Melihatkan segaris senyuman pahit di wajah manusia itu, aku hanya mampu lemparkan senyuman manis agar kepahitan itu mampu terbang pergi. Tangisan rapuh usikan sudah lama dilupakan. Senyuman dan sapaan sebaik sahaja aku meletakkan kenderaan di sebelah kenderaan dia, membuatkan aku terfikir apakah perbualan selepas itu akan dipenuhi dengan perkara baik atau buruk?
[Sumber gambar] |
Lengan terasa kebas.
Jarum dan tiub yang menyedut darah buat kali kedua belas masih bermain dalam minda.
Tapi demi kawan itu, tetap gagahkan diri.
Mata saling bertentangan.
Hanya senyuman sahaja yang dihulurkan dan soalan demi soalan yang ditanyakan dijawab dengan perlahan - satu perkataan demi satu perkataan. Kali terakhir bertentang mata adalah bulan sembilan setahun yang sudah. Ketika itu segalanya adalah satu permulaan melihat manusia yang selama ini kononnya gagah dan mampu hadapi apa sahaja.
Kawan : Sihat?
Aku : Macam yang awak lihat.
Kawan : Derma darah lagi?
Aku : Ya.
Kawan : Kali keberapa?
Aku : Baru masuk kali kedua belas.
Kawan : Dah lama tak jumpa kan?
Aku : Dah nak dekat setahun - jarak dekat tapi masa memisahkan jauh.
Kawan : Betul juga.
Aku : Sudahlah. Bukan satu masalah besar pun. Belum makan lagi kan? Saya teman awak makan.
Kawan : Duduk makan dengan saya boleh?
Aku : Sebab itu saya datang juga walaupun baru keluar dari bank darah.
Kawan : Lelaki bertuah akan dapat awak.
Aku : Malang bagi saya sebab itu sesuatu yang mustahil.
Kawan : Ini memang awak.
Aku : Apa?
Kawan : Putarkan ayat supaya diri sendiri tidak terperangkap.
Aku : Makan. Itu penting untuk kau.
[Sumber gambar] |
Tangan menari di atas pinggan.
Siat satu demi satu kepingan tepung yang dipenuhi keju, udang dan entah apa-apa lagi.
Perbualan berlanjutan dan isi perbualan lebih mendalam. Ah, bila manusia yang punya kerjaya serupa berkongsi meja - aku paling benci dengar ceramah berjela tentang apa yang aku suka dalam hidup tetapi ditentang secara senyap dan agak sarkastik dengan orang yang tidak kenal aku sepenuhnya. Tapi tadah sahaja telinga sebab isi perbualan yang penting belum tiba.
Kawan : Ruang itu saya tak boleh isi kan?
Aku : Ruang apa?
Kawan : Benda yang saya cakap sebentar tadi.
Aku : Takdir dah terberhenti di situ setakat ini.
Kawan : Tiada harapan langsung untuk masuk bukan?
Aku : Terpulang kepada awak.
Kawan : Saya dah berhenti berharap.
Aku : Baguslah.
Kawan : Sebenarnya saya masih mahu tetapi bila mengenangkan jawapan sampai sekarang tak dapat, saya dah tak boleh nak tunggu lagi.
Aku : Kalau dah tetapkan fikiran baguslah.
Kawan : Entahlah. Bila nampak dia, rasa tak keruan lagi.
Aku : Kata dah berhenti berharap?
Kawan : Kalau dia bukan depan mata, boleh kawal diri, perasaan ini.
Aku : Jadi, hilangkan diri dari nampak dia.
Kawan : Tak mudah.
Aku : Jadikan segalanya mudah.
Kawan : Macam mana?
Aku : Soalan itu tiada jawapan dari saya. Awak kena cari sendiri.
Diam.
Persoalan pelik itu tergantung.
Tiada jawapan mutlak - bahkan pertanyaan semakin bergayutan.
Dan jari terus menerus bekerja - memusatkan tumpuan pada hidangan dalam pinggan.
Zara : Retorik jiwa? Kalau itu soalan yang kau tanya, kau boleh temui jawapannya di tempat aku hidangkan segala duka dan lara. Sudah tentunya ada rasa gembira juga.
