Tuesday, March 15, 2011

Bila Cinta Itu Pahit Macam Kopi.


Bila sibuk, otak makin nak bekerja.
Orang macam aku yang biasa bekerja, bila datang cuti dan terpaksa belajar pula, memang seksa. Setiap pagi akan bangun pukul lima pagi dan bersedia untuk ke sekolah jam enam lebih. Pukul tujuh lebih sudah bersedia di padang atau gelanggang dengan pakaian sukan untuk memulakan kelas pertama. Nah, bila cuti sekolah? Aku jadi lemah.

[Gambar : Pagi tadi banyak buat kenyataan berani mati tentang kopi dan cinta di Twitter.]

Senyum.
Ya, memang lebar aku tersenyum apabila ada orang kata cinta itu pahit macam kopi. Kelakar pun ada memandangkan aku adalah penggemar kopi, jadi kenyataan kalau cinta itu macam kopi sekalipun, masih lagi aku suka. Cuma, aku mahu tanya sesuatu, apakah dari kopi yang pahit itu kita tidak dapat buat minuman yang manis serta lazat? Boleh bukan?

Hal yang sama juga apabila kita bercakap mengenai cinta. Memang aku bukan pakar, bahkan aku sering termenung jika diajukan persoalan begini, tetapi bercakap mengenai perkara yang boleh dibincangkan, aku mahu ketawa. Kenapa kita tidak pernah mahu bertanya kepada diri sendiri, benda yang pahit, yang membuatkan kita tidak selesa, pasti ada cara membuatkannya lebih indah serta bahagia bila menikmatinya.

Kawan : Kelmarin dia tanya aku lagi.
Aku : Tanya apa?
Kawan : Adakah aku masih mencintai dia seperti sebelumnya.
Aku : Kau jawab apa?
Kawan : Aku cakap yang aku memang cinta dia sepenuh hati, cuma disebabkan dia sudah punya seseorang yang lain, aku lebih rela bunuh rasa hati.
Aku : Reaksi dia?
Kawan : Dia cakap dia faham apa yang aku rasa, bahkan dia sangat mengerti. Cuma katanya, ada pihak yang terasa hati bila kami masih berhubung walaupun tidak lagi berbicara tentang soal hati.
Aku : Tunang dia?
Kawan : Dia tak nak cakap, tapi mestilah tunang dia kan?
Aku : Jauhkan diri mungkin itu yang terbaik.
Kawan : Kalaulah boleh aku buat macam tu.
Aku : Kau boleh.
Kawan : Memang, tapi aku dah terbiasa dengan adanya dia.
Aku : Faham. Aku pun pernah lalui benda sebegini.
Kawan : Jadi apa perlu aku buat?
Aku : Kalau boleh jauhkan diri, jauhkanlah diri. Walaupun memang kau tak mahu apa-apa lagi dan hanya sekadar kawan.
Kawan : Kalau kau, kau akan buat apa Zara?
Aku : Kau tak boleh tiru aku (ketawa)
Kawan : Kenapa?
Aku : Sebab kalau aku dah mula tak mahu peduli, aku akan tinggalkan semua benda yang berkaitan. Langsung aku tidak akan sentuh lagi. Sebab tu aku lebih suka biarkan sahaja dan tidak mahu fikir terlampau banyak benda yang tidak beri manfaat pada aku.
Kawan : Maksudnya?
Aku : Kalau aku sudah tidak mahu tahu apa-apa, aku akan tinggalkan semua kenangan, buang segala benda yang punya pertalian. Baik dirinya, keluarganya atau segala yang berkaitan, akan aku hapuskan. Biar aku tidak tahu apa-apa lagi selepas itu.
Kawan : Walaupun keluarga dia baik dengan kau?
Aku : Ya.
Kawan : Itu kejam.
Aku : (ketawa) Sebab itu aku kata jangan tiru aku, tak boleh.
Kawan : Kau pernah buat benda tu ke?
Aku : Belum. Kalau boleh aku tak nak buat sebab banyak hati yang akan sakit nanti.
Kawan : Jadi, aku ini bagaimana?
Aku : Jauhkan diri buat sementara. Biarlah dia dengan cara dia dan tunangnya.
Kawan : Kalau dia cari aku?
Aku : Layan dia macam kawan, yang kau buat sekarang ini. 
Kawan : Bolehkan?
Aku : Boleh apanya?
Kawan : Aku cakap yang aku benci dia.
Aku : Kenapa benci pula?
Kawan : Supaya dia jangan dekati aku lagi dan aku tidak akan fikirkan dia lagi.
Aku : Terpulang pada kau.
Kawan : Itu yang terbaik.
Aku : Kalau kau rasa begitu.

