Monday, May 21, 2012

Lembut.


Luar nampak kasar. Segalanya tidak ada yang lembut, hatta mungkin seulas bibir yang sentiasa mengukirkan senyuman entah palsu atau ikhlas. Dia tidak dapat menidakkan fakta sehingga hari ini, saat dia masih menarik nafas perlahan atas dunia - ada manusia yang tidak dapat menafsirkan jantinanya. Mereka mungkin keliru dengan kekasaran dia yang lahir sebagai seorang wanita tetapi hidup sebagai seorang jejaka. Aneh, dia mungkin lelaki yang menghuni jasad perempuan tanpa dia sendiri sedari. Heh.

Malangnya, kekasaran dia, kegarangan dia masih ada kelemahan. Dia paling takut untuk mengecilkan hati manusia lain hatta hati dia sendiri yang menjadi taruhan cedera. Dalam kasar, dia masih ada kelembutan yang dia enggan tunjukkan pada manusia tetapi sekali sekala - mungkin terdedah tanpa dia sedar bahawa dia sedang diperhati. Sekali terdedah, dia akan sembunyikan diri, hilang menyepi bagaikan tidak ada apa yang terjadi.

[Sumber gambar]

Kemarahan dia disalurkan di tempat yang dia sedari kalau boleh enggan tolehkan wajah dosa. Licik barangkali dia sembunyikan segala kesakitan supaya depan manusia lain dia dapat teruskan lakonan. Kesakitan dimamah diam-diam dan air mata enggan dihamburkan tangisan. Siapa dia mahu meraung atas dunia tatkala masih ramai lagi mangsa kebuluran, perang yang ditindas di sana sini? Dia enggan menangis lalu kemarahan disalurkan tanpa kenal erti berhenti walaupun seketika. Dia tidak mahu simpan bunga-bunga syaitan terlampau lama.

"Sayang, awak sudah tidak sayang saya?"

"Sayang. Kalau tidak sayang, saya tidak mungkin ada di sini"

"Awak pernah terfikir untuk tinggalkan saya lagi?"

"Tidak. Langsung tak pernah. Kenapa? Awak pernah terfikir begitu?"

"Pernah dan banyak kali"

Manusia itu pandang dia dengan wajah tidak percaya, dan dia ketawa geli hati kerana dia terhamburkan sikap nakal dia pada manusia yang dia renung penuh kasih sayang selama ini. Kesakitan tatkala dia pegang erat botol air berselirat dengan wayar mesin yang berdetik kuat buatkan dia hilang diri tetapi masih mahu teruskan suatu hubungan yang mungkin akan membunuh dia bila-bila masa, dan bukannya putus bekalan dadah yang membantu dia terus hidup atas dunia ini. Ah, kasar-kasar dia, rupanya masih ada sikap lembut yang dia tidak dapat hadam sehingga kini.

Lembut hati!

4 comments:

reenapple said...

orang sebegini aku boleh bagi satu perkataan sahaja....

comel... ^_^

trica jus said...

semua akan indah pada waktunya kawan...keep smile ok :)

ZAELIS said...

lembut dalam keadaan berbeza...ada sisi lain sebaliknya =)

herza said...

mendalam pengisian artikel ni kerana aku sebegitu. kekasaran aku nyata di luar tapi hatiku terlampau lembut dan sering dipermainkan hatinya. aku tidak mampu untuk menjadikan hatiku sekeras luaran aku kerana itu bukan diri aku. namun dek kerana aku berbuat demikian mereka mengejek dan menganggap aku lemah.