Monday, March 21, 2011

"Jadi Awek Yang Tak Serupa Awek"


Ni yang nak buat aku marah ni.
Siapa kata kalau perempuan perangai kasar tak boleh romantik bila bercinta?
Siapa kata kalau perempuan serupa lelaki tak boleh beri kasih sayang sejujurnya?
Siapa kata kalau perempuan suara garau dia tak pandai bermanja?
Mari sini, tolong jeritkan pada dunia.

Eleh.
Sisipkan rambut ke tepi. Capai getah hitam, ikat rambut tocang macam kuda padi. Ini mesti orang yang kelakar sebab tak tahu apa yang terjadi. Main ikut suka hati. Berak bising sebab tak keluar tahi. Teran kuat-kuat tapi perut masih kembung berisi. Sakit-sakit, dia ketapkan gigi. Batang paip digoncang, macam nak tercabut kepala besi. Keluarlah tahi. Ah, sakit sampai kalau boleh nak gigit tuala yang tergantung di celah jeriji.

http://farm4.static.flickr.com/3080/3127841438_4d57041655.jpg
[Gambar : Otak aku tak boleh keluarkan deskripsi]

Ah.
Siapa kata lelaki bertopeng tidak punya identiti?
Siapa kata lelaki yang kasar tidak mampu sayang kekasih dan isteri?
Siapa kata lelaki botak jadikan mereka rendah diri?
Siapa kata lelaki yang mudah kecil hati itu tak boleh berikan sesuatu yang beerti?
Aneh ini.

Capai dua biji besi. 
Angkat naik, bawa turun. Tambahkan beban. Duduk depan cermin dan gayakan badan. Kalau tak dapat enam ketul, dapat seketul dua pun jadilah. Asalkan sihat. Bukan nak masuk pertandingan katanya. Setakat suka-suka sebab bunyi ketul (baca : pax) tu menyeronokkan. Macam guna talian komunikasi gergasi biru itu. Ada lapan ketul untuk hubungi yang tersayang dan suka-suka lagi. Ini wilayah kami sayang. Ah, kata mereka lagi. Tapi bukan itu yang mahu dikongsi. Ini bukan tentang awek sahaja, bukan juga bini atau laki. 
Eh?

Lepas makan tengah hari yang mencetuskan kontroversi serta skandal keji di Twitter hari ini, aku berbual sebentar dengan seorang kawan yang kadangkala lurus macam pembaris, kadangkala bergulung macam wayar, tapi selalunya dia akan bersepah macam gula getah. Kau suka dia sebab dia manis, tapi kau geram pada dia sebab dia mungkin melekat. Eh, ke sebab tak manis?
Ketawa.

Kawan : Kau main keji letak gambar makanan di Twitter.
Aku : Suka-suka sebab aku di dapur.
Kawan : Aku nak tanya ni.
Aku : Apa dia?
Kawan : Kalau aku sebut ayat begini pada kau, apa kau rasa yang aku maksudkan?
Aku : Ayat apa?
Kawan : "Jadi awek yang tak serupa awek"
Aku : Apakah itu?
Kawan : Pendapat kau?
Aku : Sungguh tak faham. Mungkin kau anggap aku masih macam jantan macam dulu, walaupun aku dah agak keperempuanan sedikit sejak memasuki bidang kerjaya.
Kawan : Oh, macam itu ke?
Aku : Apa maksud sebenarnya?
Kawan : Ada orang cakap begitu pada aku. Aku tak faham, itu yang tanya kau.
Aku : Tak mengapa, nanti aku tanya di Twitter. Mana tahu ada orang faham.

Jadi aku dengan gigih (perlukah gigih?), tulis perkara tersebut di Twitter. Ada balasan yang rasional dari beberapa orang hebat yang aku kagumi. Tidak dapat aku nak cetak skrin disebabkan di tengah-tengahnya ada perbualan peribadi yang penuh dengan ayat yang tidak sesuai untuk bacaan umum. Eh, maksud aku ayat gila penuh sarkastik tetapi bukan caci maki. Oh, aku letakkan sahaja apa yang mereka tulis di sini ya? Pasti sekali dengan pautan.

@PointBlankShot : awek, tapi tak treat macam awek. macam member jek :)

@tokrimau : teman tp mesra. goodluck.

@DeanSham : No strings attached, heh heh

[Gambar : Mungkinkah maksudnya cinta tapi tak serupa cinta?]

