Thursday, March 10, 2011

Kenapa Masih Tunggu Orang Yang Tak Berguna?


Kenapa ya?
Aku sendiri tak faham benda ini secara jujurnya, tapi aku percaya, benda inilah yang menjadi penyebab kenapa ramai wanita yang membiarkan diri mereka mendapat penerajang, penampar dan kaki dari lelaki. Mungkin juga, perkara sebeginilah yang membuatkan lelaki hanya senyap apabila wanita yang mereka cintai berlaku curang dengan lelaki lain dan sebagainya.
Mungkinlah.

[Gambar : Hati dan perkataan sangatlah perlu dijaga dengan berhati-hati disebabkan apabila kata-kata tersilap dan hati terluka - itu adalah perkara paling payah untuk diperbaiki]

Aku menerima beberapa pesanan di Mukabuku yang bercerita tentang masalah mereka. Ada yang dapat aku cadangkan cara penyelesaian mengikut pemahaman aku pada masalah yang mereka utarakan, tetapi ada juga yang tidak boleh menerima dan marah aku semula. Perlu diingatkan, kalau kau berbicara dengan aku secara maya, kebolehan kau membaca ayat aku dengan jelas adalah perlu. Tidak perlu nak marah-marah semata-mata kau tak faham apa yang aku sampaikan. 
Bolehkan?
Bagus.

D : Zara, saya nak cerita sedikit satu benda boleh?
Aku : Siapa ni ya?
D : Saya pembaca blog Zara.
Aku : Oh, boleh.
D : Saya ada masalah, ada tiga lelaki yang saya suka dalam masa yang sama. A, B dan C.
Aku : Tiga?
D : Lelaki pertama, A saya dah kenal sejak di bangku sekolah. Memang baik dengan saya, cuma dia ni belajar kurang pandai, dan banyak perangai yang kurang menarik. Malas, degil dan sebagainya. Hidup dia pun lebih kepada Mak dia yang tentukan. Kami bersama sejak sekolah menengah, sampailah sekarang. Kiranya, dia cinta pertama saya.
Aku : Baiklah. Yang B?
D : Saya kenal dia masa belajar. Dia banyak tolong saya. Baik orangnya. Kalau saya ada masalah, dia akan tolong saya. Sempatlah bercinta sekejap dengan dia tapi dah tiada apa-apa bila dia macam berubah, nak saya buat segalanya sendiri sebab pada dia, perempuan tak boleh bergantung harap pada lelaki. Nanti perempuan itu akan jadi perempuan tak matang.
Aku : C macam mana orangnya?
D : Sejak saya mula kerja dan jauh dari A, saya kenal C. Sama-sama pejabat, cuma dia bahagian lain, saya bahagian lain. Baru juga kami bersama, tapi dia ni cuma cari saya bila perlu. Kalau dia tak perlu, tiada benda yang nak diperkatakan, dia akan senyap sahaja.
Aku : Awak sekarang dengan siapa? Bukan dengan A ke? Kenapa dengan C pula?
D : Saya sayang tiga-tiga. Mereka penting dalam hidup saya.
Aku : Kena pilih salah satu. Awak tak rasa ke awak sebenarnya jenis yang tak setia?
D : Mungkinlah. Cuma, kalaulah senang saya buang rasa sayang dan cinta saya pada mereka kan senang?
Aku : Kenapa jatuh cinta pada langkah pertama?
D : Mana boleh saya rancang benda begini?
Aku : Boleh sebenarnya, kalau awak kenal hati awak.
D : Apa saya nak buat? Saya sayang semua.
Aku : Awak kena pilih satu sahaja.
D : A tak pandai buat keputusan sendiri, semua nak harapkan keluarga dia. Dia kata dia sayang saya, cinta saya dan lagipun kami dah lama bersama. Dia pantang kalau saya kata saya ada orang yang tunggu saya, sebab pada dia, saya milik dia seorang.
Aku : Oh.
D : B pula, kalau saya ada masalah ke apa, bukan dia nak tolong walaupun dia kata dia suka saya. Saya memang boleh buat semua benda sendiri, tapi kan bagus, kalau ada orang yang kita boleh kongsi, boleh bergantung harapan. C pula, kalau dia rasa nak cari saya, dia cari. Kalau dia dengar saya tak sihat dari kawan-kawan lain, baru dia hubungi saya. Pada dia, kalau saya sihat, saya takkan susah nak cari dia, sebab saya boleh berdikari.
Aku : Kenapa mesti nak tunggu mereka semua?
D : Saya suka mereka.
Aku : Perempuan boleh kahwin satu sahaja, kecuali awak merancang nak kahwin dengan semua dan tinggalkan satu demi satu.
D : Macam mana kalau saya pilih mereka dan salah pilih?
Aku : Sebab tu saya kata, kenapa mesti nak tunggu mereka? Macam dalam dunia ada tiga orang sahaja lelaki.
D : Kadangkala, saya akan menangis sendirian bila teringatkan mereka malam-malam. Macam dengan A, kami selalu berhubungan dan putuskan hubungan. Dah berkali-kali sejak di sekolah lagi sampailah kini, tapi masih bersama sebab saya rasa dia jodoh saya.
Aku : Kalau betullah awak rasa dia jodoh awak, kenapa wujud B dan C?
D : Sebab mereka ada bila saya perlukan mereka.
Aku : Maaflah, tapi saya rasa awak macam mempermainkan hati sendiri. Awak tak yakin dengan apa awak nak dalam hidup.
D : Saya pernah pilih dan menyesal dengan pilihan saya.
Aku : Pilihan awak masih pada A, B dan C?
D : Ya.
Aku : Jadi tak mustahil kalau awak pilih lagi kali ini awak akan menyesal.
D : Kenapa saya sahaja yang kena berusaha, tapi mereka macam tiada usaha nak menyelamatkan hubungan kami.
Aku : Sebab mungkin mereka hanya ada satu perempuan, iaitu awak. Tapi awak ada tiga lelaki yang entah tahu atau tidak kewujudan masing-masing dalam hidup awak.
D : Saya cuma nak bahagia, susah sangat ke?
Aku : Macam mana dengan perjalanan nak dapatkan kebahagiaan itu ya?
D : Maksudnya?
Aku : Apakah awak rasa awak buat perkara yang sehabis baik dan sejujurnya?
D : Entah.
Aku : Awak terlampau mengharapkan lelaki sempurna dalam hidup awak. Sebab itu awak tak boleh menerima kekurangan lelaki-lelaki yang awak suka dan awak jadikan itu alasan untuk terus simpan mereka dalam diri awak.
D : Apa patut saya buat ya?
Aku : Macam mana nak beritahu awak apa perlu awak buat bila awak sendiri keras kepala dan tak nak berubah? Awak tak boleh harapkan manusia lain berubah untuk memenuhi impian dan cinta-cita awak. Apa yang awak tunggu sebenarnya?
D : Baiklah. Nanti saya fikirkannya dan hubungi awak semula.

