Salam semua.
Minggu terakhir sebelum Ramadhan meninggalkan kita dan entah bila mahu bertemu lagi. Hujung minggu bila melalui jalan-jalan yang menjadi tumpuan umum yang membeli belah, rasa mahu hentak kepala di cermin kereta. Sesak sehingga jalan yang sepatutnya tidak apa-apa pada hari biasa, boleh buatkan terperangkap lebih setengah jam. Kegilaan apakah? Dan paling memalukan - sewaktu menemani Puan Mulia mencari samping si kecil semalam - aku hampir PITAM - melayang dalam kedai sebelum aku bergegas ke kereta - baring dan mengurut diri sendiri. Kali pertama jadi begini - ada ke nak pitam masa berbelanja? Tak serupa perempuan betul. -_-"
Bila kami membeli belah sekarang ini untuk hari raya, seperti tahun-tahun sudah dalam keadaan sederhana. Sekarang kalau keluar, hanya bertiga dengan si kecil itu. Ataupun cukuplah sekadar aku dan Puan Mulia. Kalau dulu, ambil kau - lapan orang sekaligus pergi beli pakaian. Sekarang semua budak-budak itu dah tinggalkan rumah - sambung belajar sana sini, maka nanti sahaja bila balik baru kita uruskan. Tidak ada yang perlu berlebihan, sekadar keperluan. Puan Mulia sendiri belum jumpa lagi baju kurung untuk dia. Ah, dia memang jenis sederhana. Kalau baju berbatu-bata, berkilauan meriah semua memang bukan selera dia. Ayat dia semalam memang tak boleh tahan :
"Ni apa pesen baju raya semua macam baju tunang dan kahwin ni?"
"Sekarang punya begini la kot?"
"Habis tu, kalau raya pun dah pakai lace dan batu-batu kilat ni, orang tunang pakai apa sekarang?"
"Nanti Along tunang, Along pakai baju kurung biasa. Corak-corak"
Terus kena jeling. Wah! Kemain gatal kau Zara sebut hal tunang. Ada duit ke? Takde kan? Duduk diam-diam. Ada calon ke yang nak masuk meminang? Kalau takde, duduk senyap-senyap di satu sudut kotak empat persegi warna biru. Berangan.
Sewaktu membeli belah, bila nampak keluarga lain yang mengheret anak ramai memilih pakaian dan keperluan raya - pastinya mengimbau kenangan sendiri yang melalui benda sedemikian. Panas cuaca, letih puasa dan sebagainya - dengan yang menangis, meraung, merajuk bagai - banyak drama. Macam semalam, ada budak kecil yang sentuh-sentuh kasut sebab nak pilih agaknya, Mak dia datang dan cubit tangan dia kata jangan sentuh barang orang. Pemutusnya, budak itu menangis dan hentak-hentak kaki di lantai. -_-"
Kata kuncinya adalah : Jangan sentuh barang orang.
[Sumber gambar] |
*******
Barang orang, hak orang, kepunyaan orang : serasanya mempunyai pengertian yang hampir serupa. Sejak dari kecil, kita diajar oleh ibubapa dan orang dewasa lain untuk tidak mengusik atau menyentuh barang orang lain. Cuba sahaja ke rumah orang sewaktu beraya - pastinya ibubapa dalam kereta sudah mengingatkan supaya berkelakuan baik dan jangan merayau dan mencuit-cuit barang sesuka hati di rumah orang lain - hatta rumah datuk/nenek sendiri kan? Konsep itu sudah diamalkan dan diterapkan sejak kecil.
Malangnya, bila menginjak dewasa, sesetengah daripada kita terlupa dengan konsep tersebut dengan mengambil kira rasional kita sendiri yang kadangkala langsung tidak rasional. Dihijabkan pandangan atas dasar suka suatu benda itu - tidak kira barang, hatta manusia sekalipun - kalau kita suka, kita mahu dapatkan juga. Caranya : cantas laluan orang dan masuk bersaing dan malangnya bukan secara sihat. Dalam erti kata lain, sailang hak orang.
