Salam semua.
Kembali menulis setelah beberapa jam berpeleseran dengan diri sendiri. Entah kenapa sejuk dan berhingus macam watak Bo dalam Sin Chan. Mungkin disebabkan cuaca yang entah betul, entah tidak. Selsema berpanjangan dan buat aku kalah dalam penantian. Lebih dua puluh empat jam tidak berhubung dengan dia membuatkan hidup aku sedikit tidak selesa.
Awak, saya salahkan awak boleh?
Sebab awak buat saya terbiasa dengan kehadiran awak.
Walaupun jarak memisahkan, tapi teknologi menghangatkan.
Senyum.
Dah kata cuaca sejuk.
Sudah, jangan fikir lain.
Aku kehilangan Helios dan Lucifer, yang muncul hanyalah Luna apabila malam menjelma. Hari ini aku berkenalan dengan seorang yang menggunakan nama Lucifer - satu nama yang biasanya aku jumpa bila membaca komik atau satira penuh warna. Eh, apa kau ingat aku tidak tahu mitos Greek?
Ketawa.
[Gambar : Baiklah, hari ini kita mahu bicara sesuatu yang serius dalam wacana, boleh?]
Punya panjang mukadimah, tapi belum jumpa isi dan huraian. Sebab itu aku tolak tawaran menjadi guru bahasa Melayu walaupun bak kata guru kanan bidang aku, kebolehan bahasa aku membolehkan aku pergi lebih jauh jika mengajar mata pelajaran itu. Oh tidak. Aku tidak boleh menanda karangan, nanti habis aku cantas semua ayat dan perkataan.
Oh, orang kita memang terkenal dengan terlampau pemegang PhD yang tidak bertauliah. Celah mana nak datang tauliah bila semuanya dikeluarkan daripada universiti sendiri? Hebat betul kan? Oh, PhD di sini bukanlah bermaksud Doktor Falsafah, tapi lebih kepada Perasaan Hasad Dengki. Punyalah kononnya berlapik. Jadi, mari kita tengok, berapa ramai yang sakit punggung (baca : butthurt) yang ada PhD sendiri ini?
Nak tanya, ada majlis konvokesyen juga ke?
Ketawa.
Ludah.
1. Orang lain senang, punggung dia sakit.
Ini memang kegemaran mereka. Orang lain dapat sedikit kegembiraan, mereka sakit hati yang melampau-lampau macam perlu ditukar organ dalaman itu.
PhD : Kau tahu, dia dapat duit terpijak.
Orang : Biarlah.
PhD : Dapat sedikit pun nak kecoh, baru naik pangkat.
Orang : Biarlah dia.
PhD : Menyampah kan?
Orang : Mana kau tahu?
PhD : Nampak tadi, dia senyap-senyap je, takut orang lain nak minta la tu.
Dah kalau dia nak senyap-senyap, kenapa kau nak buat kecoh pula? Biarlah. Ini tidak, bila ada orang menang sesuatu (berdehem), kau tulis macam-macam tentang dia, siap buat khabar angin yang meluap-luap. Oh, tulis meluap-luap macam lahar gunung berapi pula. Tapi begitulah manusia, benda baik salah, benda buruk lagilah salah kan?
[Gambar : Kenapa kau sakit sangat punggung bila orang lain senang? Kau kena buasir ke apa?]
Sakit punggung (baca : butthurt) ini biasanya dialami oleh golongan lubang punggung (baca : assholes). Itu yang menjadikan punggung mereka pedih bila orang lain ada kelebihan daripada mereka.
2. Orang lain susah pun mereka sakit.
Itu kalau tumpang simpati atau rasa kasihan tidak mengapa, ini sebab sakit hati. Pelik. Orang senang kau sakit hati, orang susah pun kau dengki. Apa kau nak benda buruk jadi pada kau pula? Cukup-cukuplah.
"Eleh, baru demam sedikit dah tulis di Twitter. Macam dah nak mati pula"
[Dah kata Twitter aku, ada kau susah?]
"Muka hodoh memang tiada lelaki yang suka. Kalau ada yang suka mesti buta mata tu"
[Alahai, suka betul kutuk fizikal aku. Dah masuk tahun 2011, boleh guna modal lain? Boleh?]
"Macamlah kau seorang sahaja yang kerja cikgu"
[Sejak bila aku ada buat sekolah sendiri ni?]
[Gambar : Terpaksa pegang punggung kalau ketawa sebab takut terkentut tahu?]
Pelik.
Aku ketawa melihatkan deretan surat elektronik memaki penulisan aku.
Kenapa mesti aku ya?
Senyum.
