Sewaktu aku terpaksa memilih antara kerjaya ataupun impian tersebut - aku memilih untuk teruskan kerjaya dengan menutup mata dalam impian tersebut. Kehendak Ketua Keluarga yang lebih suka aku mencari pengalaman kerja aku turutkan walaupun hati aku memberontak yang teramat sangat. Tidak mengapa, peluang itu mungkin akan datang lagi. Aku lepaskan impian itu berlalu pergi tatkala ramai kenalan yang aku kenali mengejar impian tersebut walaupun aku percaya setiap daripada kami ada matlamat dan niat masing-masing.
Kali kedua impian itu datang di hadapan pintu teratak keluarga - aku kembali bersemangat. Aku masih lagi dalam tempoh yang tidak membenarkan aku kejar impian secara halal. Pujuk hati agar tolak sahaja tawaran walaupun pastinya sampul itu berat dengan impian masa hadapan yang mungkin akan memberikan aku kegembiraan yang aku cari dalam hidup. Kali kedua, aku humban impian tersebut ke tepi. Supaya aku boleh menjalani hidup dengan baik - dan aku tunggu masa yang lebih sesuai lagi.
Bila kali ketiga ia datang, hati aku mula berbelah bahagi. Impian itu menyesakkan minda tatkala ada antara rakan-rakan yang sedang bergembira menjalani kehidupan baru mereka mengejar impian tersebut. Bila aku lihat perbezaannya, ada yang sekepala, sama matlamat dengan apa yang aku mahukan dalam hidup - hanya mahu membawa diri ke takah kehidupan yang berbeza - lebih baik daripada sebelumnya. Ada juga yang memilih impian tersebut, semata-mata untuk melarikan diri daripada terus diasak dengan pertanyaan bila mahu memulakan kerjaya walaupun mereka sudah menunggu lebih tiga tahun tanpa dirisik oleh sesiapa. Dan aku, memilih untuk terus menunggu saat aku halal mengejar impian tersebut. Ah, hati ayam sungguh. Bila dikatakan jika ada apa-apa berlaku, aku tidak akan diiktiraf dalam kerjaya - aku memilih untuk lupakan impian. Sampul berat itu aku letakkan ke tepi lagi dalam linangan air mata.
Dan setelah bertahun impian itu berlalu dan aku tegar mengira waktu - saat untuk mengejar impian dalam keadaan halal akhirnya tiba. Senyuman dan sujud syukur sewaktu sekeping kertas yang menyatakan aku sudah boleh melaksanakan impian itu buatkan aku teruja. Pantas aku mencari setiap satu sumber untuk mengejar impian tersebut. Ah, selain itu aku mengunjungi mereka yang sangat bermakna dalam hidup aku - yang memberikan tunjuk ajar tanpa jemu - demi mendapatkan sokongan daripada mereka. Sedikit sokongan sebagai rujukan untuk aku kejar impian di gelanggang lain daripada sebelumnya.
Malangnya, malam tadi khabar itu muncul tanpa aku sangka. Mungkin itu natijah tiga kali aku menolak sehingga kali keempat - bila aku sudah cukup bersedia, aku terpukul dengan fakta bahawa aku gagal dalam mengejar impian tersebut (buat masa ini kalau seperti yang dikatakan oleh mereka yang aku sayangi). Mungkin gagalnya aku kali ini adalah petanda bahawa diri aku belum bersedia secukupnya menongkah kesakitan dalam mengejar impian (macam aku peduli dengan kesakitan dan kesengsaraan - manusia degil macam aku hanya tahu impian itu perlu dilunaskan).
Tiada air mata. Tiada raungan gila. Yang aku tahu, aku perlu teruskan hidup macam biasa. Kumpul pengalaman lebih banyak tanpa banyak bicara. Supaya aku berada dalam takah kematangan apabila saatnya tiba. Impian itu pastinya tidak akan terkubur dalam jiwa aku - itu impian sejak aku kenal tempat menimba ilmu yang membawa kehidupan lebih baik bagi sesetengah manusia.
[Sumber gambar] |
Kecintaan aku pada ilmu buatkan aku perlu menanggung ini semua buat masa ini. Tidak mengapa, ilmu itu ada di mana-mana walaupun layangan kertas hebat yang mengubah hidup bukan rezeki aku menjelang suku terakhir tahun ini nampanya. Selamat tinggal impian buat masa sekarang. Aku memilih untuk kurung diri dalam kontinium waktu demi lepaskan rasa.
