Thursday, January 20, 2011

Mana Kau Lihat - Identiti Penulis Blog Atau Hasil Penulisannya?


Salam semua.
Ah, pagi cuti yang sepatutnya aku habiskan bersama dengan kawan-kawan berbasikal bukit, tetapi aku terperangkap di dalam rumah akibat kecederaan di tiga tempat di kaki (entah bagaimana mata Mak boleh tajam sangat nampak bengkak di lutut, betis dan buku lali). Pemutusnya, kereta aku dihalang keluar meninggalkan rumah walaupun basikal memang sudah sedia di dalam kereta.

Ah, demam panas aku semakin meningkat suhunya (Memang akan jadi kemarahan si dia bila aku degil mahu terus dengan aktiviti lasak yang memamah tenaga diri tanpa fikir kesihatan sendiri). Maaf sayang, aku memang begini, tidak, kita berdua memang sama-sama degil bukan? 
Ketawa.

[Gambar : Kita sama-sama duduk di dalam kasut yang sama kan?]

Aku, manusia beku yang tahu menulis apa yang aku rasa aku perlu luahkan pada dunia. Mungkin tidak menarik bagi kebanyakan manusia lain, tapi yang merasa dan membaca berkongsi asas sama, pasti dapat menilai apa ia sekadar repekan atau tulisan munasabah. Ah, itu bukan persoalannya bukan?

Ada sesuatu yang menarik minat aku dalam dunia maya ini, salah satunya adalah perbalahan antara manusia yang berterusan tanpa ada sebab yang munasabah selalunya. Ah, manusia memang makhluk aneh bukan? Benda sedikit yang tidak menganggu mereka akan dibesarkan menjadi satu pertengkaran yang berterusan padahal masalah besar ditutup sebelah mata.
Ludah.

Baiklah.
Merujuk kepada persoalan di atas, aku memilih yang kedua, iaitu hasil penulisan. Kenapa? Aku akan beri justifikasi berdasarkan pendapat peribadi aku sendiri. Kalau sesiapa rasa mahu sentap sehingga mahu rentap pakaian dan sebagainya, sila dapatkan baju tambahan di kedai berhampiran.

[Gambar : Begini tidak perlu identiti bukan? Ketawa]

1. Hasil penulisan sebab identiti itu hak peribadi masing-masing.
Identiti setiap penulis adalah hak peribadi mereka. Siapa mereka di sebalik tulisan mereka tidak menjadi masalah buat aku. Ya, ada yang dengan terang-terangan menonjolkan diri mereka dan ada pula yang lebih gemar duduk menulis di belakang skrin tanpa mendedahkan siapa mereka kepada dunia. Pada aku, asalkan penulis selesa, itu lebih baik kerana mereka akan menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Teringat aku dengan seorang penulis blog yang kini sudah kurang mengemaskini blog dia walaupun ternyata dia lebih terkenal daripada artis.

Kawan : Aku kalau boleh putarkan masa, aku nak jadi seperti dahulu.
Aku : Maksud kau?
Kawan : Aku yang orang langsung tak kenal, dapat aku tulis suka-suka tanpa perlu ramai yang menggila.
Aku : Ini bukan apa yang kau nak, memang datang sendiri.
Kawan : Aku tahu, tapi dah sampai kacau hidup peribadi aku, aku rasa bosan, menyampah.
Aku : Kita tak boleh kekang manusia kan?
Kawan : Tahu.

Sampai mengecam peribadi orang, perlukah?
Aku rasa tidak perlu.

2. Identiti bukan satu peluang mengaibkan orang.
Seringkali ada yang menjadikan identiti penulis blog itu untuk mengaibkan mereka. Disebabkan itulah, ramai yang berselindung, enggan mendedahkan diri dan wajah kepada pembaca. Biarlah hasil tulisan mereka sahaja yang dibaca dan diminati ramai dan bukan diri mereka.

