Wednesday, March 13, 2013

Hebatnya Kau.


Demi cinta.
Demi janji hidup selamanya.
Kau buang keluarga.
Terajang ibu bapa.
Adik beradik kau sumpah ke neraka.

Apa hebatnya kau tanpa mereka?
Apa bagusnya kau tanpa jagaan mereka?
Siapa kau tanpa nama bapa?
Siapa kau tanpa ibu yang bertarung nyawa.

Demi cinta.
Demi kasih sayang gila.
Kau buang segalanya.
Demi kejar dunia.
Kau dan dia.

Hebatkah kau yang kini anak derhaka?
Hebatkah kau sebab agungkan cinta?

Cinta itu palsu.
Kelak kau juga lesu.
Adakah kau akan pulang menemui keluarga yang kau tidak mahu?
Malu mengaku.

Kelak nanti kau datang.
Peluk cium penuh air mata - sanggup diterajang.
Kalaulah waktu itu keluarga kau masih pandang.
Entah-entah mereka sudah lama terkedang.
Menunggu malaikat maut bertandang.
Ambil nyawa, roh lesu di ranjang.

Hebatnya kau.
Tidak langsung rasa gulau.
Apatah lagi bertandang risau.
Waktu mereka semua kau halau.

Segalanya demi cinta.
Hilang nilai manusia.
Musnah ikatan keluarga.
Dan itu --- buat kau bangga?

[Sumber gambar]

3 comments:

didie noxious said...

:)

Anonymous said...

Nauzubillah himinzalik. Minta di jauhkan semua itu dr dirii ini.

ZULHILMI TEMPOYAK said...

Ya Allah..