Walaupun tidak dapat dinafikan aku tidur dalam keadaan kecewa.
Bukan rezeki.
Belum masa.
Siapa yang tahu perancangan Yang Maha Esa?
8 comments:
impiannya sambung belajar ke? if tak mau jawab di sini, DM kat twitter @nadhra
I could not say that I know how hard it is when dreams do not come true. Again, based on my own experience with PhD, Allah tests us because He knows that we could bear it. I waited for nearly a year to be reviva. I was devastated when the examiners (1st viva) ridiculed my work that I did for the past three years or so. I have suffered for more than three years physically, mentally, emotionally and socially. Again, the second chance that I have gave me a better experience. I passed my viva (PhD) with no corrections at all. The external examiner said that I have a choice of correcting the typo error or just submit my thesis without making any typo error. The second viva was with different examiners, so they treated it as my first viva because the first viva was considered as 'procedural defect'.
Only Allah knows how I felt at that time.
Again, as I told you, take a year or two to gain more experience in teaching and perhaps you can start to do action research about your own teaching practice. Dr Narina and I are really interested in teachers' teaching practice and we could help you to brain storm of what are the things could be done as teacher like you to assess your teaching practice. We are currently doing the same thing with our own teaching practice. Of course, we are doing it at higher institution level but the same principle could be applied in school too.
Why not try to apply Masters in IIUM? You might learn or be under the tutelage of great people who are my mentors. I learned a great deal from them even though some of them drove me crazy with assignments and such. I still keep in touch with some of them. Some of them have passed away like Prof Hassan Langgulung (google him and you know who he was). Some of his students are currently teaching in IIUM. They are my seniors. Hope you get the 'tempias' learning from someone who have learned from a great Pak Hassan (he was fondly known just as Pak Hassan even though he was a Professor, a great teacher). IIUM has this unique culture that I really fond of. My ex-supervisor is still teaching and working there even though he is in his 70 this year. He is one of the people that one should meet and learn from. I learn many things from him, not only about the subjects that he taught but also about life as a Muslim. Shouldn't education focus on how to be a better Muslim? A string of certificates would be worthless if we could not and do not improve ourselves as Muslims. Don't you think so?
Again, Allah knows the best so redha with this news at the moment. The best of things are yet to come. Perhaps, only time will show how Allah will reward us due to our redha and patience. Keep in touch!
impian apakah?
moga dipermudahkan urusan kamu akan datang. jangan terlalu sedih dan terpukul hingga tak mampu bergerak ke hadapan
:)
sabar ye kak!kalau dah tertulis ade rezeki xkemana.
kakak jangan berhenti berusaha.
ambil contoh saya. sudah 'tua' benar baru bakal bergraduasi dengan segulung ijazah walhal teman seusia semua sudah bekerja, punya wang sendiri. malah ramai juga yang sudah bernikah dan beranak-pinak.
namun kecintaan saya terhadap ilmu membuat saya tolak tepi kecewa dan dipresi dirijek berkali-kali.
akhirnya insyaAllah akan ada juga cahaya di hujung terowong hidup kita ini.
p/s: kenapa gambar hiasan sangat ngeri?
kthnxbai.
semoga impian kamu terlaksana ... Allah tahu apa yg terbaik buat kamu okay !!
I know this sounds like a late comment to your post zara, but I just had the time to read it.
On your part, you tengah bersungguh-sungguh nak sambung belajar. Tapi your family tak bagi, wajib kerja dulu. begitu? In my family, semua orang wajib sambung belajar dan tangguh kerja dulu. I remember my first job selepas grad, tahan 40 hari saja sebab setiap kali I balik kerja I argued dgn mom kerana dia paksa I quit. I love that job so much--I prefer meeting with customers and consulting them about health than running around in labs picking over dead specimens. But that's whaat my mom believed that I should be doing, merely from reading my Degree transcript.
Pelik, kita ni macam dalam dunia berbeza bukan?
As for this time, I am still fighting on NOT to continue study. But to fight with Her Majesty the Mom, is something worst than a Slenderman's nightmare.
Zara, as I read yours, and reflect on mine now, I really do believe God has a path for us. For all of us. You are in school instead of a university, and I am in uni instead of a company.
Have faith in God's doing, do not blame him for the path that we tread on no matter how different.
Because I believe that someday, somehow, no matter how dark our lives seems now, both of our dreams will come true.
cheers.
Post a Comment