Tuesday, May 01, 2012

Setia 2.5


Kau pernah tahu?
Betapa dia rasa hidup dia macam palat sebab jumpa kamu?
Dengan kau, dia asyik ditipu.
Dengan kau, dia perlu jadi manusia kaku.
Dengan kau, dia hilang arah tuju.
Demi cinta kau manusia penipu.

Babi.
Dia jerit entah berapa kali.
Tapi hanya dalam hati.
Setiap kali kau muncul dan berikan konon cinta suci.
Setiap kali kau muncul dan dia rasa dia dirindui.
Padahal kedatangan kau hanya mengaburi.
Pembohongan kau dan si jalang yang tak sedar diri.
Apa dia ingat penipuannya tiada siapa ketahui?
Dan kau, lakonan kau mampu sendiri dapat tepukan berdiri?

Sialan.
Dia sudah cukup setia, manusia bertopengkan syaitan.
Kenapa kau masih mahu menyakitkan?
Kenapa kau masih mahu saji sebuah pengkhianatan?
Di saat malam dia tunggu kau penuh kesabaran.
Kau tabur lagi janji manis yang akhirnya kau lupakan.
Betapa dia rasa dia bodoh sebab masih fikir kesetiaan.
Padahal kau mengelinjang dengan si jalang yang tiada kesedaran.
Dan dia, mahu tutup hati, mahu tutup mata agar tiada penyesalan.
Sebab dia terfikirkan pembunuhan.

Kawan.
Itu cuma alasan.
Bukan dia tidak kenal dengan kau yang tabur kata manisan.
Bukan dia tidak kenal dengan hebatnya lakonan.
Si jalang itu bahkan dengan bangga meluahkan.
Yang kau dan dia bukan sekadar kawan.
Bahkan sudah bersama lebih dari sebuah pembaringan.
Dia telan air liur dan tampar diri sendiri supaya hilang dari lamunan.
Biar dia sakit sendiri daripada mukanya terpamer kekecewaan.
Senyuman dia musnah lagi bila semuanya jelas dalam pandangan.
Sekali lagi kau jerat dia dalam janji sentiasa berpasangan.
Dan hanya dia lah pilihan.
Jalang hanya persinggahan.
Ternyata, keadaan sebenar adalah bertentangan.
Si jalang itu pilihan kegemaran.
Dia hanya kotak terakhir kalau kau sudah tiada pasangan.
Syaitan.

[Sumber gambar]
Dia pernah doa agar ditarik nyawa.
Supaya dia tidak lagi tanggung derita.
Kerana dengan kau, dia tidak kenal erti gembira.
Dia hanya mampu bilang kenangan celaka.
Berbanding bahagia yang sirna setiap kali kau menjelma.

Zara : Kau tidak akan menyedari betapa kuatnya kau sehinggalah menjadi kuat itulah satu-satunya perkara yang kau boleh lakukan untuk meneruskan kehidupan. (Shafaza Zara, 1 Mei 2012)

7 comments:

Anonymous said...

Sumpah terbaik! Ugjpmawjdjgptpwgmtjadhwptjmagtpm awesome!!!!!!!!!! @ilakrm

syakirah izwanie said...

Terbaik! Awesome gila.

Primadona said...

kenapa saya rasa macam terasa dengan apa yang kak zara sampaikan.Nak cakap feel tu sampai sebenarnya.Awesome la kak. :)

Hidayah Humairah said...

sepatutnya 'dia' sudah lama buka mata da move on dr menghitung kenangan ttg 'kau'. sepatutnya 'dia' sudah cukup kuat utk pergi dan meninggalkan 'kau', kalau 'dia' tau btapa celaka+babi+tak gunanya 'kau'. hidup ni ada karmanya dlm perhitungan Allah yg hanya Dia tahu bila masanya. semua akan ada hikmah yg bermakna.
lepaskan 'kau' pergi. 'dia' seharusnya miliki hidup yg lebih baik bersama org yg tau menghargai. bukan 'kau' yg dtg dan pergi dgn senang dan dgn mudah tergugat pd jalang2 murah di jalanan!

pepol said...

perghh,impress

Sofia Nin said...

berapa kali baca pun masih terpukul, thumbs up zara :)

Unknown said...

walau.. jika walau macam mana jalang dijadikan persinggahan sekali pun, aku tak fikir, dia patut terima si jantan.