[Gambar : Adakah kau pasti kau seorang yang setia?]

Kau beritahu aku yang kesemua orang yang kau suka punya kelemahan yang kau tak boleh terima. Adakah itu tanda kau betul-betul jatuh cinta dan mahu bersama dengan orang itu apabila kelemahan dan kekurangan dia tidak pernah kau mahu fikirkan menjadi kelebihan? Apakah diri kau sendiri tidak punya sisi kelemahan yang lelaki itu mampu terima dan teruskan rantai kaki kau untuk bersama?

Mungkin aku terlampau kasar.
Mungkinlah.
Alter ego aku tidak dapat menerima perkara sedemikian rupa.

Kau bertanya yang kalau menyesal dengan pilihan sendiri bagaimana?
Nah, itukan keputusan kau sendiri. Apa yang kau gunakan untuk membuat pilihan ya? Kalau kau gunakan hati, aku minta kau gunakan akal dan fikiran sekali. Kalau setakat kau buat keputusan guna hati, memanglah tiada keputusan sampai mati. Kalau guna akal, sekurang-kurangnya akan lebih jelas apa yang kau mahu pada masa sekarang dan masa hadapan.

[Gambar : Jangan tunggu kegembiraan yang dititipkan oleh orang lain. Bina dan ciptalah kegembiraan kita sendiri. Apakah semua orang mampu buat kita gembira?]

Senyum.
Kau tanya lagi kenapa aku boleh berdiri lagi hari ini.

Senyum.
Pernahkah kau senyum ikhlas pada diri kau sendiri?
Itu yang aku buat setiap hari demi memastikan hidup aku bukan untuk menangisi dan ditangisi.