Ah, menulis ini sama juga seperti aku yang berkongsi serba sedikit tentang diri. Pembaca kenal aku sebagai guru, dan itu seringkali jadi tohmahan golongan pembenci yang dengan senang hati menuding jari kepada kerjaya aku jika berlaku sesuatu. Sekejap, kalian dulu lahir ke dunia, membesar dan tiba-tiba terus bekerja ya? Hebat! (sambil tepuk tangan kuat-kuat)

Macam aku kata sebelum ini, terlampau ramai yang akan sakit punggung apabila benda yang tidak ada kena mengena dengan mereka jadi bahan untuk terus meluaskan empayar dan bergelar jagoan di dalam gelanggang yang langsung tidak bermutu. Ah, kita yang tentukan di mana kita patut beraksi dan sila ingat, dunia realiti tidak boleh dicerap masuk ke dunia maya kalau tidak kena dengan gayanya.
Itu fakta.

[Gambar : Kau nampak kuku kaki orang berwarna, kau terus tebak dia lupa agama? Mungkin dia ambil gambar kaki orang lain kan? - Ini ternyata memang bukan kaki aku. Ketawa]

Senyum.
Apa lagi yang mahu diselongkar agaknya?
Ketawa.
Sinis.

3. Hasil penulisan akan membawa kepada siapa penulisnya.
Ada orang baca blog dan terus suka disebabkan penulisnya. 
Ada orang baca blog sebab dia mendasari tulisannya.
Itu ternyata membawa kepada dua benda yang berbeza.

Sebagai contoh, ada yang asyik membaca blog seseorang itu disebabkan tuan punya blog seorang yang dikenali dengan paras dan penampilan yang menarik walaupun gaya penulisannya sedikit membantu menaikkan lagi sahamnya di mata pembaca. Padahal, isi kandungan serta gaya penulisan itu sebenarnya adalah hak milikan penulis lain yang tiada nilai komersial dan kurang menarik.

Kalau kau menipu di dalam karya (aku anggap menulis blog sebagai satu karya - di mana hasil tulisan itu sepatutnya milikan sendiri), orang akan mendapatkan kau secara menggila. Ada yang menulis jujur pun orang menggila mahu mencari apabila hanya karyanya sahaja tersebar tanpa manusia yang menaip di belakang itu dikenali. Ah, manusia memang mahu mencari benda yang tidak nyata di depan mata. Kalau tidak, mana mungkin aktiviti paranormal muncul melata?
Setuju?

[Gambar : Kadangkala, ada manusia yang mahu lari dari identiti dia sendiri, itu sesuatu yang kau patut hormati]

Citarasa manusia memang berbeza.
Begitu juga menulis, setiap orang punya pemikiran yang berbeza walaupun ada fahaman yang serupa.
Jadi, kalau kau menjadikan memburu dan menghentam orang sebagai sumber utama, ada perkara yang terlepas pandang - mesti ditoleh semula sebelum tersungkur kerana hidup ini tetap bagai pusingan roda. Karma itu terjadi walaupun konsepnya ada yang tidak mengerti bagaimana mahu diasimilasi.
Senyum, pahit lagi.

Jagoan.
Perlu cari gelanggang yang sesuai.
Aku seperti yang dahulu, masih lagi suka menjadi penonton dan pendengar drama yang hebat - bukan penuh dengan ayat melarat dan cacian penuh merempat. Ah, kalau kau pakai bingkai sampai orang jerit mata empat, kau tetap manusia yang bisa jadi hebat, cuma harus kena masa dan tempat.
Hidup ini tidak semudah kau lihat langit dan nampak awan larat.
Tidak kawan.
Sebab hidup kadangkala macam palat.
Tamat.
*******
- Selingan -
Buat penggemar pembeli barangan secara atas talian, anda dijemput untuk ke blog ini untuk membeli barangan yang anda minati. Oh ya, boleh juga menambah Kak Fazemy di Mukabuku dia untuk sebarang urusan pembelian ya? Terima kasih.
Nota Kaki :
1. Cuti Thaipusam aku dihabiskan dengan mengawal diri daripada mengambil ubatan yang ternyata satu simbol aku menolak kewujudan sakit dalam diri. Proses menolak (baca : in-denial) yang aku kurang sihat barangkali.
2. Senyum melihatkan manusia yang tidak dikenali sebenarnya mampu buat diri kau tersenyum sebentar dan melupakan kesakitan.

