Dia benci bila terjaga dan bukan di ranjang sendiri. Yang berkot putih jalan ke sana ke mari dengan gadis genit setia menemani. Setiap kali jarum mahu ditusuk ke lengan demi memenuhkan tabung uji - dia menolak sopan gadis genit yang sedia setia dengan picagari. Dia lebih gemar yang lebih berpengalaman (dia tidak kata tua) yang menjalankan tugasan. Bukan yang masih hingusan dalam perkhidmatan.
Dia terjaga pagi ini dengan lampu terang benderang di kamar sepi, sepersalinan pakaian bersih di atas troli dan tiada panggilan telefon yang dinanti. Jari lemah mendail tetapi tiada jawapan ditemui dan dia benci begini.
Mujur sahaja dalam sepi - ada pesanan dari dua adik baik - Mesir dan Skudai yang mencari. Ah, rupanya dia masih ada nilai pada manusia yang tidak mengkhianati.
Dia benci terjaga begini. Wayar berselirat buat dia rasa sangat dekat dengan mati.
Sunday, May 13, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment