang Seperti Seekor Reriang Mengalami Metamorfosis | 23 Bukan 16 Tahun


Salam.
Sering ditebak dengan persoalan apakah aku manusia yang benar-benar beku seperti yang diluahkan, aku ketawa sahaja. Aku manusia yang acapkali dikatakan periang dan aktif di luar kawalan. Ah, mereka yang pernah bertemu ataupun berbual bersama aku di talian telefon mungkin menyedari aku manusia yang banyak ketawa.

Dia : Kau seorang yang periang?
Aku : Sebab aku suka ketawa?
Dia : Kau sentiasa nampak gembira, riang sahaja.
Aku : Seperti seekor reriang yang mengalami metamorfosis, aku bahagia dengan dunia aku.
Dia : Reriang itu apa?
Aku : Sejenis serangga.


Tolonglah percaya yang gadis ini sudah berusia 23 tahun, bukan 16 tahun.
Dia dilahirkan pada tahun 1987.

Aku mungkin bukan anak baik yang sering mendengar kata mereka disekeliling dalam melaksanakan apa yang aku mahukan. Aku selalunya menyandarkan keperluan aku dalam apa yang aku mahukan. Kalau aku mahu sesuatu, aku rela mendapatkannya sendiri, dengan kudrat aku sendiri.

Ada orang kata, disebabkan aku selalu ketawa, aku sering disalah anggap sebagai tidak serius bila membicarakan sesuatu. Entah, mungkin kerana aku terbiasa keseorangan, bila didekati oleh manusia lain, aku lebih suka ketawa dan membiarkan butir bicara sahaja yang membuatkan suatu suasana itu bernyawa.

*******

"Rindu. Rindu nak tengok kamu senyum, rindu nak tengok kamu kepenatan, sibuk dengan kerja, rindu nak tengok kamu tersengih riang setiap kali terpandang wajah-wajah yang memerhatikan kamu. Rindu dengan Zara yang begitu. Tapi tak rindu kena pukul dengan kamu sebab sakit"

*******

Aku bukan lagi gadis yang akan tendang orang kalau marah.
Aku bukan lagi remaja yang baling kerusi sampai patah.
Tidak, aku sudah benci ikut nafsu amarah.
Ia akan buatkan aku jadi manusia serakah.
Aku lebih rela dipandang lemah.
Asalkan aku tidak menggadaikan maruah.

Senyum sambil kira satu, dua,
tiga - lompat ke tepi.
Kau bolehporak perandakan hidup aku ini.
Tapikau tidak akan dapat mencuit sekeping hati.
Itu sudah pasti.

Pemilik hati mungkin masih mendengkur sendiri.
Ah, dia masih belum ku temui.
Kalaulah dia sudah muncul di dalam hati ini.
Aku hanya mahu lihat dia dari sisi.
Biarku dipanggil manusia sepi.
Asalkan sedikit kebahagiaan mampu aku kecapi.

Tidak.
Aku bukan tamak.
Aku kadangkala melihat, walaupun tidak nampak.
Cuma, kalau kau degil, aku campak.
Biarkan terhentak.
Awas, jangan sampai aku sepak.
Sakit tahu tak?
Ketawa terbahak-bahak.

Zara : Hati aku adalah kawasan yang sama sekali aku tidak akan biarkan kau permainkan. Kedegilan aku dalam mempertahankan kemahuan aku adalah disebabkan prinsip aku yang kau tidak dapat tembusi. Kau mungkin tahu aku, tapi kau tidak mungkin memahami aku. Sekurang-kurangnya, aku sudah dapat bau.

Eksklusif Jam Satu Pagi : Ditangkap Sedang Asyik Mengulit Mimpi Di Dalam Badan Suami Tercinta


Comel keletihan.
Mesti rasa nak lempang nampak perkataan 'Comel Keletihan' itu kan?
Tapi tidak mengapa, ini blog peribadi maka kalau tidak ada yang tidak sudi lihat, boleh ke tepi.
Ketawa.


Gambar sedang tidur di koridor jam 5 pagi dikatakan tidak comel dan hodoh.
Sekejap, ada aku kata aku comelkah kalau tidur? Mana ada!

