Raya kali ini aku sakit. Pakej lengkap demam, selsema dan batuk memang merengsakan. Aku tinggi dengan suhu dan kandungan dadah dalam badan juga. Beraya dalam keadaan begini memang buatkan aku separa nanar - dan bikin otak aku serabut juga. Sesak dan sakit. Benci.
Dengan segala macam agenda - dan juga benda yang aku tak berapa gemar tapi perlu hadam atas tanggungjawab sosial (bak kata adik lelaki aku) - maka, kita turutkan sahaja walau hakikatnya hati membengkak dan mulut banyak mengomel belakang di dalam Adam Awraq. Ah, kalau sahaja Adam Awraq punya telinga, pasti sudah tuli mendengarkan segala macam umpatan, kejian dan apa sahaja dosa kecil didalamnya. Nah, hanya untuk melepaskan perasaan. Bukan mahu mengata (ah, sama sahaja nilai dosanya).

[Sumber gambar] |
Kalau raya adalah satu pilihan, aku mungkin hanya akan berada di surau atau masjid di pagi raya dan menjelang matahari terpacak di kepala - aku sudah kembali bekerja. Cuma itulah, aku cuma insan yang mengikuti arus dan belum pernah ada kekuatan untuk menongkahnya.
Cuma satu yang aku suka tahun ini. Baju raya warna hijau.
Cuma satu yang aku suka tahun ini. Baju raya warna hijau.
3 comments:
saya juga suka hijau.tapi syg sudah bertahun lamanya tidak memiliki hijau sebagai warna penyeri d pagi raya.
cuma satu yang saya suka.berkesempatan bertemu empat mata dengan wajah2 kesayangan dari zaman bercinta zmn purba hingga zmn neolitik.zmn yg cintanya hanya duka msh blum lagi kerna msh blum pulang di bumi kedah!
takpe2 kak z...
sabo je la yg boleh...
pape pun...
baju ijau 2 buat kak z nmpak macam budak skola....
(ok r 2, nmpak awet muda)
hihihih ^O^
samat hari raya.....
Haha~ true tanggungjawab sosial dan juga menjaga hati ibu bapa.
Post a Comment