Oh ya, yang petang tadi aku dapat lebih menarik hati sebenarnya. Membuatkan aku tertanya-tanya, apa yang kamu benci dengan aku sebenarnya ya?
"Tulis pasal teman lelaki. Entah wujud ke tidak Arnab kau tu. Kalau dia ada, tunjuklah pada semua orang. Takut nak letak sebab dia tak wujud kan?"
Nanti bila aku letak kau nak tuduh aku gedik sebab letak gambar dengan teman lelaki pula kan? Senyum. Hebat tahu? Sebab bila perempuan cantik yang tulis blog, kau puji-puji. Bila yang kurang cantik, kau mengeji pula. Eh, pernah tengok cermin sendiri atau tidak?
Pernah?
Mesti cermin itu penipu kan?
Eh, itu contoh yang aku kena.
Yang orang lain kena?
Itu boleh dilihat disekeliling kita.
Orang ditimpa musibah, kita sebut Innalillah.
Tapi golongan sakit punggung ini akan kata, Padan Muka!
Sakit betul punggung kau kan?
Kenapa?
Apa yang menjadi masalah dengan kehidupan orang lain dalam kehidupan kau?
Hidup kau terlampau tidak menarik ke sampai kena keji hidup orang lain?
Baiklah.
Malas mahu meneruskan tulisan.
Kalau ramai yang graduasi dari universiti sendiri dengan penyakit hati begini, dunia yang sfera boleh terlipat jadi bersegi-segi akibat takut dimamah caci maki dan umpat keji manusia sebegini. Sudahlah.
[Gambar : Silakan bercakap atau apa sahaja sampai tergigit lidah, bibir atau gusi]
Oh, yang kata penulisan aku adalah cara mempromosi diri dan kerjaya jurutera, maaflah.
Itu bukan iklan berbayar.
Itu tanda persahabatan.
Terima kasih.
Macam biasa, perhitungan aku bukan di dunia.
Senyum.
Nota Kaki :
1. Terima kasih yang membaca Tumblr aku. Sungguh, aku belum pandai mengubah apa-apa lagi di situ.
2. Tulisan aku bercelaru - gila.
Zara : Kadangkala ada orang rasa dia tahu segala-galanya tentang kita dan bangga beritahu orang lain. Masalahnya, betul ke kau tahu benda yang benar?
41 comments:
erk,, masih ada lagi yg komplen2 penulisan cikgu zara ni?? macam tak caya lak..
EP2 - Khurafat Volume 2
annoying giler klu ade org PHD dgn kita..xpela zara...abaikan kata2 mereka..yg penting kita tau ape kita buat kn?
Fariq:
ada je.
cuma tak approved.
hahaha.
XD
cerita-gadis-ini:
Yup.
Tapi takpe.
Biarkan je.
XD
chil2..asal kita hepi..walaupun pahit untuk diterima tapi itulah kehidupan
aduhh tibe2x sakit punggung.
ps: baru tau ape tu sakit punggung akak butthurt loll
chill zara, die kate kamu takde arnab, takde arnab pun, archie kan ade cool gk. XD
hahaha. tanya mereka. kau dengki pesal? haha.
dik..abg ngah sakit bontot ni....ada orang rotan..ekeke :p
assalamualaikum..
akak as usual penulisan akak mmg bagus.. saya suka bca..
Nur :
hahaha~
chillax!
XD
izulman :
hahaha~
I ada Archie, dah happy gila.
XD
piNky LuCiA :
hahaha~
baik.
XD
Bang Azrul :
Nakal sangatlah tu.
XD
iza hafiza:
Terima kasih dik.
:)
mrk golongan skt punggung ni xblh ddk diam.. sbb mrk kan skt punggung.. huhuu..
http://ishikosworld.blogspot.com/2011/01/114-keluar-di-hari-yg-berangin.html
ishiko :
ha ha ha.
agree!
PhD tak bertauliah macam tu la sis..pekak kan telinga jer..chill!
alyaaboolat :
daku selamba je.
XD
ek eleh,yang dorang nak sibuk2 pasal bunny kau pahal?lantak la.ader kaw suruh dier baca blog kaw?ader kaw suruh dier bayar bil internet kaw?
PHD dimana2
belogwalking di sini..first time baca..mm menarik..gaya penulisan lain dari yg lain.saya suka n want to e ur follower
gol. butthurt ni mmg xbole tgk ksengan org lain
terbaeklah!!!!
Luna di malam ini,
Helios dan Lucifer masih lagi berselubung dalam selimut hitam. nantikan kehadiran Helios, yang mungkin mampu mengurangkan demam.:P
bagi PHD itu, erm. sijil besar poncho tapi bodoh bertingkat-tingkat bila judgemental and prejudis dengan orang yang tak sehaluan, mereka letakkan akal di lantai dan merajakan emosi, dan menseparakan diri sebahagian tuhan.
dan mereka tidak akan bosan nak mengata, kerana akal mereka tetap di atas lantai.
manusia..
