Wednesday, May 02, 2012

[Ulasan] : IFall - IRise : The Chronologies


Baca tajuk rasa macam aku mahu mengulas bahan bacaan dalam bahasa kedua aku bukan? Kebanyakan tulisan dalam naskah comel ini dalam bahasa Inggeris, tetapi masih dikuasai oleh bahasa kebangsaan. Jangan risau, kerana seperti biasa - ulasan peribadi aku tidak akan dipengaruhi oleh apa-apa sumber lain. Bukankah kita semua sudah bersetuju bahawa, pandangan peribadi aku dalam ulasan buku, sekadar penceritaan kembali seorang yang gilakan buku?

Seperti yang aku dapatkan daripada laman Mukabuku mereka, ini adalah yang dinyatakan di ruang tentang siri buku ini, dan IFall merupakan keluaran pertama daripada siri tersebut.

IRise adalah satu projek sub dibawah naungan sayap gah organisasi Zine Satu Malam yang akan diterbitkan dibawah Kerat Studio.

Sedikit penerangan ringkas tentang IRise : Huruf “I” yang diletakkan rapat dengan perkataan seterusnya itu adalah simbolik kepada “personal” atau dengan kata lain, pengalaman yang berkait rapat dengan diri sendiri. Setakat ini, IRise diwakili oleh 22 orang penulis/pelukis tetap disertai oleh beberapa penulis/pelukis undangan.

IRise, secara amnya membawakan tema Kebangkitan Semula Dari Perhubungan Yang Gagal. (One's Revival From A Failed Relationship)

Misi kami adalah untuk berkongsi cerita dan kisah berkaitan dengan tema yang dinyatakan diatas dengan harapan semoga sedikit sebanyak bebanan emosi yang ditanggung oleh para pembaca bakal reda dengan hiburan yang disajikan dalam bentuk penulisan dalam genre fiction dan non fiction didalam zine ini. Diharapkan juga zine IRise mampu menjadi zine bercorak motivasi yang dapat memanfaatkan semua pihak suatu hari nanti.

IRise akan diterbitkan dalam bentuk kronologi, yakni melalui 5 fasa/ volume.


• IFall

• IWeep

• IRetaliate

• ISedate

• IRise

Bagi team IRise, kami adalah umpama bayi diantara berpuluh puluh buku yang ada di Malaysia ketika ini, maka, untuk segala keburukan dan kelemahan sama ada yang nyata atau tidak, kami mohon maaf dan kami mohon kritikan yang membina dari para pembaca sekalian.

http://farm8.staticflickr.com/7125/6989174690_4533ee6d7f_z.jpg
[Flickr Aku] - Kulit IFall

Dalam IFall, nama-nama seperti KHRLHSYM, Lucifer, M. Faiz Syahmi, Zoul Yazix, Ghost Writer (Ophan Bunjos), Azreen Yusof, April, Nasyrun adalah nama-nama yang sering muncul dengan karya hebat mereka dan tidak kurang juga dengan kehadiran Isaac Ismael (Terfaktab), Qiez Medusa AR, Martini Muaz, CassiaSiamea, Hana Ahmad, Amiey White, Gajah Putih, Fza Ibrahim, Rifa Johan, Izza, Karl Azman, dan Hanif Boey. Gigih aku pusingkan kepala aku melihat corak nama setiap orang di hadapan buku. Heh!

Dalam IFall, pada halaman yang mengandungi "Abstrak" - aku sudah mahu mula bergaduh dengan Lucifer. Dia menyatakan bahagian ini biasanya akan dilangkaui oleh pembaca kerana mereka teruja untuk membaca isi. Tapi tidak aku (dan bagaimana perbualan kami, mungkin aku dan dia sebahagian daripada manusia yang baca buku dari kulit-ke-kulit) - sangat menyukai bahagian ini kerana ia secara literasinya menunjukkan pengisian buku yang akan dibaca. Cuma mungkin sesetengah orang enggan mahu baca.