Disebabkan kau tak puas hati dan mencaci aku teruk, aku sebenarnya malas mahu ambil peduli. Tapi, makin aku biarkan, makin menjadi-jadi pula. Aku tidak pernah kata aku cantik, comel dan sebagainya. Cuma orang yang rasa macam itu, apa aku boleh buat kan? 
Ketawa.

Aku sengaja mahu hidangkan satira klasik untuk masa depan, agar kau mengerti bahawa kau hanyalah watak sampingan yang tidak dipedulikan di dalam blog aku.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs693.snc4/63363_1613523935742_1165601668_31756114_2086638_n.jpg
Tukang Ambil Gambar pun termasuk dalam gambar.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs693.snc4/63363_1613523975743_1165601668_31756115_3661921_n.jpg
Comel betulkan? Rasa nak lempang. Ketawa.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs693.snc4/63363_1613524015744_1165601668_31756116_2732674_n.jpg
Nampak suami aku sangat kacak dan bergaya bila aku tidur bersama dia.
Ketawa.

Apa kau ingat senang nampak orang lain tidur secara comel di dalam suami dia?
Mana ada. Susah kau tahu?
Ketawa.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs680.snc4/62055_1613526455805_1165601668_31756142_7706988_n.jpg
Ini lepas minum Nescafe secara berlebihan pada jam 2 pagi di R&R Pagoh.
Gigih betul aku rasa hidup aku sepanjang minggu lepas.

Baiklah.
Untuk orang yang kata aku tak comel dan sebagainya, ketahuilah bahawa aku sendiri tidak pernah mengaku aku comel ataupun apa sekalipun ya?
Senyum.

Zara : Aku sangat perlu teruskan aktiviti menulis semula. Sudah kehilangan rentak sejak kebelakangan ini. Aduhai.

Monday, September 27, 2010

"Kau Cantik, Betul. Kenapa Agaknya Orang Tak Nampak Yang Kau Sebenarnya Perempuan?"


Ada orang cakap begitu dengan aku.
Jujurnya aku ketawa kuat sambil terlupa etika ketawa yang sepatutnya sebagai seorang perempuan. Nasib baik aku sedang memandu, kalau tidak, pasti aku akan berguling ketawa di atas lantai.
Tapi sebenarnya agak terharu juga disebabkan ada orang nampak aku perempuan.
Ketawa lagi.

Kenapa orang selalu tanya begitu?


Gambar hiasan - Sedang memasang khemah sambil bergembira di atas padang jam 4 pagi.
Penghargaan : Bang Hafiez (Jurulatih merangkap Tukang Ambil Gambar)

Aku jujurnya tidak berapa mengerti apa maksud 'perempuan' sebagaimana orang mahu lihat dalam diri aku. Aku manusia yang sentiasa bertudung ke sana ke mari, mempunyai ciri-ciri fizikal wanita normal (ya, aku tulis normal disebabkan ciri-ciri lain aku tidak tahu) dan sekali pandang, orang biasanya akan tahu aku seorang perempuan berdasarkan ciri luaran.
Dalaman?
Itu sesuatu yang aku tidak tahu bagaiman mahu menulis. Cuma, mari ku kongsikan sedikit cerita aku dan seorang kawan yang berbicara dengan gembira seperti sudah kenal lama. 

Dia : Kau cantik sebenarnya.
Aku : (ketawa) Sekarang baru aku tahu kenapa kau pakai kaca mata.
Dia : Betul apa?
Aku : Kau nak bodek? Jangan risau, aku tak tinggalkan orang di tepi jalan.
Dia : Kau cantik, betul. Kenapa agaknya orang tak nampak yang kau sebenarnya perempuan?
Aku : (ketawa) Aku sentiasa perempuan.
Dia : Kau memang selalu pakai seluar besar begini?
Aku : Memang ini aku.
Dia : Aku dah agak dah. Baju besar, seluar besar. Ni mesti sebab paha kau besar kan?
Aku : Amboi mulut!
Dia : (ketawa) Tapi tak mengapa, aku rasa baik macam ni.
Aku : Ini memang pakaian rasmi aku kalau bertugas.
Dia : Macam mana pun, tudung tetap belit-belit ya?
Aku : Selalu aku pakai yang senang sarung. 
Dia : Yang penting menutup aurat kan?
Aku : Ya.
Dia : Sebab itu aku kata kau cantik, ada daya tarikan sendiri.
Aku : (ketawa) Cukuplah buat lawak hari ni.
Dia : Aku cakap yang betul.
Aku : Anehnya, aku rasa kau tak betul.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs348.ash2/62855_1613609257875_1165601668_31756585_903287_n.jpg
24 September 2010 - antara pakaian rasmi kalau aku menghadiri tugasan luar.
Penghargaan : Bang Hafiez (Jurulatih merangkap Tukang Ambil Gambar)

