Salam.
Memandangkan keadaan belum reda sangat, maka aku mengambil keputusan untuk memperlahankan sedikit tulisan aku di sini dan menumpukan perhatian aku kepada perkara lain. Barangkali ini mungkin satu isyarat agar aku cuba buat perkara lain yang dapat membantu orang lain (dan juga diri aku sendiri) dengan cara lain.
Satu benda yang aku terfikir untuk buat adalah dengan mewujudkan satu laman untuk kita semua menulis sesuatu yang kita mahu luahkan kepada diri sendiri tapi tidak mahu dikenali. Mungkin dengan kita meluahkan, kita mampu untuk membantu diri kita, mengingatkan diri kembali tentang apa yang dilalui dan dalam masa yang sama, kita sebenarnya membantu orang lain juga tanpa disedari.
Aku mulakan projek #SuratUntukDiri sejak 16 Mac 2013 - dengan sedikit harapan agar, segala benda yang dikongsikan oleh mereka-mereka di luar sana akan menjadi pengajaran, pengalaman buat diri mereka dan juga peringatan buat kita semua.
[Instagram aku] : Contoh pengumuman. |
[Instagram aku] : Contoh paparan Tumblr. |
Jadi bagaimana caranya untuk menyumbangkan sesuatu buat projek #SuratUntukDiri ini?
1. Letakkan tajuk #SuratUntukDiri - (tajuk anda fikir sendiri)
2. Tulislah dengan ejaan yang memudahkan orang baca.
3. Jujur dengan diri anda sendiri.
4. Kalau tak mahu dikenali, boleh letak nama samaran.
5. Tekan ‘tags’ dibawah supaya senang atau mudah dikongsi.
6. Boleh tulis dalam BM, BI ataupun mana-mana bahasa yang anda suka asalkan ejaannya mampu difahami oleh orang lain.
2. Tulislah dengan ejaan yang memudahkan orang baca.
3. Jujur dengan diri anda sendiri.
4. Kalau tak mahu dikenali, boleh letak nama samaran.
5. Tekan ‘tags’ dibawah supaya senang atau mudah dikongsi.
6. Boleh tulis dalam BM, BI ataupun mana-mana bahasa yang anda suka asalkan ejaannya mampu difahami oleh orang lain.
7. Tiada tarikh tamat tempoh. Anda boleh tulis sebanyak mana anda suka, sebanyak mana anda mahukan.
Hantarkan ke : Tumblr Surat Untuk Diri (pautan)
Anda tulis, aku siarkan.
Selamat menulis.
3 comments:
blogwalking.... jmput follow ke tmpt sy juga..
hai sarip!
done!!! :)
Post a Comment