Sunday, December 02, 2012

Separuh Mati.


Kebisuan barangkali membunuh manusia.
Tetapi bingit juga bahaya.

Tidak pernah ada satu pun boleh bikin telagah.
Barangkali punya hati-hati dalam melangkah.
Untuk apa bertelingkah.
Jika semuanya didapati dengan bersusah payah.

Dalam kesenyapan.
Selalunya muncul ujian.
Hadapi dengan perlahan.
Kerana barangkali akan ada keputusan.
Sama ada kecundang tanggung kekalahan.
Ataupun menjulang kemenangan.

Berdiri antara dua pihak.
Semuanya bagaikan saling terhentak.
Menunggu masa untuk retak.
Walaupun kaki mahu menolak.
Tetapi akal enggan menolak.
Masih mahu pikul beban berat bagai balak.
Semata enggan mahu disorak.
Itu boleh bikin rosak otak.

Seringkali jiwa disinggahi rasa pilu.
Entah kenapa boleh tiba-tiba sayu.
Bukan mengenangkan masa lalu.
Kadangkala perasaan rasa nyilu.
Tahan rasa sebu.
Ketap bibir dan teruskan membisu.
Walaupun hatinya bagaikan dipalu.
Dia tetap kekalkan senyuman seperti selalu.
Biarkan jiwa menggunung rasa malu.
Sebab dia percaya pada yang satu.

[Sumber gambar]
 
Frappu :  Saya rindu awak separuh mati.
Kopi : Jangan. Nanti dua kali rindu dah mati.


Nota Kaki :
Selamat buat rakan-rakan yang melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu yang punya tarikh cantik 02.12.2012. Buat Isaac Ismael (Terfaktab) - selamat menjadi suami Deanna Imbran.

Zara : Adakah anda betul-betul boleh melangkah jauh tanpa sedikit pun menoleh ke belakang? Kadangkala curi lihat itu perlu supaya kita ingat bagaimana kita berada di tahap sekarang. (Shafaza Zara, 2 Disember 2012)

1 comment:

.ciknoey. said...

Suke ini..! Susahnye melupakan sorg yg mmberi kenangan yg terlalu byk pd kite...hmmm