15 comments:
jgn berhenti berharap..katekan ini kpd dia..
jangan berhenti berharap..
hope so..
Best :].. Tp fenomena Kl Gengster melanda ;/
.kalau aku pun, benda itu bukan mudah. walaupun jauh sembunyi sauh,lari hilang diri, tp hakikatnya sentiasa di sebelah. macam cik sebelah, sentiasa di dunia sebelah.. hahahah
.salute.
selagi belum mendapat jawapan, tidak akan berhenti berharap... kdg-kdg hati sukar difahami...
hidup mesti diteruskan..
katakan pada kawan itu, ubah suasana..jgn lagi berada sau tempat dengan si dia..kerana bila ada di depan mata, memang payah untuk melupakan..
Berharap merupakan satu usaha. Berharaplah ke arah yang lain pula.
salam.. kepada tuan blog..
saya ada buat satu game guna blog..dan pemenang akan saya promote blognya di blog idola pemenang..
Ok.. saya mintak tuan blog ini..harap sudi terjah blog ini..
http://akuakuakusangpencinta.blogspot.com/
kerana.. blogger ini adalah peminat blog anda..
walaupun dia adalah blogger baru.. tetapi..blog nye.. memang menarik.. dan mempunyai banyak info2 yg menarik..yg mampu menjadi pedoman kepada pembaca..
Akhir kata...saya berharap..agar tuan blog ini..sudi menjengah ke blog tersebut..
zara tetap zara yg dulu sentiasa pndi menyusun kata ;)
ps:- pe kabor cikgu zara?
berharap, melelahkan.
Salam Zara...
just nak share dekat sini..Sebenarnya kita memang patut dan wajib berhenti berharap kalau berkenaan dengan 'CINTA'. Kawan saya pernah nasihatkan saya dulu yg PERCINTAAN ini hanyalah suatu simpang drpd simpang2 yg ada dalam hidup kita, kite perlu meredah simpang itu utk tahu samada simpang yg kita ambil adalah sebaik2 simpang atau seburuk2 simpang, Sekiranya itu merupakan simpang yg buruk jgn berlengah dan terus menunggu agar simpang itu bersatu dengan simpang yg membawa kita kepada kebahagiaan menjadi satu simpang yg sama. Itu adalah sangat2 mustahil, kecuali ada kontraktor jalan yg tetiba buat jalan dan menghubungkan terus simpang tadi dgn simpang yg betul. So takyahla kita berpatah balik utk balik ke 'jalan besar' utk memilih simpang2 lain. Kita takkan tahu berapa lama perlu menunggu(kontraktor jalan akan ubahsuai jalan), mungkin setahun dua or mungkin juga sampai kita dah tua dan tiada tenaga lagi utk berpatah balik dr simpang tadi utk ke jalan besar. Itukan membazir masa namanya. mana tahu selepas keluar dari simpang itu dan simpang pertama yg kita pilih selepas itu adalah simpang yg memang menjanjikan kebahagiaan utk kita..Siapa tahu kan..itu semua kerja ALLAH..
Bila difikirkan memang betul kawan saya cakap tu, kalaula dulu saya tak berpatah balik utk ke jalan besar dan saya tak memilih simpang pertama yg berdekatan dengan simpang itu, memang sampai sekarang saya takkan temui kebahagiaan saya..Alhamdulillah skrg saya bahagia bersama suami tercinta dan seorang anak yg comel.Semoga kebahagiaan ini senantiasa menjadi milik saya dunia dan akhirat..AMIN..
Sorry ye zara, panjang pulak comment ni..hahahaa..tetiba teringat kisah2 dulu..heheheee.....
@NaNa
:suke dgn nasihat anda ini "LIKE"
first time baca entry blog ni sampai habis, even dah lama follow.. memang menarik + menyayat hati
@Uchi kay-f @hmad
Terima kasih..Silala ke ruangan ini untuk ulasan seterusnya http://nanotpiji.blogspot.com/2011/06/harini-aku-tinggalkan-komen-dalam-blog.html...
i just wanna shared. sometimes kan..we should and must berhenti berharap pd someone who never sees us. seriously.mmg susah.tapi in the end, u will know how beautiful it is.
Post a Comment