Mari kita tengok pendapat sesetengah orang tentang perkara ini :
01 - Kekasih orang : Ala, baru kekasih orang. Apa yang nak kecoh sangat. Bukan dah jadi hak milik rasmi lagi. Persaingan masih terbuka - siapa yang dapat dahulu, dia yang punyalah kan? Tak payah susah-susah nak fikir hak orang ke apa. Kalau hak tu maksudnya dah kahwin. Ni kalau setakat bercinta, hak apanya? Mana ada hak sebagai kekasih atas dunia ni?
Untunglah kalau semua kekasih orang kau boleh sebat buat sesuka hati kau sebab kau anggap dia bukan hak mutlak kekasih dia lagi. Habis nanti, kalau kau punya kekasih (setelah kau berjaya sailang contohnya) - bolehkah orang gunakan alasan yang sama untuk cantas kekasih kau pula? Bolehkan? Kata bukan hak sesiapa dan persaingan terbuka macam tender kantin pejabat - maka, semua orang ada hak nak bida kan? Konsep pembalasan balik itu ada. Jangan lupa.
02 - Tunang orang : Belum kahwin. Setakat tunang boleh putus. Alangkah kahwin pun boleh bercerai, inikan setakat tunangan orang. Belum tahu hubungan mereka stabil. Entah-entah sebab lama sangat bertunang, mereka dah bosan dan terpaksa sahaja meneruskan perkahwinan sebab tak mahu ada keluarga yang malu. Ya la, dah bertunang hebat dengan pelamin bagai - takkan nak putus tunang pula kan? Tapi, kalau tunang orang tu pun rela, apa salahnya menyelit dalam hubungan kan?
Main sedap je eh? Padahal dalam agama pun dah diingatkan jangan menganggu tunangan orang. Kalaupun dia itu kekasih lama kau yang sudah berjanji sehidup semati walaupun kubur berasingan - tunang orang tidak boleh diganggu. Cuba sekejap letak diri kau dalam situasi pasangan dia. Apa perasaan kau, bila dah bertunang - dah ikat sebelah kaki dengan pasangan dan tunang kau kena rampas dengan orang lain? Kau suka eh?
03 - Suami/Isteri orang : Perkahwinan mereka tak bahagia. Pasangan duduk jauh antara satu sama lain, jadi cuma temankan sahaja bila sunyi. Entah macam mana, boleh tersangkut pula. Padahal cuma nak kawan-kawan sahaja.
Hakikatnya, kenapa perlu masuk dalam hubungan paling suci itu? Perkahwinan yang dibina atas pernikahan yang suci - ikatan dua jiwa - tidak kira mereka punya masalah ataupun tidak, kau sebagai orang luar, tidak ada hak untuk kacau dan masuk campur (kecuali kau berkaitan dengan undang-undang contohnya). Kalau tak, jauhkan diri daripada menyemak dalam urusan rumahtangga orang lain. Kalau bermasalah sekalipun, itu bukan alasan untuk bercinta dengan salah seorang daripada mereka. Gila ke apa?
[Sumber gambar] |
Kalau kita ada orang yang kita sayang sepenuh hati, jaga dia baik-baik. Bukan abaikan dan apabila terlepas, kita mengogoi sekuat hati kerana kita tidak tahu - siapa yang bersedia untuk mengambil kepunyaan kita pada bila-bila masa. Kalau tidak manusia, siapa tahu yang akan ambil itu adalah Yang Maha Kuasa?
Zara : Ada orang kata, bila seseorang itu berpacaran ataupun sudah menjadi hak orang lain, nilainya di mata orang lain menjadi tinggi secara tiba-tiba dan terus menjadi tarikan magnet untuk semua. Betulkah?