Angguk-angguk kepala.
Mungkin jugalah kan? Terus sahaja aku beritahu pada kawan aku itu semula. Jawapan yang aku terima dan apa rasional setiap jawapan pada dia. Tentu sahaja mahu berikan dia ruang untuk berfikir sendiri sebelum tiba-tiba meracau lagi. Tapi belum sempat aku pusingkan kepala lima kali sebagai tanda penat duduk atas kerusi dan mahu merebahkan tubuh di ranjang sepi, telefon berbunyi. Telefon berbunyi. Ada haiwan dalam bahaya, ada haiwan dalam bahaya di sana. Eh, gilakah kau aku guna bunyi sedemikian rupa? Hilang rasa kacak aku pada diri sendiri.

Kawan : Aku dah fikir apa yang kau beritahu pada aku tadi. Aku pun dah baca apa yang orang lain balas.
Aku : Sekejap betul kau fikir.
Kawan : Tak boleh lama, nanti aku rasa nak terberak.
Aku : Pengotor perempuan ni.
Kawan : (ketawa) Adakah orang yang cakap begitu dengan aku mahu ada hubungan lebih dari sekadar kawan?
Aku : Mungkin.
Kawan : Tapi pada aku, dia cuma kawan sahaja.
Aku : Kadangkala setakat persahabatan tak cukup bagi sesetengah orang.
Kawan : Katakanlah betul dia suka aku, tapi kenapa dia cakap begitu pada aku?
Aku : Mungkin sebab dia tak nak kau rasa terkongkong. Kau bebas macam kawan dia, tapi dalam masa yang sama, kau ada hubungan yang lebih sedikit daripada setakat kawan biasa.
Kawan : Macam tu pula?
Aku : Mungkinlah, kalau dia kata secara serius. Kalau sinikal, aku rasa dia fikir kau lelaki.
Kawan : Sisi hidup aku belum pernah ada jadi lelaki macam kau.
Aku : (ketawa) Lelakinya aku cuma atas pentas lakonan.
Kawan : Memang atas pentas lakonan, tapi sikap kasar tu banyak atas pentas dunia.
Aku : Haram sungguh perangai.
Kawan : (ketawa) Dah ada orang kata, jadi awek yang tak serupa awek.
Aku : Ni kalau aku tahu siapa lelaki tu, memang aku tabik lima kali pada dia sebab keluarkan ayat yang bermakna.
Kawan : Buat aku gila adalah.
Aku : Sama padan dengan kau kalau kena gaya.
Kawan : Keji.

http://farm3.static.flickr.com/2345/2682351923_38bdb5c222.jpg
[Gambar : Mari duduk berfikir bagaimana untuk menjadi seorang awek yang tak serupa awek]

Minggu yang menyesakkan jiwa akan bermula. Tabahlah hati. Senyumlah wajah. Tegakkan diri dan hadapi segalanya dengan semangat yang membara. Jika hari ini seorang manusia jatuh hanya disebabkan sekeping surat cinta berdarah, tidak mustahil hari esok seorang manusia lain akan bangkit dengan nafas jitu bertopengkan manusia beku.

Mengantuk tanpa dadah berbahaya.
Perangsang sejati : kafein - idaman Zara.

Nota Kaki :
1. Makin lama, makin culas.
2. Makin sakit, makin cergas.
3. Makin dekat, makin malas.

Zara : "Eleh. Tak sampai tiga ribu pun yang ikut halaman peminat (baca : fan page) kau Zara. Memang tak terkenal pun. Blog pun baru empat ribu lebih. Dasar blog picisan" - Comel betul kan ayat ni? Nasib baik sayang baru lepas makan, kalau tak, terkeluar ikan keli.

29 comments:

.drakula. said...

cinta tetap cinta,gadis tetap gadis.
walaupun rupa,gaya berlainan.

Anonymous said...

-.-"" aku pelik. banyak nya haters.
serius aku tak faham apa yang buat dia rasa menyampah.


Gumiho!

Bintang Biru. said...

zara, walaupun belog dan fan page zara tak banyak orang. saya suka sngat baca blog zara, kalau ada 100 blog. 100 tu nak ikut belog zara. =='

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Republic Aku

aaaa..
tepat!

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@MATAHARI

blog macam aku pun dia nak benci apa kejadahnya? Bukan glamer pun.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@.Bintang Biru.

