Salam semua.
Sejak dari malam semalam sehinggalah aku menaip tulisan hari ini, masih ramai lagi yang menghantar email. Terima kasih kerana sudi menghantarkan email, memudahkan aku untuk berkongsi zine #JIWA pada kalian. Ya, #JIWA pernah dicetak dan sesiapa yang pernah mendapatkannya daripada Kerat Studio, terima kasih yang teramat sangat.
Tapi, #JIWA yang anda dapat dalam bentuk PDF adalah versi tanpa potongan. Lebih panjang daripada versi yang dicetak dan ianya percuma aku berikan selepas #JIWA sudah enam bulan dipasarkan. Jadi, kepada sesiapa yang kurang memahami arahan pada tulisan aku 'Hadiah Kalian' itu, caranya amat mudah sebenarnya (atau adakah ayat aku yang menjadikan ianya sukar?)
1. Hantarkan email pada aku. Diulangi, email pada email aku yang ada dalam gambar.
[Instagram] : Sedang kerja keras. Ehem, at least bagilah salam wahai sayang2 sekalian. Heh! (Made with #jusgramm App) @jusgramm #zine #jiwa #dsz |
2. Bila aku dapat email dari kalian, yang termasuk dalam spam pun ada, aku balas dengan zine tersebut. Mudah kan? Mudah sayang sekalian. Sebenarnya, kalau kau tinggalkan email bersepah-sepah dalam ruangan komen, aku tak ambil dan hantar. Maaflah. Sebab marilah kita mudahkan diri masing-masing. Aci tak?
Aci lah!
Lepas ni, kalau kamu menggunakan Twitter ataupun Instagram, kamu baca zine yang secebis cuma itu, boleh guna tanda #dsz, #dsz4tahun dan #JIWA. Boleh kan?
(kelip-kelip bulu mata)
Jadi, sempena nak menyambut ulangtahun blog yang dah boleh masuk ke sekolah tadika - aku sedang fikir apa yang perlu dilakukan. Sejak tahun pertama hingga sudah mahu masuk empat tahun, setiap kali adalah benda berbeza. Lagi pula, tak ramai mana baca blog ini, sebenarnya mudah juga nak buat dan berkongsi benda begini. Heh!
Terima kasih juga yang email dan sempat berbual dengan aku. Yang mengirim salam buat Kopi, yang mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan untuk aku dan blog serta yang mengharapkan aku kurus juga adalah menarik. Terima kasih. Ya, email sahaja pada bila-bila masa yang kamu suka. Kalau aku punya masa, pasti aku balas walaupun kamu hanya mahu tanya - "Zara sihat hari ni?"
Cewah!

[Instagram] : Nama aku dekat IG adalah lordzara. |
Jadi, sila senaraikan apa yang anda rasa anda mahukan. Satu lagi zine? Ataupun apa sahaja. Utarakan pandangan anda.
Terima kasih :)
10 comments:
Cuma mahu kita semua hidup aman sentosa bahgia sentiasa. Oh ya, satu lagi zine sedak juga. @cut_chann
Baru emel :)
setuju!
mahu akak giat penuh semangat hasilkan karya!heh~
bagi la apepon saya terima dgn tangan terbuka :)
Belum sempat baca lagi.. huhu. Tunggu aku tamat final exam dulu.. ehehe. Tapi aku dah jeling2 sikit.. nampaknya seperti menarik. Kena dengan JIWA aku.=)
Azam baru aku, mahu terus hidup bahagia.. dan makin kuat dari sebelum3 ini. Insyallah.. ehehe.
Terima kasih :)
Hahahaha.
Mengada.
Haip!
Bagusnya kamu :D
Good luck exam!
JIWA dah dapat, so aku nak kau kahwin. Wohaaaa!
Teruskan berkarya Lordzara.
kalau aku mintak ferari agak2 boleh dapat? tak boleh kan.. =P so mohon tuan blog je yang decide terbaik untuk readers2 sekalian..
Post a Comment