"Sebab bila perempuan cantik yang tulis blog, kau puji-puji. Bila yang kurang cantik, kau mengeji pula"
Tp kan zara, kalo org yg ade phd mcm ni, org cantik pon dia xkan puji punye lah.. mesti dia kutuk jugak.. 'mcm lah ko cantik sgt..'.. 'mcm ko sorg je yg cantik'.. etc.. golongan mcm ni mmg xkn brenti dan puas hati punye
So, chill.. ramai lg yg minat ur writing :)
xpe la kakak,
yg penting kita kne make sure kite xde Phd tu..
kn?
anith tetap syg kakak mcm mne2 pun! =]
org mcm nih mmg sentiase ade...
sbb PhD ni la org melayu x maju2...
see this 4 example http://mhs-kaizen.blogspot.com/2010/12/dealing-with-unseen.html
Hehehe...org PHD, mesti tgh sakit punggung bace nie...(^^,)
(^___^) Ske bace entry sini...
My recent post Lie To Me
Miss Shizu:
assholes memang camtu.
XD
Iera:
hehehe~
betul tu awek~
Rina:
Terima kasih dear.
:')
rockinsudu:
sebab tu digelar butthurt kan?
ouch!
miemen:
hehehe.
thanks.
MATAHARI:
aku suka bila kau kata besar poncho, gaya budak aktiviti luar. ah, mereka kadangkala belajar bertingkat2 tapi akalnya jatuh ke bawah bertingkat2 juga.
APi:
kan?
Fathiah Jasni:
tak kisah dengan writing dear.
actually it's not all about me je.
:)
anith:
kak zara sayang sama kamu juga si comel!
memuah!
kaizen :
terima kasih berkongsi!
:)
:) :) :)
biasala tu
terbaeekkk!!!!
singgah pagi dari mknace unlimited
manusia mmg mcm tu kan.penuh dengan perasaan cemburu dan hasad dengki..btw cikgu ye?n minat MU~hehe
►AdamXis◄ :
Terima kasih!
:)
Mknace :
Weee~
:)
al_hakim:
Yup.
Cikgu.
Die hard fan MU~
XD
pelik2 betul perangai manusia yg ade PHD ni..hadoi..sabar je la zara..orang yg dengki dgn kehidupan orang lain ni satu je sebabnye..HIDUP DIE SURAM DAN TAK BEST!sebab tu die tak boleh tengok orang lain punye life yg die rasa macam best je dari hidup die..
♥CIK SHA♥ :
Abaikan je orang camtu kan sayang?
XD
baru tahu maksud butthurt tu...slalu tgok ejaan x terbayang plak butt-hurt.haha~
banyakkan bersabar la cikgu zara..wat dunno jek dengan orang camnih...makin dilayan,makin dier menjadi...kalu tak dilayan,dier akan giler sorang2...jadi kesimpulannay,jangan melayan...heheh
haha.. biar jelah.. dia takde seni menegur dan ambil hati
fadh ^_^:
LOL!
XD
ijatnuar87 :
tak layan ni~
lantakkan mereka~
XD
mira_nas :
punggung dia bersegi je tu~
XD
lucifer ialah greek mythology?ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ARC:
salah sorang!
hahaha~
sy bru je start bc blog kak zara smlm..tp dh jatuh cinta ngan gaya penulisan akak..bukan ngan akak tau..kang x psl2 sy kne gigit ngan en. arnab tu..haha..troskan menulis kak zara..wlupn rmi yg mengherdik, tp lg rmi yg sokong penulisan akak ni..peace..(^.^)v
la...."sambil geleng2 kpala"
cekgu zara, kamoo abaikan je semua kaum phd tu, yg penting kamoo tetap kamoo. yg pelik tu, kaum phd ni folo kamoo plak, haiz! xfhm...xfhm...
~ i like blog kamoo, ada visi n hala tuju(ni bkn bodek, ni 1 pndangan ikhlas, harap maklum smua kaum phd)
susah btul klau org PhD x bertempat nie...
suke sgt sibuk hal org len...
jom kak zara kite p pancitkan taya kete dye...
sebenarnya tu salah satu bukti ko makin popular. ahahaha...
kalau betul arnab tu tak betul..biaq pi la..nama pn penulisan..tmbh sana sini tu benda besa
mmg cmtu la zara...cikgu shida wat miming pn kena kutuk kaw2..sebab tak lawa..kalau lisa surihani wat miming org akan kata "comel siot"
bese la kan??
Post a Comment