IFall dimulakan dengan tulisan Lucifer yang aku boleh katakan menyentuh perasaan. Bak kata seseorang, mungkin penulis-penulis IFall menggunakan pengalaman, kisah hidup sendiri dalam menulis dan ya, cerita yang dibaca, menuju tegak ke dasar jiwa. Barangkali kerana IFall ini sedikit sebanyak mengingatkan aku kepada Kitab Terfaktab - cuma gaya sahaja sedikit berbeza.

IFall ditujukan kepada manusia-manusia, pengalaman dan kisah jiwa yang rapuh dan musnah akibat cinta. Jatuh cinta, dan juga jatuh terlampau dalam perasaan yang mampu membunuh perasaan lebih daripada itu. Seperti yang dinyatakan dalam di bahagian kulit belakang IFall - "Saat kau jatuh cinta, terbentuklah satu lubang di dalam jiwamu, kerana kau mengosongkan satu ruang untuk mengalukan separuh jiwa lain" 

Jika kau pernah jatuh cinta - pernah gagal kerana cinta - pernah merasai kesakitan yang mendalam akibat cinta yang membunuh setelah banyak yang kau korbankan, jujurnya kau perlu membaca IFall (walaupun Kitab Terfaktab masih patut ada dalam senarai. Heh!). Manusia mungkin sesekali rabak perasaan berhadapan dengan kesakitan yang kita sendiri tidak pernah minta, tetapi siapa kita untuk menolak takdir yang datang dan tidak diduga?

Selain Lucifer, M. Faiz Syahmi, KHRLHSYM, Isaac Ismael (antara nama yang aku kagumi) - aku tertarik dengan tulisan Azreen Yusof yang bertajuk KOYAK (I). Mungkin disebabkan tulisannya datang bersama dengan lakaran - dimana kita dapat menyelami perasaan watak wanita yang pada mulanya ceria, tenggelam dalam cinta dan pedih dihujungnya. Bila kita baca, kita mungkin akan menuding jari menyatakan perempuan itu bodoh tetapi ada hakikat yang kita sendiri barangkali tidak sedar.

http://farm9.staticflickr.com/8154/6989214632_ccec66a95a_z.jpg
[Flickr Aku] - Sebahagian daripada tandatangan penulis-penulis di muka hadapan. Yang lainnya, ada yang tandatangan di halaman tulisan mereka. Terima kasih pada Isaac yang hantarkan ini pada aku. Tandatangan Lucifer? *kekening*

Jadi, kenapa anda perlu baca IFall? Macam aku pernah nyatakan dalam satu tulisan aku dahulu, apa yang berlaku ada hikmahnya. Jika hari ini kita jatuh, tidak mustahil kita akan bangkit lebih kuat untuk masa hadapan yang gemilang dan cemerlang. Siapa orang lain untuk menyatakan yang bukan-bukan tanpa mengerti apa yang kita lalui? IFall menyajikan peristiwa yang kita mungkin lalui - kena tepat ke hati dan buat kita merenung kembali, apakah kesalahan hingga berlaku sebegini.

Adakah hidup akan terhenti bila kita jatuh tersungkur kerana cinta?
Aku pasti kalian ada jawapannya.
IFall menerangkan dengan jaya.

Zara : Ada cabaran yang perlu digalas dalam sesuatu. Mampukah aku?

7 comments:

pepol said...

da angkat iFall,tapi x sempat baca lagi,adehh

hanaahmad said...

terima kasih atas komentar zara!

*saya nampak tandatangan saya. wee. :)

Old-Trafford said...

Bab2 cinta ni kurang faham..
Macam2 istilah ada yea.

Qiez Medusa AR said...

Terima Kasih di atas ulasan dan sokongan anda, Ms Zara.

Harap anda support kami sehingga ke fasa terakhir.


Fall aplenty, rise wholeheartedly, ok? ;)

zoeLa said...

mana nak dapat buku ni? @zulfahzoela

BonekadalamChermin said...

TERIMA KASEH A ZILLION atas reviu ini wahai anda!

:D

Fall aplenty,
Rise wholeheartedly!

Pareh said...

Kak Zara, mana nak dapat buku ni eh? Boleh dapat lagi ke tahun ni? Really crave for it :)