Celakanya badan bila dia ketahui rahsia yang satu itu. Dia fikir manusia akan berubah bila diberi peluang tapi celakanya, manusia tidak pandai menghargai apa yang diberikan.
Tatkala dia senyapkan sahaja kesakitan, dan bunuh perlahan kuman bagi mengubati kelukaan, tidak dia sangka - pendarahan akan berterusan dan viral bahkan menyerang lebih ganas dari yang sebelumnya. Mungkin benar, dalam kamus dan diari hidupnya tidak pernah tercatat nota kaki untuk rehat atau senyum ikhlas dari dia.
Babi.
Dia senyapkan diri dengan main permainan babi dan monyet. Setiap jeritan babi dan monyet itu buat dia galak ketawa sendiri. Padahal cuma permainan menghabiskan nyawa sepi di atas pembaringan putih dengan botol air bergoyang silih berganti. Jarum yang menusuk ke dalam urat bikin hati bengkak bila diasak. Mujurlah ada pengamal perubatan berkot putih yang senyum mesra. Kalau tidak, pasti dia sudah rentap wayar dan lari keluar dari sini. Bajingan apa mahu mengurung dia dalam kawasan empat persegi dengan depan belakang mengaduh sakit dan dia sendiri ditusuk jarum dan darah asyik dikaji. Anehnya, dia tidak bising bila tiada kenalan yang singgah ataupun soalan keluarga yang bertanya - bila kau sakit siapa yang peduli? Untunglah tiada yang menempel tanya sama ada dia sudah punya kekasih hati. Kalau tidak, mungkin sudah terbalik troli.
Sialan.
Sakit itu datang. Yang terbayang dalam pemikiran dangkal dan nakal dia - yang berbaju putih senyum sinis melihat dia mungkin golongan gemulai - pastinya mereka punya sayap yang ditebar bila perlu ataupun tatkala mahu berlibur. Sehingga tahap itu dia perlu imaginasi agar kesakitan tidak memakan hati. Dia risau setiap kali lembaran penyata kesihatan diselak dan mereka yang berkot putih mengerumuni menggelengkan kepala. Apakah kalian fikir dia sudah hampir mati? Dia punya banyak benda yang mahu diberi, dikongsi dan dititip pada sekalian yang masih sudi memerhati.
Tangisan.
Keluar juga menitis air mata sebutir dua tatkala henjutan jarum menikam lagi. Terbongkar rahsia dia cuba lari senja tadi di antara pelawat yang hingar bingar dan dia yang terbiar sepi. Jelingan tajam dan bebelan tidak henti hanya menyesakkan jiwa dan momen berada di atas katil tatkala akan lain bergelinjang bermain demi memburu kejuaraan menyeksa batinnya yang belum pernah mahu kalah. Ah, kalau tidak dapat nombor terakhir dalam mana-mana acara sudah bikin dia bangga. Bukan dia sangap hadiah. Bukan dia kemaruk trofi. Adrenalin yang membuak dengan sorakan rakan itu yang menjadikan dia teruja. Biar dia tanggung sakit - asalkan dia bersama mereka, tapi malangnya, rancangan dia dihidu gadis genit berseluar panjang. Kan lebih baik kalau dia pakai kain pendek dengan potongan atas lutut? Lebih cemerlang untuk dijenguk, intai atau apa sahaja. Tapi ah, jiwa dan jasad mereka sama. Apa lah sangat kan?
Bengkak.
Cahaya di lampu luar menerobos masuk melalui tingkap yang dibiarkan terbuka. Lagi rela dihentam nyamuk, dihisap darah (bukan dara) oleh nyamuk yang muncung halus dan tajam dari dia terus ditusuk jarum dan dipisahkan dengan dunia luar. Mujurlah ada seorang 'gemulai' (yang gemalai) meminjamkan dia benda berteknologi. Harus sahaja dia khabarkan berita dia kepada dunia tapi dia simpulkan sahaja hasrat. Tiada siapa yang peduli sama ada dia wujud ataupun tidak. Dia hanya neraka bagi manusia lain walaupun mereka mungkin sebahagian daripada syurga dia. Tapi adakah manusia bajingan sedemikian akan kotorkan diri dan tunduk menjenguk dia? Sialan, tidak mungkin.
Jahanam.
Dalam perasaan penuh konon api neraka , dia jumpa jalan keluar yang dia sendiri tidak pernah cuba. Kali pertama dia lihat bila segerombolan pelatih berkot putih berdedai masuk dan menyelinap satu demi satu pada pintu yang wujud di kirinya. Mungkin mereka lelah mendengar yang tua berteriak geram dan sengsaranya melihatkan tubuh sakit berelimpanan yang sangat memerlukan perhatian sewajarnya. Aneh-aneh kerana dia sendiri tidak menyedari perkara tersebut hinggalah jarum yang terbenam di lengan terpelanting bila ditarik perlahan. Nah, lengan ataupun apa itu, atas tangan ala perempuan mengandung atau apa sahajalah. Darah mengalir dan dia nampak pintu itu. Mahu berlari tapi takut ditangkap oleh misi (genit-genit mereka itu - pelatih barangkali).
Harapan.
Dia letak telefon genggam di sisi dengan ada harapan ada yang menghubungi. Duduk di atas ranjang putih yang entah pernah ada orang kencing, sakit hingga keluar tahi atau bahkan mati - dia sendiri tidak tahu apakah perasaan yang dia harus ada dalam hati. Mati lebih baik, mati lebih baik dia manterakan pada diri sendiri. Dikir aneh bergendang dalam telinganya. Dia gelak seorang diri dan ikutkan sahaja. Itu mungkin kata hati, tapi siapa tahu kalau itu iblis punya seruan agar dia berpaling tempat sujud dan celakanya, terus mati?
Sentap.
Paluan jiwa dia berhenti. Degupan jantung sudah mula laju dan terus menekan hingga dia terkapar jatuh mahu menekan butang merah tanda kecemasan. Ini mungkin saat terakhir dia lihat dunia ini. Mungkin juga saat terakhir dia hidup di alam manusiawi. Ah, dia sendiri tidak mengerti.
Katil usang sepi.
Momen mati.
Thursday, May 10, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
errr..
shark perlukan masa ni nk paham:)
dear zara...coretan anda membuat sy kagum & serius...sy dapat menghayatinya sepenuh hati =)
akak okay kan ? sihat kan ? kalau sakit makan ubat.rehat. jaga diri.dan saya rindu kakak :')
duduk di rumah sakit kdg2 gembira, kdg2 sedih....
gembira sebab kita x perlu tgk org lain sedih tgk kita....
tapi kit aakan jadi sedih bila org dtg bukan sokong kita tapi sokong dan cite psal org lain...
I have a problem with the overall premise of your article but I still think its really informative. I really like your other posts. Keep up the great work. If you can add more video and pictures can be much better. Because they help much clear understanding. :) thanks
Post a Comment