14 comments:
nice post.. hak org memang xley usik... tp sampai dimasa keadaan dimana hak itu adalah pinjaman dariNya...
dalam betul maksud 'jangan sentuh barang orang' ... ;)
zara, sy pun bersependapat dengan kamu di bahagian ulasan terakhir itu..
Ah, manusia ni memang macam tu. Dah memang falsafah kaki sailang agaknya.
"selagi belum pasti, selagi ada kesempatan, peluang untuk masuk line tu sentiasa ada"
Tapi pelik jugak, kalau hati dah jadi satu, apa nak takut dengan sailang, ye dak? Hehe
jaga kepunyaan kita :D
entry ini sgt awesome..betul2 terkena di hati...thanks zara!
nice entry. (y)
Ayat yang last tu, kite pun rasa betul Kak Zara! Bila dah jadi awek orang tiba tiba sana sini nak ajak kenal. Bila single tkde pulak. Pfft. Btw nice entry Kak! Say no to sailang !
your footnote: "people become desirable as soon as they are taken"
yes yes yes. so true cikgu. ESPECIALLY when it comes to male--women tend to take those who are taken.
Maybe it's because women think that that he has some good quality that makes him taken in the first place. (the truth is not necessarily so).
btw happy raya Zara. sorry no cards this year. am too overwhelmed >_<
agreed..
sangat setuju dgn kenyataan tu.
Jangan Sentuh Barang Orang.. ;)
^__^ benar, kita jangan rampas hak orang, atau usik hang orang..
tak elok tu..
aku pernah merasa bila hak aku dirampas, sakit..
kemudian aku fikir waras, hak itu aku yang letakkan arasnya sedangkan secara hukum alamnya dia hanya pinjaman...tapi terpulanglah.
individu punye akal fikiran kan.
dan paling utama, kadang2 aku manusia biasa pun bisa sentap bila berulang kali orang kata, "jangan ambil hak orang", "jangan ambil suaminya orang", "jangan masuk dalam perhubungan itu" ...berbuih-buih mulut membebel menegah, tapi lupa hati-hati golongan seperti aku... ^___^
sebab, aku adalah anak tunggal yang dilahirkan melalui rahimnya seorang perempuan yang bergelar isteri kedua atau yang lebih sinonimnya "perampas suami orang"...
kami tak pernah pilih untuk ini, tetapi ini yang tertulis. kalaulah orang mengatakan perkahwinan sebagai isteri kedua adalah satu kesilapan, makanya orang-orang itu juga menafikan kewujudan dan kelahiran kami-kami di rahim perempuan itu...maaf, mungkin sedikit emosi bila perihal aku punya bonda. ^_____^
tiada siapa yang tahu cerita di masa hadapan, kita hanya boleh merancang.. kan.. ^___^
kalau kita bercerita pasal ambil hak orang, secara logiknya, tiada satu pun di dunia ini adalah hak kekal milik kita melainkan pinjaman semata.
-off-
Bila jadi milik orang, memang naik saham,tiba-tiba jadi popular ramai nak kenal,ambil tahu dan nak sailang.
Mungkin salah orang itu juga bila dah ada pasangan maka dia pamerkan pada dunia, dia paling bahagia dan sebagainya . Menyebabkan ada orang cemburu dan tak mustahil orang-orang yang cemburu itu mendoakan sesuatu yang buruk contohnya biar berlaku perpisahan.
hmmmm ^_^
Kalau betul kena sailang pastu nak canang kat semua orang yg awek lu kena sailang takpela .
Ni dah lu sendiri layan awek lu macam sampah ,
mtk putus mintak kapel balek pastu mtk putus balek ,
igt awek lu tu patung barbie ke hape ?
Tu bukan sailang namanya tu ,
tu tak reti menghargai .
Gedik sangat nak tuduh org sailang awek tp diri sendiri tak pandai menghargai .
Perempuan tu redha je last2 sebab dia tahu dia bukan sampah .
Me on twitter : @rosekalalala
Post a Comment