Zara : Kau yang melanggar punggung kereta aku yang sedang pegun di bawah tempat meletak kenderaan, tiba-tiba kau tarik muka bila aku menghadiahkan senyuman seperti biasa tanpa penuh dendam dan marah? Ini sudah lebih memandangkan kau dan aku ternyata berbeza jantina.

43 comments:

hankyfunkyzy shop online said...

saya lebih suka baca blog dari hasil penulisannya. yang boleh menyentuh hati tak kira lah secara humor, sinis atau bersahaja. :)

Bintang Biru. said...

setuju dengan penulisan zara. :)

Anonymous said...

u know my opinion, my friend. :)

Anonymous said...

sharip, kim salam Zack! gua rindu blog dia...

=)

ayie said...

saya yakin betul pilih hasil penulisan..lebih-lebih lagi bila tulisan berunsur humor dan menarik serta pelik:)

zino said...

selamat cuti....

Balqees Amanda said...

hasil penulisan..tapi blog yang ade identiti penulis ni satu bonus la untuk dia..tambah2 kalau cantik pulak..hihi,,apepon saya lagi suka misteri..cool..=)

Pert Doherty said...

hasil!!

Lee Zha said...

hasil penulisan. titik.


dan ya, pd manusia yg langgar kreta kau tu kan...


dia mst ingt kau cuba goda dia. sumpah. mesti dia ingat dia kacak.


heh.



ada muka, tp bangga, smp lupa, rupa tu Allah yg punya.

FARHANA said...

saya suke penulisan kamu..sgt jujur dari hati..anyway..utk blogger lain juga saya akan tgk cr penulisannya..n kita bole knl sapa dia sbnrnya...
hidup ZARA!

cik mas said...

aku suka baca blog macam kau zara...unik :)

aQi + GenGkey said...

ada kala nya hasil penulisan itu sendiri melambangkan identiti penulis itu sendiri..
kne pandai nilai kan lah..:D

aya said...

hasil penulisan will be my choice too :)

Fahmi API said...

aku setuju sangat. X semestinya identiti penulis perlu untuk sesebuah blog... ikut keselesaan penulis itu la.. cam aku, aku lebih suka mystery..hehhe

Munsyi said...

Kalau blogku?hee.

I've always admire your writings zara. keep up. :)

Lalala said...

betul..kadang2 kita x kenal rupa atau identiti penulis tapi kita bisa menilai penulisannya baik sehinggakan duk scroll ke bawah untuk habis baca penulisannya

Qaseh Dalia said...

hasil penulisan :)

Hazrey said...

There is nothing to be debated actually zara. As I said, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. As easy as that. It is not a matter of identity tetapi accountability, if you know what that is.

Like this blog, if you can debate anything you like, everyone has their rights to debate anything jugak kan. But, you must be accountable to what you write. ready to be responsible to whatever you are writing.

And it seems, ada yang menulis sebab mengikut rentak orang lain, mengikut ikut, terikut ikut, kononnya rage tapi tak ada objektif. Well, again, itu hak mereka kan. So, bila kena bantai balik, smile and move on.

Sama seperti entry ini. Tak salah untuk one person to judge another's writing sebab semua orang are entitled to their own opinion kan, like u said, sekadar repekan atau munasabah.

So, if you are doing that, let others do too. Right?

Hazrey said...

Laa moderate rupanya blog ni.

Hami Asraff said...

