Friday, March 08, 2013

Curang Lagi.


Kadangkala manusia tidak hargai.
Peluang yang diberikan lagi.
Untuk mereka kembali.
Perbaiki diri.

Bila bukan depan mata.
Meraung bagai nak gila.
Sanggup buat apa sahaja.
Asalkan kembali bersama.
Mahu tebus segala dosa.
Merayu, menangis --- minta peluang kedua.

Bila diberikan peluang kedua.
Anehnya syaitan kembali menjelma.
Dibiarkan kosong jiwa.
Teruskan kembali drama.
Buat seperti biasa.
Bagaikan kali pertama bercinta.
Semuanya nampak baik belaka.
Padahal hakikatnya sedang pacak sandiwara.
Yang disembunyikan dari pandangan mata.

Kesilapan terbongkar.
Ternyata manusia mungkar.
Yang dijanji tidak dibuat bagai pernah diikrar.
Sanggup angkat sumpah --- kalau menipu akan terbakar.

Peluang kedua pernah diberi.
Mahu menagih lagi.
Peluang ketiga dinanti.
Tabur seribu satu janji.
Untuk kekal setia di sisi.
Tidak akan berganjak walau seinci.
Walau apa berlaku, hanya boleh dipisahkan oleh mati.

Lembut hati.
Hati sayang lagi.
Sudah kali ketiga tidak akan mungkir janji.
Biar kali ini sehidup mati.
Bukankah sudah bersumpah --- nyawa jadi galang ganti.

Tapi, manusia kan rasa mereka berkuasa.
Itu semua sekadar penyedap kata.
Untuk teruskan kegiatan cela.
Ternyata masih mahu terus selingkuh entah kali keberapa.
Kasih sayang yang dilaung retorik cuma.

Jahanamnya rasa.
Lebih teruk dari kali pertama.
Lebih sakit dari kali kedua.
Lebih bodoh sebab sudah kali ketiga.

Dia datang lagi.
Merayu kau kembali ke sisi.
Sudah kali keempat --- mahu beri peluang kembali?

Tiada tempat untuk manusia curang.
Cepat-cepat bina jurang.
Hati kau bukan boleh dicampak dibuang.

[Sumber gambar]

9 comments:

Anonymous said...

Berkesan meninggalkan kesan di hati. Noted. :) @NazatulAsyiqinM

Nur Arifah said...

Peluang yang diberi selalu tak di hargai :)

Admin said...

Sangat bosan dengan rasa yang didua,
ayuh kita petik bahagia ! "D

Penglipur Insomnia said...

aku cuma mau tanya, bagaimana pula bila kau tahu si curang, bukan milik kau, bercurangan dgn lain ? move on atau kesian atau geram. Ahh aku dilemma.

me in LDR said...

maaf yer kalau saya menyampuk,

pendapat saya, kalau dah tahu memang curang dan memang pasti, tak perlu tunggu lagi. setiap benda yang ada permulaan, pasti akan berulang berkali-kali sebelum benar-benar berakhir. awak tak layak dicurangi..=)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Sifat manusia.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ayuh :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

kau boleh beri peluang.
tapi pastinya kali kedua/ketiga/entah kali ke berapa takkan sama lagi.

:)