Sunday, May 13, 2012

Panggilan #01

Benda yang kita selalu tunggu adalah benda yang selalunya kita tidak akan dapat selepas menghabiskan masa terlampau lama. Seringkali rasa diri agak bebal kerana terlampau percaya, tapi begitulah manusia. Berikan peluang entah berapa banyak kali, tapi bila ditipu boleh ketawa walaupun bibir hampir berdarah diketap kuat dengan gigi.

"Saya telefon awak sekejap lagi ya?"

"Jam berapa?"

"Nanti selesai makan, saya akan telefon, awak tunggulah ya?"

"Awak makan nanti lama. Tak bolehkah awak telefon sekarang?"

"Bolehlah. Tapi berikan saya masa ke dapur dulu ya? Minum air sekejap"

"Baiklah"

Dan celakanya minum air sehingga empat puluh sembilan hari tanpa khabar berita. Sudah mati tersedak barangkali sewaktu meneguk air yang masuk laju ke dalam tekak. Mungkin patut sahaja kita kirimkan Al-Fatihah dengan harapan dia tenang walaupun di mana sahaja bumi dia berada (bukankah Bumi cuma ada satu?)

Sudah cukup menanti tepi telefon itu Peah. Yang kau tunggu hanya berikan harapan palsu - cukup cukup sudah (nyanyi sedikit). Heh!

Zara : Senyuman kau pahit umpama Xanax yang melalui ruang sempit dengan begitu payah.

3 comments:

faraakucas said...

boleh jadi gak kemungkinan mati tesedak mase minom air . innalillah..

sis said...

inilah rasa paling celaka sekali.

Unknown said...

mungkin jua telefon meletup lalu mati.erk