Sunday, March 20, 2011

Penatlah Pertahankan Cinta. Lepaskanlah.


Aku masih manusia biasa.
Sekeras mana aku pun, masih ada bahagian yang lemah. Kepercayaan aku letakkan di tangga pertama pembinaan ukhuwah. Dan bila kepercayaan itu telah musnah, walaupun kesilapan itu hanya sebesar zarah. Aku percaya, yang aku harus mengalah. Tidak, bukan beerti aku kalah. Tidak pula sebab bersalah. Cuma aku gagal menjaga amanah. Dalam mempertahankan ukhuwah.

Selamat tinggal teman.
Aku lebih rela mengundur diri dalam melihat kamu ukir senyuman. Terpuruk jauh agar kau temui kebahagiaan. Menjauh agar kau sentiasa diulit kegembiraan. Sebagai tanda kamu akan kekal jadi kawan. Walaupun tiada lagi butir bicara berlawan.
Senyum sendirian.

[Gambar : Rasa penat sampai berasap mulut eh? Gila menakutkan]

Ketawa.
Ada sesuatu yang menarik hati sejak kebelakangan ini. Bukanlah melibatkan perasaan, tetapi lebih kepada penulisan. Aku jumpa tiga lelaki yang mempunyai tulisan sama seperti aku. Kata mereka, mendapat inspirasi untuk menulis. Alhamdulillah. Pujian kalian itu aku simpan dalam hati, semoga penulisan aku juga bertambah matang dan kalian juga akan punya corak serta gaya penulisan yang berlainan dengan aku suatu ketika nanti. Nah, lihat-lihat sahaja. Bukan aku marah tahu?

Berbual dengan seseorang semasa aku rehat sebentar dari menelaah tadi membuatkan fikiran aku melayang memikirkan sama ada tulisan aku cukup terperinci atau sekadar di permukaan sahaja. Membaca kembali selepas menulis adalah rutin aku setiap kali. Kalau boleh, apa yang aku hidangkan kepada dunia adalah pantas untuk dihadam dan bukan termangu penuh persoalan. Sebab itu, aku menolak tulisan singkatan yang kadangkala boleh menjadi celaka dan neraka semasa membaca. Nak memahamkannya sudah jadi satu kerja. Ah, itu yang tangan serta jari pantas menekan pangkah berwarna merah.

Mata mengantuk dalam bangunan sejuk ini.
Bila lihat diri sendiri memakai kad pelajar pinjam ini, buatkan diri ketawa sendirian. Ah, sanggup pinjam kad pelajar orang lain semata-mata mahu masuk ke perpustakaan. Lihat manusia-manusia lain disekeliling yang sedang enak dan tekun menelaah berdua mengingatkan aku bahawa walaubagaimana zaman berubah, manusia kadangkala tidak melepaskan benda yang bersalut cinta.

[Gambar : Kita tidak tahu apa yang disembunyikan disebalik benda yang lembut dan menceriakan. Mungkinkah sebilah kapak penuh sayang?]

Kawan : Penatlah bercinta ni.
Aku : Kenapa pula?
Kawan : Macam-macam nak kena buat, nak kena fikir.
Aku : Memanglah cinta begitu kan? Sebab bukan seorang diri lagi.
Kawan : Kadangkala dah tak sanggup nak bercinta. Nak pertahankan hubungan.
Aku : Lepaskanlah tangan kalau tak nak.
Kawan : Nanti sunyi pula.
Aku : Orang lain tiada cinta, nak merasa cinta. Kau pula begini.
Kawan : Nak kena jaga hati orang yang kita cinta. Tak masuk lagi hati orang lain.
Aku : Sebab itu besar tanggungjawabnya.
Kawan : Masa belajar, nak bahagikan masa antara cinta dengan belajar, diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan aktiviti lain. Bila dah kerja pun sama. Kalau terlampau fokus pada kerja, cinta mungkin terabai.
Aku : Cinta perlukan keseimbangan. Macam tindak balas kimia.
Kawan : Sekejap lagi keluar teori kemahiran hidup pula.
Aku : (ketawa) Kau nak guna 'timbang air' kalau nak tengok keseimbangan? Boleh.
Kawan : Hajat hati macam nak bertunang, tapi makin besar tanggungjawab.
Aku : Apa kau nak takut?
Kawan : Tanggungjawab besar.
Aku : Habis kau tak nak kahwin? Lagi besar tanggungjawab.
Kawan : Boleh tak kalau tak kahwin?
Aku : Boleh. Tiada masalah.
Kawan : Keji! Kau makin menggalakkan.
Aku : Kita kena sokong kawan kalau dia memerlukan.
Kawan : Kau sokonglah aku tak kahwin sampai bila-bila?
Aku : Dah kau takut dengan apa itu tanggungjawab, maka tak payah. Aku malas nak tengok drama naik turun mahkamah atau jumpa pakar keluarga bila ada masalah.
Kawan : Ni cakap dengan kau ni?
Aku : Tiada bayaran. Aku boleh cakap pendapat aku tanpa bayaran.
Kawan : Habis tu, aku ni nak hidup seorang diri sampai bila?
Aku : Sampai kau sedar tanggungjawab adalah satu amanah, bukan satu beban.
Kawan : Tiba-tiba rasa terpukul.
Aku : Tangan tak sampai nak pukul guna telefon.
Kawan : Kau ingat ni berlakon cerita hantu?
Aku : (ketawa) Fikirlah. Sampai bila kau hanya boleh bercinta sahaja. Masa depan orang jangan buat main. Apatah lagi masa depan sendiri dan harapan keluarga.