Nota Kaki :
1. Hujan sepanjang hari. Sukan sekolah dalam hujan. Ah, kami tidak johan, bahkan dapat nombor corot. Tidak mengapa, cuma aku kasihan dengan tangisan murid yang dibatalkan pingat emasnya. 
2. Tak makan ubat walaupun kena hujan, aku cuma berguling di dalam selimut tebal yang menyamankan.
3. Minggu depan cuti sekolah - masa untuk keluar riadah.

Zara : Kadangkala masa yang kita perlukan terlampau panjang untuk benda yang sebenarnya terlampau sedikit. Nak mengubati jiwa dan hati, berapa lama masa yang kau rasa kau perlu?

36 comments:

Fatehah A. said...

betul apa ko cakap. budak ni macam tak boleh terima kelemahan orang lain, sebab tu duk cari yg perfect.

manusia perfect macam tu ada dekat tv, movie, dan novel je. huhuhu

ppp hidayat said...

kak zara~ macam mana nak elakkan diri dari cepat jatuh hati? nak tips.................

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Fatehah A.

Novel, movie, drama memang nak benda perfect sentiasa. Pfft~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@ppp hidayat

Jangan jatuh hati dengan kakak please. LOL!

Kenapa Dayat?
Takut jatuh hati dengan patients sendiri?

TheBentPencil said...

Ah zara, kalau saya ada, saya nak cerita pada dia.

ada satu bangunan ini dipenuhi lelaki. seorang wanita pun masuk nak mencari lelaki idaman.

lelaki di tingkat bawah baik tetapi tidak sempurna. dia pun naik satu tingkat lagi, lelakinya lebih baik sedikit. kemudian dia lebih tamak, dia naik lagi, kerana semakin lama semakin banyak lelaki dia jumpa.

naik dari tingkat bawah ke tingkat atas, kerana mengingatkan ada lelaki lebih baik.

akhirnya dia ke puncak bangunan. tiada lelaki. cuma satu papan tanda bertulis:

dalam dunia ini tiada lelaki sempurna 100%.

ppp hidayat said...

tak la..sy tak jatuh hati dengan patient..tapi patient yang jatuh hati dengan saya sampai tergolek-golek.ketawa.
tak apa la kak zara..sy berpegang kata seorang patient sy(yakni seorang guru juga)..dia kata..awk muda lagi..balik tu sy terus cari cermin..sambil berkata dalam hati..muda la rupanya aku ni..ketawa. =)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@TheBentPencil

Tak tahu apa lagi yang dia nak pegang dalam hidup agaknya. kalau semuanya tak berguna, kenapa mesti tunggu dan pura2 tabah?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@ppp hidayat

Ye la dik.
kamu kan jambu.
XD

Ohoi!
Siapakah guru itu?
Gila memuji adikku yang cepat perasan ni. LOL! Eh, kamu kan lelaki dengan anak tiga?

ppp hidayat said...

guru gila tu sekolah peh hwa..nama tak ingat tapi dah kahwin.kecewa.hehe
anak saya tu hanya delusi..

Anonymous said...

komen thebentpencil memang mantap, speechless aku nak komen.

Azrul Hisham said...

susah la kalu pompuan yg nak lelaki yg jenis semua perfect...adoi

Wahida Jumaat said...

aku setuju dengan apae yang kau sampaikan zara...
sapa cakap kita tak boleh control hati kita utk jatuh cinta?
sebenarnye boleh..

kita kne berani menerima org lain sebagaimana orang lain menerima kita.. itu penting.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@ppp hidayat

Kamu salah eja nama sekolah tu dik.
kih3~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@pali7x

emosi over brain takkan bawa ke mana. we both agree on that particular thing aite?

;)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Lucifer

ala...
aku nak tau kau punya pendapat gak.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Azrul Hisham

kalau nak semua perfect, mati oit~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Wahida Jumaat

kita adalah tuan punya diri kita sendiri kan?

:)

karatz said...

hehe.ini hebat.kalau difikir kan susah juga mahu atasi masalah ni.biar gadis tu sendiri buat pilihan.tak perlu rujuk sesiapa pun sebenarnya,kalau hati sudah tahu jawapan.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@karatz

masalahnya...
dia tak nak bergerak dan berubah.

