Friday, March 18, 2011

Dasar Orang Tak Pernah Buat Tesis.


Salam.
Perbualan dengan seorang kawan baik aku semalam memang penuh dengan warna. Rindu, memang rindu yang teramat sangat. Aneh, orang sebegitu lebih kenal aku, lebih mengerti aku. Kawan yang aku kenal sejak di kampus selatan - walaupun mulanya di forum bahasa Inggeris. Ah, lebih unik sebenarnya, manusia-manusia yang rapat dengan aku sehingga kini adalah mereka yang aku kenal dari forum itu. Baiklah, kampus selatan memang terbaik! 

[Gambar : Rasa gembira sampai nak melompat]

Dalam perbualan dengan dia semalam, ada beberapa perkara yang dibualkan. Selain daripada pos aku mengenai pertanyaan terlanjur itu yang dibincangkan dengan lebih rasional, ada disebutkan juga pasal orang yang meniru penulisan aku. Ketawa. Tak sangka benda itu pun boleh berlarutan diperkatakan walaupun sambil bercakap sambil sebelah tangan memotong sayur dan membasuh ikan. Oh ya, perbualan diubah sedikit memandangkan kami menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris. Bukan bahasa English ya? #sarkastik

AM : Ada juga orang yang tiru apa yang kamu tulis.
Aku : Kelakar kan?
AM : Dari satu aspek baik, dari aspek lain, tiada kreativiti, tiada otak.
Aku : Itulah pasal.
AM : Sabarlah makcik.
Aku : Tapi pakcik, rasa bengang juga bila orang buat macam tu. Dah banyak kali jumpa di FB sebagai contoh.
AM : Itu yang orang sering salah faham dengan konsep kongsi (baca : share)
Aku : Tak kisah orang nak kongsi ke apa, tapi kalau salin semua dan mengaku mereka punya, benganglah aku. Bukan senang nak menulis.
AM : Ingatkan senang macam buka paip, keluar semua.
Aku : (ketawa) Kalau senang macam tu, alangkah bahagianya. Sebagai contoh, pos aku tentang kenapa lelaki mesti memilih guru tu, banyak orang ambil dan sebarkan, tapi mengaku itu mereka punya. 
AM : Di FB?
Aku : Banyaknya di situ. Lepas tu, bila ku tegur mereka kata, benda tu dapat di Internet, salah ke salin dan letak di FB mereka dan macam-macam alasan lain. Dah la cikgu-cikgu atau bakal cikgu juga. Nak tahu apa aku tulis pada mereka?
AM : Apa dia?
Aku : Dasar orang tak pernah buat tesis, memang suka ceduk kerja orang lain tanpa penghargaan (baca : credit). Sebab aku tahu kebanyakan tu datang dari institut atau universiti mana.
AM : (ketawa) Gilalah makcik.
Aku : Peduli apa kan?

[Gambar : Aku harap orang-orang yang dimaksudkan tidak meracau sedemikian rupa ya?]

Aku faham kalau orang kata mereka Google sesuatu benda dan jumpa di Internet. Memang faham bila orang kata benda itu dah jadi hak umum dan hak masyarakat seantero dunia disebabkan kau masukkan ke dalam lautan maya, cuma, katakanlah kau ambil, sebagai seorang yang punya latar belakang dikira profesional, untuk meletakkan pautan di mana kau ambil benda itu. Ambil tanpa memberitahu itu boleh dimaafkan, tapi dengan buang segala yang berkaitan dengan pemilik asal serta mengaku itu hasil kerja sendiri rasa macam lepas berak lupa nak cuci. Geli.

Kedekut.
Alahai. Ini bukan soal kedekut adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang. Harta intelektual memang ada syarat tersendiri walaupun ia sekadar di blog picisan yang tiada orang sedar kewujudannya. Bukan seperti orang yang kononnya mahu berkongsi tapi bertindak sebagai pencuri dengan mengubah sana sini dan mengaku itu kepunyaannya. Ah, sebab itu kata orang begitu tidak pernah buat tesis. Kalau kita buat rujukan di Internet sekalipun, kita masih perlu nyatakan sumber rujukan kita itu juga. Oh, kalau bangsa yang curi tanpa beri penghargaan ini, mesti ada masalah suka salin dan tampal masa buat tugasan dan tesis.

Berlagak.
(sambil klip rambut) Tak, bukan berlagak sombong atau apa sahaja tuduhan, sombong, hidung tinggi dan sebagainya, tidak boleh menerima teguran tetapi kalau menegur dengan tidak berhemah, pasti tidak dapat diterima kan? Jadi bila aku gunakan pendekatan berhemah dan berhikmah juga tak jalan, maaflah, jalan terakhir adalah redha sahaja. Malas mahu bergaduh dengan sesiapa. Paling jahat pun aku mengamuk di Twitter. Kesian orang di Twitter baca luahan marah aku.
Ketawa.

Ayat penuh W.
Oh, maaflah. Aku memang benci dengan ayat serupa rempit begitu. Benci adalah perkataan yang berat sebenarnya. Lebih kepada tidak gemar dan maaflah kalau ada yang berikan aku pesanan sedemikian dan aku tidak malas. Kau boleh kata aku apa sahaja, tapi kalau aku tak faham apa kau tulis, bagaimana mahu balas kan? Lagi rela aku kena marah daripada baca ayat serupa manusia tak pernah pergi sekolah. Tidak, bukanlah suruh tulis ayat penuh dan skema dengan ada pembuka dan penutup, tapi janganlah buat gila dengan penambahan huruf yang tidak berkaitan sampai aku ingat apa benda yang kau tulis itu adalah ayat mencarut.