Sumpah terharu. T__T

yurn said...

zara..aper u tulis yurn setuju..ader yg org tak tahu sebenarnyer...jadi zara dah bg tahu...i like more...hehehe

sharamli said...

perempuan yg kasar tu kadang2 lebih r0mantik..

tapi 0rg cakap laki yang r0mantik kadang2 panas baran..

fatian athiea said...

aku lgi prefer macam ungkapan tu..









tak perlu tunjuk kat orang..









nnti org meluat, doa macam2..








jadi kekasih, sahabat, peneman..











itu lagi cukup dari segala-glanya

Lalala said...

boleh ke laki dan perempuan rapat gila tanpa ada rasa yang wujud.. kalau dia nak lebih.. kita pun nak.. terus nikah je.. bercinta lepas nikah.. syok tu..

btw blog cikgu bagus.. ayat nya perghhhhh.. hahhahah

norinaomar said...

sebab tu kita kena pandang dari mata hati kan?

Anis Azalea said...

siapa pula yang dengki dgn dunia blog kau zara? ayat macam perlukan attention je. opps nanti bila dah tahu siapa mungkin ramai pergi blog dia dan terus naik trafik.

suffer8zine said...

nak seribu daya :P

Terkini : Gambar Supermoon Yang Awesome

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@yurn

err..

thanks dear!

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@sharamli

yang part kedua tu aku tak pasti mak usu~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@misz molecule

ada betulnya juga~

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Mainur Hasnah

kalaulah ada orang nak aku juga sekarang ni. ha ha ha.

XD

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@norinaomar

kadangkala kata hati menipu.

;)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Eri-chan

hahaha~

kalau tulis kang, maunya dia happy nama dia naik..

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@suffer8zine

mungkin.

:)

FVN said...

awek tak serupa awek..pekakkan je telinga...aku pun dah lali dgr org panggil aku mcm tu...

kita mmg pompuan sejati cuma tak ayu2 n lemah lembut mcm pompuan lain je... hehehe

Adziim said...

Haha~
Awek tak macam awek = cinta bertepuk sebelah tangan.

Situasi awal sama-sama bercinta,declare couple,lepas itu si awek hilang rasa sayang tapi ambil masa juga nak terangkan/nak minta putus. Jadi dia mula tunjuk tanda-tanda secara perlahan,jarang keluar bersama,jarang sms,selalu elak.

Lebih kurang macam itu la agaknya awek tak macam awek.

4000+ pengikut itu kira hebat. Banyak tahun nak kumpul populariti macam itu nak-nak tanpa perlu letak gambar comel pipi kembung,tudung warna-warni. Haha~

najwa's said...

ekkk..hehe no komen la. :)

nusrah said...

assalamualaikum kak zara..
salu sgt bce blog akak lpas ad mmber post link kat fb ritu..

dpt inspirasi berblog dr kak zara juga sebb mmber salu nak ngadu2 kat sy (masalah roomate la, pakwe lah n bla bla bla) i just trying to be a good listener not to become an angel.

tp ble sy ad masalah, memg tak tau nak ngadu kat spe selain yg 'Di Atas'..mmber lari bsepah..maka blog lah jawabnya

APi said...

Senyum.
Tak perlu kata apa-apa. =)

Raouf Sora said...

utk entry kak zara kali ni sy x perlu sentuh psl kawan akak tu sebab sy yakin die ni seorang insan yg hebat seperti kak zara juga..~
never expect, never assume, never ask, and never demand..just let it be..because if it's meant to be, it will be..~:)

kak zara: haters will always hate, kak..die jeles je sbb follower die x seramai follower akak..hehe..nut in the same time, we need those haters to make us realize that we're not perfect..~:)

haters: life is too short to stress yourself with people who don't even deserve to be an issue in your life..gempa di timur dh terjadi..korg nk tggu bumi di barat dan semenanjung arab bergegar bru nk bertaubat?? maaf sebab ketika itu pintu taubat dh tertutup..~

Raouf Sora said...

ini bukan komen..haha..kak zara, sy dh deactivate akaun facebook sy tu..haha..nk focus more into my studies..blog ni pn kdg2 je bkak..sndri pnye blog x update..ahaha..sy x tau nk contact kak zara cmne selain blog ni..but i do have a skype account..do add me..skype sy ialah meamusician..~:)

dayah said...

kawan tu kena berubahla lbh baik agknya lps kena ayat mcm tu. zara relax k

FiqaSaleh said...

niceee..

p/s: mana nak dpt kalender dgn pelawat terkini cam kat sidebar tu?