[Gambar : Hidup memanglah penuh dengan amanah dan tanggungjawab kan? Kata khalifah di atas muka bumi ini. :')]

Hidup adalah satu uji kaji?
Kata orang adalah sedemikian.

Pada aku, walaupun aku gila kepada ilmu kimia, aku tidak mahu hidup aku menjadi uji kaji.
Aku takut hasilnya sebab aku sentiasa mengharap yang terbaik.
Uji kaji terdapat pelbagai kemungkinan.
Berhasil?
Tidak berhasil?
Gagal?
Berjaya?

Aku tidak mahu memikirkannya...
Sebab hidup ini indah. 
Bila kau tentukan apa yang sepatutnya.

Nota Kaki :
1. Tempat terakhir yang aku tinggalkan hari ini adalah rahsia. Sudah berjanji menutup mulut demi memastikan hidup orang lain bahagia. Mengangguk sahaja.
2. Sunyi dan sepi bila mata aku tidak seiring dengan hati. Ah, benci.
3. Ditegur oleh beberapa orang yang entah aku pun lupa bila kali terakhir mempunyai urusan dengan mereka. Terima kasih. 
4. Mencari selendang baru tetapi tiada yang berkenan di hati. Ah, benci lagi.

Zara : Aku belum lagi boleh jawab bila seseorang tanya aku, bagaimana kita mahu memastikan dunia yang kita lalui adalah dunia yang terbaik buat diri bila kesibukan sentiasa menghimpit dan biarkan diri tersepit. Berikan dia waktu sebab aku mahu dia fikirkan dahulu apa natijahnya soalan itu.

41 comments:

najwa's said...

yup! tanggungjawab itu amanah, bukan beban. terasa seh. (-.-')

Unknown said...

terasa la pulak hukhuk..
penat nak pertahankan cinta..
nak lepaskan rasa sayang..
mmm.. tawakkal jer la~ hee

DidyaJustsaythat said...

Mahukan kasih sayang
tetapi tidak mahukan komitmen.
Aneh bukan?

even kucing pun kalau nak bela mesti kena selalu beri makan dan hantar klinik. selalu kena jaga. inikan pula manusia.

Raouf Sora said...

kepada kawan kak zara: pertama, CINTA itu harus ditujukan kepada yg paling layak menerimanya..diberikan kepada yg pandai membalas CINTA..CINTA itu harus menyeluruh, ikhlas & jujur..kedua pula, kalau kita tanya dalam2 pada diri kita,perkara yg paling kita takut nak buat selain bunuh diri..apa dia?sebenarnya..bagi kebanyakan org,kita ni takut BERCINTA..memang ada yang bercinta,tapi jauh di sudut hati masih lagi takut..kerana cinta boleh bawa DUA perkara,KEBAHAGIAAN DAN KESENGSARAAN..jadi usah paksa diri jika belum sedia..bak kata kak zara..kenal hati sendiri dulu..kemudian biarkan cinta dtg sendiri dgn perlahan2..~:)

shaerin syazwan said...

yeah , masa depan orang lain jgn dibuat main .

love that ayat !

love cikgu punye penulisan :)

m!3yr4h_LolLy said...

to la lumrah kehidupan kita sebagai khalifah Allah..hee ;)

Erillia itu akU said...

cinta itu satu amanah..so mmg kene jaga elok2 dan kene saling hormat menghormati antara satu same lain...kalo pnt n takut beban, baik lpskn.....

Adziim said...

Wah sampai tiga lelaki. Agaknya aku termasuk salah seorang.

Jujur, kalau nak buat penulisan dalam Bahasa Melayu memang blog Zara yang terbaik. Kalau nak guna gaya sendiri jawabnya wassalam penulisan entah apa-apa. Serabut nak membaca kemudian membenci penulisan sendiri. Sebab itu rujuk gaya Zara. Kemas dan tersusun,aman damai.



Aku agak yang mengadu itu kawan perempuan. Bercinta tanpa ikatan lama-lama memang penat dan bosan kemudian tertekan lalu hilang rasa sayang dan mula cari jalan keluar. Putuskan hubungan. Kemudian rasa sunyi,cari pasangan baru lagi. Kitaran yang berulang banyak kali.

