Pertemuan aku dengan Khrlhsym di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sewaktu pelancaran Kitab Terfaktab 2 - mengingatkan aku kepada janji aku untuk mengulas tentang Batu Ketiga Dari Matahari (BKDM). Kekangan waktu dan jiwa yang sedikit kacau bilau membuatkan aku terlepas pandang. Ah, IFall juga belum dilunaskan lagi. Maaf.
BKDM adalah keluaran Kerat Studio. Sama seperti BIN dan .44 - Poin Empat Puloh Empat. BKDM dibarisi oleh lapan orang penulis - dan seperti dinyatakan di kulit hadapan BKDM - cerita fiksyen dari lapan homosapiens yang terdiri daripada Sahidzan, Encik Psychopath, Lucifer (Luc Abdullah) - April - KHRLHSYM - Ophan Bunjos (Ghost Writer) - Nasyrun - Zoul Yazix. Nampak senarai nama tersebut? Macam pernah baca nama mereka dalam Kontrol Histeria juga? Kalian tidak salah.
[Flickr Aku] - Kursus PBS Bahasa Inggeris | Segelas kopi | Ungu | BKDM |
Dalam BKDM - kita dapat mengesan tulisan yang aku boleh tafsirkan sebagai suatu kelainan. Mungkin dalam beberapa segi, kita akan melihat ia ada sedikit sama dengan IFall, tapi ketahuilah, ia langsung tidak sama dengan Kontrol Histeria. Gaya penceritaan berlainan - yang lebih kemanusiaan, yang menyelami kesakitan dan sisi manusia yang kita mungkin lihat, kita mungkin rasa tetapi kita sedikit alpa. Sesuai dengan tajuknya, ada beberapa penulis dalam BKDM yang menulis dengan menggunakan tajuk serupa tetapi dengan gaya tersendiri.
Aku mahu mengulas setiap cerita kalau boleh, tapi aku jujurnya tidak mampu. Cuma aku mahu menyatakan dalam BKDM ini - ada beberapa penulis yang menyentak aku dengan tulisan mereka. Tulisan jujur barangkali, itu yang kena tepat dalam hati dan aku mampu merasai jiwa yang mereka tujukan. Celakanya, aku tidak boleh menyatakan nama mereka disebabkan pada aku, mereka semua kawan walaupun aku tidak pernah bertemu dengan sebahagian daripada mereka. Hanya kenal nama, kenal wajah sahaja dan ada yang masih kekal dalam kekaburan tanda pengenalan walau bagaimana dipaksa mahu tunjuk diri pada dunia.
Aku mahu tuliskan sedikit kelainan, kenapa kalian perlu memiliki BKDM. Ya, ini pendapat peribadi, dan jika kalian penggemar tulisan runcit - lebih kepada cerpen, dan senang dengan gaya bahasa anak muda yang masih berpaksikan tulisan bermaruah dan bukan menjaja bahasa picisan, ini sesuatu yang aku cadangkan kalian baca.
1 - Kalian rasa hidup bekerja serupa celaka?
2 - Kalian rasa kesakitan dalam jalani kehidupan atas dunia?
3 - Kalian rasa hidup bosan seperti tiada arah mata?
4 - Kalian rasa kalian tidak mampu tanggung derita?
5 - Kalian rasa mahu gelak dan senyum tanpa perlu dipaksa?
6 - Kalian mahu tenggelam dalam pembacaan jujur rela?
7 - Kalian mahu kesat air mata?
8 - Kalian rasa mahu menambah tenaga?
9 - Kalian rasa mahu bacaan bermutu dan berharga?
Itu antara soalan yang kalau jawapannya adalah ya, luangkan sedikit waktu dan cari mereka di laman Mukabuku - atau hantarkan sahaja pertanyaan kepada mereka untuk pembelian. Mereka hebat dan mereka, ajaibnya, tidak perlukan label gah untuk menulis dan hidangkan karya pada anda semua.
Zara : Nanti sahaja aku tulis mengenai IFall. Maaf lambat.
2 comments:
terima kasih review
kehkehkeh
"mereka hebat dan mereka, ajaibnya tidak perlukan label gah untuk menulis dan hidangkan karya pada anda semua" ok, ini WIN!
Post a Comment