Aku mungkin manusia yang kurang percaya dengan orang bila berlaku sesuatu, tapi aku sentiasa buka ruang bicara jika memerlukan. Mungkin kasar bila berbicara, tapi aku masih percaya dengan konteks di mana gurauan ringan acapkali perlu dalam membuatkan komunikasi berjaya.
Buat kawan itu, kalaupun kau lihat aku sebagaimana apa yang kau mahu lihat, aku tidak dapat berbuat apa-apa. Sebab itu memang diri aku yang aku suka.

Zara : Hari ini Isnin (27 September 2010). Aku menggunakan cuti rehat pelepasan yang diberikan oleh PPD disebabkan aku bertugas hujung minggu.

Bila Memasang Khemah Dari Jam 9 Malam Hingga 4.30 Pagi, Ini Wajah Yang Kamu Jumpa Di Koridor


Empat hari yang penuh pengalaman.
Empat hari yang penuh dengan kisah suka dan duka.
Empat hari yang banyah mengajar aku lebih tentang manusia yang berada di puncak kuasa.
Empat hari yang buat aku lebih sayang dan cinta kepada keluarga kokurikulum aku.
InsyaALLAH, sentiasa.

Salam. Aku sudah pulang teman-teman.
Kalau ada yang terdetik rasa rindu pada blog aku (jujurnya pasti bukan aku kan?), aku lebih rindu yang teramat sangat mahu menulis.


24 September 2010 - Selepas Jam 5 pagi pastinya.
Lokasi : Laluan sebelah tandas Kompleks Sukan Pagoh.

Tidak dapat menulis banyak. Aku kepenatan, tetapi ada sesuatu yang sangat menggembirakan berlaku. Bahagia dengan kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran kerana ianya lebih mematangkan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs680.snc4/62066_1613610377903_1165601668_31756596_6948528_n.jpg
Sedang menerima hakikat yang aku semakin gelap akibat banyak berjemur.
Penghargaan : Bang Hafiez (Jurulatih merangkap Tukang Ambil Gambar)

Zara : "Kau cantik, betul. Kenapa agaknya orang tak nampak yang kau sebenarnya perempuan?" *terharu* [Ada seseorang yang cakap begini pada aku pada hari Sabtu. Alahai]

Thursday, September 23, 2010

Temubual Proses Mencari Jodoh Eksklusif : Bila Dua Manusia Mempunyai Kepala Sama Berbicara


Temubual 22 September memang buat aku ketawa.
Tidak aku sangka benda yang selama ini aku simpan seorang diri boleh dikongsi dengan seorang teman yang aku kagumi hasil penulisan dia? Ah, mungkinkah disebabkan kami manusia pelik yang tahu bagaimana berhubung sesama manusia?

Aku ini orangnya yang suka duduk seorang diri dan simpan apa yang aku rasa perlu walaupun aku sendiri akan menjadi kurang mengerti mengapa jadi sebegitu. Tapi itu diri aku mungkin.

Dan aku, menangguhkan butir bicara kami dengan meninggalkan 3 perkara yang aku nyatakan kepada kawan aku itu bila ditanya, apakah ciri-ciri lelaki yang aku mahukan.
1. Orang yang tak kuat cemburu.
2. Kalau boleh yang dikira setaraf.
3. Boleh menerima aku yang gila-gila.

Huraiannya?
Tunggu aku balik ke rumah.
InsyaALLAH, jumpa kamu semua dalam masa 4 hari lagi.

Zara : Akan memulakan tugas petang ini sehingga Ahad (26 September 2010) di Kompleks Sukan Pagoh.