Saddan Juhari said...

gusbump membacenywr, suka baca penulisan cik..harap saya buleh tulis camtu, tapi nak camne, susah nak ubah identiti sndri

ejaMaria said...

menjadi manusia, mmg sentiasa ada tangungjawab... nape nak takut?

Raouf Sora said...

@Adziim: sy pn terasa sy tergolong dlm 3 lelaki tersebut..hehe..dan betol kate ande tentang gaya penulisan kak zara..~ ^_^

.drakula. said...

cinta itu akan datang indah jika amanah diangkat.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@najwa's

er, kenapa terasa dear?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@isephia

Good luck buat kamu!

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@DidyaJustsaythat

Mungkin dia rasa hubungan ini adalah beban.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Raouf Sora

Terima kasih atas pandangan kamu dik. Yeah, benda begini mana boleh dipaksa. Bahkan, hati kan?

Bukan mainan.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@shaerin

Thanks a lot dear~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@m!3yr4h_LolLy

Yup~
XD

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Erillia itu akU

ada orang lagi rela simpan.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Adziim

Itu yang aku baca blog mereka dan detect. Yang perempuan kalau meniru, haram, di copy bulat2, takde bagi kredit. Dan kalau tiru pun, bukan dia cakapa dari sapa dia dapat inspirasi.

Main ceduk macam haram.

Ah Adziim. Kamu memuji lagi. Malu aku.

Lelaki ni Zim. XD
Ha ha ha. Tetapi lelaki atau perempuan yang bosan dengan hubungan masing2, akan berkeadaan begini aku rasa.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Addam Juhari

ah, boleh sahaja.
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@ejaMaria

tak bersedia jadi manusia?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Raouf Sora

hahaha~

kak zara tak hebat langsung~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Republic Aku

aku setuju.

:)

molliesa said...

cinta itu indah...kalau dilihat indah..

kalau dilihat buruk..nampak yang buruk...

Raouf Sora said...

reply 1st utk 1st komen kak zara td: yup..bukan play dough yg bole suke2 hati dibentuk..hehe..

for 2nd comment: pd pandangan ktorg yg follow blog akak ni, gaya penulisan akak kreatif..~:)

*ustaz sy slalu ckp, org yg hebat ni xkan ngaku dri die hebat..tp zaman skarang rmi yg sake2 xnk ngaku diri msg2 hebat sbb nk dianggap hebat..tp kte sndri bole tau sama ada org tu berkata ikhlas atau x..dan sy pasti akak mmg ikhlas dan merendah diri..*
^_^

suffer8zine said...

jangan la anggap amanah itu beban

Terkini : Gambar Supermoon Yang Awesome

Lysa said...

tanggungjawab memang ada bila bercinta. kena berani ambil risiko :)

nurayunni said...

same2 bertggjwab baru rase bhgia...kan..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@chekgu Moe

Setuju tu Kak lisa!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Raouf Sora

#mukamerah :')

adik, tak dapat cari kamu kat FB. Link kamu di blog corrupt =.=

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@suffer8zine

betul~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@lisa

yesza!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@nurayunni

aaa..betul tu dear~

Suzi said...

Cik zara ni cerita pasal cinta... Pernah ke bercinta? memberi nasihat? pernah ke laluinya? atau main tulis tp bila terjadi pd diri sendiri tidak tahu bagaimana mengatasinya?

Sire Johhny Deep said...

cinta tak semestinya berSATU..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Suzi

Ya Cik Suzi.
Mestilah pernah bercinta.
Kalau tak, bagaimana nak rasa?

Memberikan nasihat itu pendapat peribadi saya. tak semestinya apa yang saya cakap, orang kena ikut.

dan bila saya hadapi masalah dalam cinta, sudah tentu saya berusaha mengatasinya. Alhamdulillah, setakat ni saya boleh atasi masalah saya sendiri dengan bantuan dari sahabat saya juga.

Hidup saya bukan berpuncakkan saya seorang.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@kulop ludin

cinta juga tak semestinya SATU kan?

hahaha.

Unknown said...

Saya rasa ini blog paling best walaupn tak mengunakan perkataan singkat. entry pon blh thn. Hope sy blh menulis dgn matang nye =)
thx sbb singgah blog sy..hehehehe

marish sha said...

salam sys zara ,
sha peminat setia sys zara ,
mmg setiap entry sys zara sha tak lepas kan ,
then sha ada petik beberapa ayat dari penulisan sys zara
cumanya sha sumber kan ayat itu dekat belog sys zara .

tp if sys zara tak suka ,
sha akan buang serta merta .

Anonymous said...

i like your writing. always love reading a writer's blog who could deliver something thoughtful. thank you for sharing. DK