[Gambar : Kadangkala bila bahagia, kita akan rasa teruk. Bila sedih, kita akan rasa macam beruk. Eh?]

Bahagia.
Derita.

Siapa dalam dunia ini yang akan pilih derita bila dihadapannya terbentang luas jalan menuju kebahagiaan? Siapa yang akan pilih kesengsaraan jika kesenangan itu sudah dijanjikan? Semua orang akan mengejar kegembiraan dan meninggalkan kesedihan di belakang, tetapi tahukah kau bahawa ada orang lebih rela memilih derita daripada merampas senyuman orang lain? Ada orang lebih senang menyusuri jalan yang berliku, penuh dengan cubaan dan penderitaan daripada memintas laluan orang lain untuk kegembiraan yang sementara?

Tak.
Mungkin kau tak pernah tahu. Sebab itu pada kau, orang yang menahan diri dan mengawal perasaan serta mengorbankan kepentingan diri demi memastikan kau bahagia hanyalah si bodoh yang kalah serta perlu dilupuskan. Salahkah dia berikan kau peluang menikmati bahagia dengan orang yang dia sayang serta cinta sepenuh jiwa demi memastikan dia dapat kekal disamping manusia itu sebagai kawan sahaja? Kau tidak pernah akan mengerti sebab apa yang kau lalui hanyalah satu bentuk kemanisan yang kau sendiri tidak perlu bersusah payah untuk kecapi.

Senyum lagi.
Nipis.
Sebab itu aku boleh keluarkan kenyataan begini. #statementmaut (Ini aku yang cetuskan di Twitter sejak pagi tadi sebagai cara menghilangkan kebosanan dan menikmati secawan kopi yang tidak pahit, bahkan satu kurniaan yang tidak bertepi).

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/189674_10150118228118237_263280958236_6863955_6267212_n.jpg
[Gambar : Untuk lebih jelas, boleh lihat di pautan yang disediakan. Oh ya, untuk memahami perbualan ini, sila baca dari bawah ya? Terima kasih]

Itu sahaja.
Aku mahu melayan tawaran beg gitar lagi.

Nota Kaki :
1. Kena belajar.
2. Yang bertanya tentang Skype dan YM, maaf - aku cuma buka bila perlu sahaja.
3. Twitter memang taman permainan aku.
4. Tidak sangka ramai rupanya kawan-kawan aku di Mukabuku adalah pelakon dan penyanyi Korea. Semua gambar hampir serupa pula tu. #sarkastik

Zara : Kawan sejati akan menjaga kita seperti seorang ibu, marah kita seperti seorang bapa, kacau kita seperti seorang kakak, buat kita meluat seperti seorang abang dan akan menyayangi kita lebih dari seorang kekasih. Betul eh?

35 comments:

ieda Qema said...

betul juga..

HEMY said...

nak kawan dengan kekasih lama kawn la..tp tkyah la tnya sayang i lagi ke apa sume...

sebu pn ada dengar..huhu

Anonymous said...

haha.


cinta itu sesedap kafein nescafe.


ketagih.

Meme Fatihah said...

situasi kawan k.zara sama dengan apa yg orang sedang lalui. semoga tabah!

Anonymous said...

salam.
kawan kau betul2 syg gadis tu.pada aku.betul dah apa ko cakap.
tinggalkan semua kenangan dengan dia.
yeh,bukan senang.

dan lebih bagus kawan kau terus terang cakap pada gadis yang dirinya terseksa dengan keadaan sebegitu.dan mahukan sesuatu yang pasti.kalau tak boleh,apa guna.gadis pun dah tau kawan kau sedang menanti.kan?

jangan membenci,sebab rasa cinta sentiasa kembali menghambat.dan mula lah merindu kembali.nanti jadi cakap tak serupa bikin.benci konon.hahaha.baik jangan cakap.itu bukan keputusan tepat kawan.