:)

Adziim said...

Lelaki A :
Jangan pilih A. Susah kalau rumah tangga bukan ditentukan suami sebaliknya pihak keluarga suami.
Nampak macam jenis panas baran.

Lelaki B :
Better pilih B, at least kalau kau kahwin dia, dia mati..tak risau tinggalkan kau yang pandai berdikari dan matang.

Lelaki C :

Na...tak payah jenis kejap ada tak ada ini menyusahkan hidup kau nanti.

Raden said...

kalau tgok pada kekurangan org sampai bila2 tak kn selesai..smpai bila2 tak nmpak kebaikn. dan jgn tak tgok pd kekurangan dri sndri pula..itu pon penting kn..
jd yg paling baik..terima kekurangan org, slow talk dan berubah slow2 jd yg lebih baik.

pndainye aku nasehat org. hehe
ko tua, aku muda..so?

dayah said...

tasuka la cara pemikiran D ni. .thanks fr sharing :)

Fara said...

org mcm ni pun ade dlm duani..? hmm.. kene lah bijak gune akal fikiran dgn sewarasnya, bkn ikut hati je huhu

Raouf Sora said...

kepada D: bad news will stop u at once n then u can figure out how to move on but hopes will paralyze u...itu yg sy dh lalui...dan bile membaca entry kali ni, sy rase ape yg kak zara kata mmg btol..x perlu ade org laen yg btol2 faham diri kite selain dri sendiri..ikhlas dgn dri sndri adalah kunci segalanya..~

takky said...

1st: my opinion, better pilih B coz si B 2 berpandangan jauh...dlm mase yg same juga dia nk test pompuan 2 sebenarnya (pendapat den la)

2st: jgn nk salahkan org len bila kamu tidak dpt senyum ikhlas pd diri sendiri, salahkan diri sendiri kerana x dpt senyuman tersebut...(n im really feel guilty coz itz hard 4 me 2 find a honest smile)

3rd: pingat emas kne tarik balik??(why?) n next week dh cuti skola? cepat ye mase....

Lalala said...

setuju dengan cara Cikgu Zara fikir.. sebab dia tak hanya toleransi tapi tak menerima seadanya..sampai bila2 tak kan puas hati.. dia harus jujur dengan perasaan dia

Unknown said...

itulah..semua dia nak balun..sayang ke cint tak tahu beza...payah betul yang jenis ikut kata otak dan nafsu..sampai bila tak habis....menci yuuu orang gini

Syuhada Bahri said...

kak zara .
saya setuju sangat sebab saya sebijik macam si perempuan tu .
ramai yang saya suka and saya perlukan dorang tapi tak boleh decide nak pilih yang mana .

Anonymous said...

no one perfect, kalau nak tunggu jagung yang paling sihat dan besar dari ladang jagung, sampai bila nak tunggu, moderasi itu lebih baik dalam pilihan. being perfectionist is a sin.

syahmi said...

Haiyoo. Dari rasa x yakin baik jgn jump into something dlu. Kot. Explore more i guess? :D

jejaka senja said...

jenis manusia yg tak puas dgn apa yg ada. sentiasa mahukan yg terbaik tanpa cuba naik baikpulih yg kurang baik jadi lebih baik..

en_me said...

salam pagi jumaat cik zara yg jeliter itteww.. ehehe

Raouf Sora said...

untuk D: we come to love not by finding the perfect person, but learning to see an imperfect person perfectly..zaman skang mane ade org perfect..kate orang x perlu mncari teman scantik Balqis,jika diri x sehebat Sulaiman...mengapa mgharap tman setampan Yusuf jika ksih x stulus Zulaikha?? usah bermimpi teman sezuhud Ali jika iman x setinggi Fatimah..~
tp Allahpnah berfirman: "berdoalah, nescaya akan-Ku kabulkan.."
jadi, berdoalah utk jodoh anda yg terbaik..~

Anis Azalea said...

mungkin yang terbaik this girl ditinggalkan. baru dia tahu erti kesempurnaan. jgn kerana nak menyimpan salah sendiri, mencari orang lain untuk meluahkan rasa tak puas hati. pelik. tamak kasih sayang atau perhatian?

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

nice!

The N.F.L said...

hmm. tapi perempuan tu berhak utk pilih yang terbaik dlm hidup dy kan?