Monday, March 14, 2011

Satu Empat Tiga - 143


143.
Orang kata itu luahan cinta dalam bahasa Inggeris.
Saya Cintakan Awak (baca : I Love You).
Kalau bahasa Melayu, sudah jadi berapa nombor agaknya?
Ketawa.

Tapi, tidak semestinya 143 itu luahan cinta kan?
Betul tak?

[Gambar : Apa yang boleh mendefinisikan diri kau?]

143.
Kalau di Jepun dan Korea Selatan, adalah 14 bulan 3,  "Hari Putih" (baca : White Day) - lelaki balas balik coklat yang perempuan bagi masa Hari Kekasih. Tapi, itu bukanlah satu-satunya pengertian 143 kan? Tadi aku dapat ucapan begitu. Aku terfikir adakah sebab hari ini adalah 14 hari bulan 3?

Kawan : Selamat 143 Zara sayang.
Aku : Sambutan apa ni?
Kawan : Aku pun tak tahu. Aku rasa tarikh ini menarik.
Aku : 143 tu macam nama novel grafik zaman aku belajar dahulu.
Kawan : Dasar perempuan gila komik.
Aku : Kaoru punya novel, aku ada beli. 
Kawan : Bukan, itu mungkin akronim untuk benda lain.
Aku : (ketawa) Aku tahu kalau akronim lain.
Kawan : Bijak. Apa dia?
Aku : Dalam novel grafik dia, Kaoru ada cakap.
Kawan : Komik lagi.
Aku : (ketawa) Komik adalah bahan bacaan utama zaman aku membesar dulu.

[Gambar : Siapa pun kita, cinta itu akan datang suatu hari nanti tanpa perlu dipaksa]

Senyum.
Manusia beku ini juga pernah melalui zaman dan masa yang membahagiakan dalam merasai apa itu cinta manusia. Ada juga yang ketawa lucu bila aku menyatakan cinta pertama menjenguk hati aku pada 8 Mac 2006 - ketika aku berusia 19 tahun. Lewat sangat ke? Aku kurang pasti, tapi itu pernah jadi detik membahagiakan sehingga 16 Ogos 2007. Baiklah, otak aku memang menyimpan memori nombor dengan baik. Macam ulang tahun kelahiran orang. 
Ketawa.

Sesuatu yang lebih bermakna muncul pada 6 Disember 2010. Menepis segala kenangan yang menyelubungi. Musim indah mewarnai sebelum segalanya bertukar menjadi benda yang tidak pasti. Eh silap. Semuanya sudah berhenti, tapi kali ini dengan lebih baik pengakhirannya dari yang pertama. Sekurang-kurangnya aku rasa demikian juga. Bila akhirnya? 28 Januari 2011. Sekejap cuma kan?
Tarik nafas lega.

Kawan : Jadi apa kaitan 143 dengan benda yang kau cerita?
Aku : (ketawa) Kesimpulannya, aku tak guna lagi benda 143 tu. 
Kawan : Dengan aku kau boleh cakap kan?
Aku : Memang boleh cakap. Tapi tanpa perasaan.
Kawan : Bukan kau akan cakap dengan orang yang kau suka sahaja?
Aku : Memang pun.
Kawan : Sudahnya?
Aku : Kalau cakap macam membaca, aku pun boleh. 
Kawan : Macam celaka.
Aku : (ketawa)

Tiba-tiba ada tercoret kisah manusia beku ditengahnya kan?
Ketawa.
Sudahlah.

Nota Kaki :
1. Hak meletakkan banting (baca : banner) blog aku hanya dapat dilihat di satu blog sahaja. Boleh tengok blog dia ni. Penggila kafein macam aku juga rasanya.
2. Akhirnya coretan pendek aku sudah punya balasan - ringkas tapi bermakna. 

Zara : Untuk orang yang bertanya kenapa aku boleh senyum lagi walaupun sakit, boleh ketawa lagi walaupun tiada hubungan dengan manusia berlainan jantina, aku cadangkan kamu semua tengok sesuatu di sini. Itu sahaja. Aku berikan peluk cium secara maya.

11 comments:

awi said...

your word di sini. < kat 2nd last sentence takde link ? >

kasih said...

sweet la..sgt menarik...
betol jugak an...143..
kadang2 org x sedar bnde2 gini...
even nmpk kecil...
tp mungkin ia memberi kesan yg besar pada segelintir...
mne nak tao ad yg nak melamar sempena hari ke...an, an...
well done kamoo!!

rekbing said...

jeles. kenapa peniaga kafein itu dpt nama?

arghh, aku kena buat sesuatu ni.

xD

Zaza said...

betul ti..klu kat jepon bile valentine, sume perempuan bg choco.. ha ha

Raouf Sora said...

blog bro haziq tu pn cool gila!! die ni ke kwn kak zara yg tulis entri *kenapa perempuan kena kahwin dengan seorang Engineer* ? haha..style gle..

Naquiah Umairah said...

143 kengkadang sy gunakan untuk i hate u, kengkadang i miss u, kengkadang lagi i kill u.. hahaha..

Faten Ahmad said...

owh. sy tau pasal no. 143 tu tp tak tau pulak pasal white day kt koreA. menarik. hehe. tpi tak ada niat nak buat cm tu pun. ahaha

Anonymous said...

saya cume tau 143 - I Love You

nurayunni said...

143..0ooo

nurayunni said...

143..0ooo

KAMIHIDUP said...

:)