[Gambar : Benda ini sebenarnya mengingatkan aku pada mereka yang aku tinggalkan di kampus selatan]

Pesanan di Mukabuku malam tadi buatkan aku tersenyum. Soalan itu bagaimanapun aku sudah jawab walaupun aku tidak pasti, di bahagian mana manusia beku ini dikatakan tenang sahaja. Ah, barangkali sebab aku menyedari, benda yang membuatkan aku sebegini hari ini adalah disebabkan aku mengenali dengan dalam siapa diri aku dan apa aku mahukan dalam hidup ini. Bukankah kita tidak dapat berbuat apa-apa untuk diri sendiri jika kita tidak pernah kenal diri?

Kenal diri dan hati sendiri sebelum kamu meletakkan orang lain adalah orang yang kamu kagumi.
Ini sekadar pendapat peribadi.

Nota Kaki :
Perbualan panjang dengan manusia dari kampus selatan malam tadi buatkan aku terfikir sesuatu. Siapa aku pada dunia dan apa yang aku telah berikan pada manusia? Apakah sekadar cukup dengan pekerjaan yang aku suka ataupun kurangkan nilai beku pada diri dengan menjengukkan wajah pada dunia? Ah.

Zara : Kesakitan dengan tuduhan melulu telah dipadamkan dengan perbualan bersama sahabat itu semalam. Terima kasih AM. Anda tahu siapa anda dan mengapa anda berada cukup rapat dalam hati aku walaupun kita sudah lama tak bersua wajah. Rindu kamu. Jujur.

11 comments:

Anonymous said...

ini yang berlaku rupanya.
patutlah, kalau dah kes berak lupa cuci ni memang parah.

Anonymous said...

salam..haaa ttg post cikgu tuh..sy ada share jugak,,dapat dari fb..dan sy mmg kreditkan org di fb tuh sebab beliau takda pulak mengkreditkan sapa2 lam notes dia...lepas beberapa hari kawan cakap post tuh kak zara yang punye..barulaa perasan macam pernah baca..jadi maaf ye kalau tersalah kredit dan sy perbetulkan sudah kredit tersebut..

Raouf Sora said...

cmne ntah sy nk kate..td ayat dh susun cantik..suddenly black out plak otak ni..haiyaa..~ -.-''

kpd yg x pnah buat thesis: amat suka utk sy tekankan bahawa ilmu yg anda dapat tanpa memberikan tanpa sanat yg sahih adalah fitnah wlupn nmpk sprti benar..klu ko maen copy paste je utk mndptkan markah drpd lecturer ko, maka ijazah yg ko dpt tu mmg bkn dr usaha kpo sndri..dan duet gaji yg ko akan dpt drpd ijazah tu pn dh dikira haram..wanna rot in hell?? keep on doing it..

kak zara: org mcm tu biarkan die dpt dosa..akak dapat pahala..lg best..~ xD

misz aisya said...

hye kak! mungkin mereka yg meniru tu nak nampak hebat dgn penulsan yg hebat.

yup, saya setuju kata akak. kita kena link kan atau sekurang2nye nyatakan sumber bahan yang kita share tu.

biarlah, dia tak reti nak hormat org, org lain pon takkan hormat dia. sabar ye :-)

TheBentPencil said...

betul, diorg tak faham concept share. share ialah tekan butang share di bahagian atas post, lepas tu tulis sepatah dua pada ruang status. bukan copy paste ke dalam laman web sendiri lepas tu post link sendiri.

begitu juga dalam blogging, paling kurang cuma letak link di bawah blog daripada siapa.

p.s. saya pun pernah kena juga zara. yang paling geram bila kawan-kawan dia puji penulisan tu dan dia cuma cakap "terima kasih!" dan bukan "terima kasih kepada penulis asal iaitu TheBentPencil!"

erysweetie said...

suke dengan tajuk entry..haha.. mmg menulis thesis melatih diri memberi credit pd penulis sebenar. bukan senang nak tulis even 1 perenggan yang bermanfaat..

senang kate, org org cmni..mmg tak tau malu lah~

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

mungkin mahu menjadikan kamu sbg role model tapi tersalah caranya.. semua mahu hebat sekarang. jadi jalan singkat dipilih. untuk apa dikatakan hebat jika karya bukan dari diri sendiri....

jgn putus asa wahai zara..
ramai lagi yang menyokong kamu.

Anonymous said...

yes! ramai lagi yang menyokong. macam saya ni.. senyap2 je bila masuk sini. hehe

Lalala said...

saya share kat fb pun bagi link blog Cikgu... macam2 la now

Qib said...

penah baca di fb tp x dinyatakan akak zara punyer. u have a gifted mind

elle said...

saya pn pernah baca di fb pasal guru tu. junior sy share drp kwn dia agknye. bila dia share, dia kreditkn pd org yg copy+paste kt atas status tu.
bila sy baca, mmg org tu dh edit sume, buang sume yg ada kaitan dgn penulis atas, kak zara la. pastu sy komen kt link yg junior sy share [sbb sy xleh komen kt kwn dia tu] yg penulis asal ialah kak zara. siap bg link lg pd dia.
then nsb bek junior sy betulkn n ckp kredit pd kak zara. tp yela kn, dia sharekn aje. bknnye dia yg cedok sebijik2 tu. org tu xde letak link lgsg. tah ape2...

manusia oh manusia.. mcm2 ragam...