utk kawan kamu :
apa yang Allah tentukan untuk kamu sebenarnya lebih baik dari apa yang kamu mahu.nah,hadam dalam kepala bijak kamu.cinta bukan untuk main main.kamu dan gadis itu pun tahu bukan.biarkan ia berlalu.kalau dah Allah bagi jodoh kamu dengan dia,berpisah seribu tahun pun kamu akan tetap kawen dengan dia kan.kekeke.

ini ikut pengalaman aku lah.dan sekarang aku kalis dengan status single.lonely kah aku?tak.aku masih ada keluarga.dan paling best.sahabat2.jodoh aku?kalau dah sampai seru,aku akan kawen juga.cuma tunggu kewangan kukuh.itu saja.hehe.salam

Unknown said...

mungkin betul.coffe memg sedap walau ada pahit sedikit..dan nikmat!tp, kita xbole terlalu asik menikmati coffe sehingga mnjd ketagih~

p/s : terasa plak, sbb picca dimukabuka plakon korea yg digilai.. LoL~

p/s/s :: yg las skali tuh pown stuju gk!

Ibu Ammar said...

kalau aku jadi tunang dia pun, aku terasa hati (kehkehkeh).

baik memilih untuk jauhkan diri, istilah masih kawan tapi ada perasaan. boleh menggugat juga.

lynna said...

Payah kalau ia berkaitan perasaan cinta..
memang ada hak utk tunang tu rasa cemburu, tapi tgk keadaan juga..
kwn tu berpalinglah utk mencari kebahagiaan sendiri, kenapa membunuh kebahagiaan sendiri disebabkan sesuatu yang bukan lagi milik sendiri.. ikhlaska dia berkwn dgn lelaki itu tanpa libatkan perasaan.. :)

aeshcame said...

Hehe you write well girl.. I'll choose coffee over love..haha lebih mudah untuk ditelan..

KAMIHIDUP said...

lupakan je, bukan susah pun, heee. :)

APi said...

aku juga gila nescafe..
lagi pahit lagi suka..
pernah minum nescafe kosong tau..
heh..



nukilan akhir itu aku suka..
kawan sejati, samakah dengan sahabat?

cik ciput said...

saya tak boleh ikut mcm awk, tinggalkan semua. haha. awk hebat zara, kerana awk buang segalanya bila sudah tiada rasa istimewa.


**aroma hebat dari nescafe adalah dari flavour semata-mata. they put a lot of flavorings to make it as perfect as now it is.itu bukan rasa kopi sebenar wahai cik zara. =) tapi saya juga sangat suka nescafe. hehe

Unknown said...

jgn minum kopi banyak sgt, nanti rambt gugur

Unknown said...

jgn minum kopi banyak sgt, nanti rambt gugur

suffer8zine said...

kalau x nk pahit letak la susu bnyk2 :P

Terbaek! : FrenzyFM on Media | Mangsa Banjir Dapat Kereta | Ayam Berkaki Empat Ditemui | Video Tsunami Di Jepun

takky said...

no experience in love...
so, i just can say gud luck 2 ur friend....

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@g0m0k9enDek

apa yang betul dear?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@HEMY

dari suami orang yang hebat punya pandangan ni.

aku salute!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@MATAHARI

#EhBetullah :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Meme Fatihah

moga kamu juga tabah dik.

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Anonymous

#salute.

kau kuat. pasti boleh dijadikan inspirasi bagi kawan aku :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@eiffel

ha ha ha.
ketagihan itu indah dik.
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Alexandriana Alia

Jauhkan diri adalah yang terbaik kan?
Mungkinlah.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@lynna

Menjauhkan diri adalah yang terbaik boleh dikatakan bila melibatkan hati perempuan lain kan?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@aeshcame

Oh baby!
Same goes to me.

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@KAMIHIDUP

kalaulah semudah tu kan?
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@APi

ha ha ha.
aku pernah minum serbuk kopi sahaja. Lagi gila kan?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@cik ciput

#chuckles

aku dalam proses membuang segalanya dengan perlahan sebab aku sedang menikmati sakitnya.

;)

hahaha.
Tahu.
Tapi itulah nikmat.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@izzad b*

ye ke zad?

*cuak

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@izzad b*

seriously?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@suffer8zine

nanti kena kencing manis.
XD

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@takky

Thanks on his behalf.
;)

zixol said...

cinta tu pahit macam panadol!

bila di telan semua pahit tu nanti sehat la cinta tu..

aku men cakap jek..heh

fat said...

terbaek la kak zara...

Qaseh Dalia said...

last word qaseh suka