Macam kenal perbualan di atas :)

Mahu berkongsi sebuah pendapat jugak di sini. Yup kekadang aku sendiri mahu undur putaran pada paksi. Mahu menulis sesuka hati tanpa anda cercaan dan hukuman daripada pembaca. Membiarkan diri kita dikenali ramai punya pro dan kontranya. Bergantung kepada pembawakan kita dalam arena berblogging ni. Justeru, suka aku katakan tulislah dari hati. Biarlah sebagaimana orang menilai anda. Manusia terus terusan menilai manusia lain. Sikap manusia yang tak pernah berubah. Maka, kitalah yang perlu merubahkan keadaan ini. Rupa paras yang cantik/elok mungkin menjadi bonus kepada seseorang blogger untuk blog mereka terus dikenali. Tetapi haruslah diingat jangan jadikan ianya sebagai subjek utama walhal telah pun terjadi di arena berblogging ini pun.

Teruskanlah menulis Zara. Dan teruskan jadi diri kamu! :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Encik Hazrey :

Need to moderate due to some people love vulgar thingy. So, before they keep on shitty on that particular things, I need to delete.

Oh yup.
I know accountability.
Clear enough to say and I just wrote this as a public opinion to serial-articles-entries that I believe will have no end.

As U can ramble, I know I can ramble too. Just don't rumble eh? I can't defeat a journalist like U (I believe an awesome one, no matter what U might say)

:)

Thanks for gave your opinion bro.
Totally appreciate it.

Others :

Depends pada apa yang kamu semua mahu bila membaca.

Bang Hami :

Yup!
:)

nurul rasya said...

hasil tulisan sebab setakat paras rupa takkan bertahan lama

KNS said...

Tentulah hasil penulisan !! =))

sharamli said...

setuju !

entah apa yang setuju ntah kan.. heee

ijatnuar87 said...

lebih sukakan penulisan berbanding tuannyer,sebab penulisannya memberikan gambaran lebih tepat mengenai perwatakan tuan blog...lagipom paras rupa tak menjamin aper...berkawan tanpa mengira paras rupa yek

Qaseh Dalia said...

tq drop komen kat blog dalia..
suka semua entry n penulisan zara ... really2 mendalam... :) tapi kdg2 kalau panjang tu skip jugak bace ehehe..papepun zara mmg blogger bez.. entry pun bez penuh dgn sastera ayat tu ... teruskan .. :) jarang komen suka baca je ... :)

ishiko said...

kalau membaca belog, hasil karya seperti sis zara mmg seronok. tapi kadg2 walaupn belog hasil karya xseberapa, ceritanya pula menarik walaupn ditulis secara biasa juga sgt seronok dbaca...
(erkk...fenim rasenye... sbb xpanda berkarya..)


http://ishikosworld.blogspot.com/2011/01/116-saya-nak-ke-saya-suka.html

lavidalabelle said...

sependapat dgn zara. dari dulu dan sampai bila2 iambelle cuma akan suka pada penulisan. identiti tu kalau samar-samar adalah lebih baik.

tak pernah suka blog yg jaja rupa paras cantik semata atau blog yg fokus untuk jadi popular atas sebab glamour.

Qaseh Dalia said...

zara :
dah lama nak buat entry sal kamu tapi
hr ni bru sempat ..

tengok ye
http://www.qasehdalia.com/2011/01/bez-blog-for-me-jemput-tengok-semua.html

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Belle :

Itu yang menjadikan seni dan paras rupa tak boleh duduk sama kasta.

kan?

Qaseh :

Terima kasih.
akan dijengah.

Hizami Li said...

hehe.
identiti?
atau
penulisan?

dua dua sama level.
kadang2 identiti yang menarik pon boleh menarik minat pembaca.
sama juga dengan penulisan, kalau gaya penulisan memikat, pembaca boleh jatuh cinta.

;D

blog dunia sebelah zara?
semestinya memiliki hasil penulisan yang puitis.

Browacana said...

suka maksud yang ingin disampaikan... tak kisah la cara penulisan bagaimana..yang penting maksud yang ingin disampaikan.. care santai paling disukai..^^

Effah Mahat said...

saya memilih penulisannya bukan penulis.
dan jumlah follower atau peminat tidak menggambarkan apa-apa bagi saya.

blog adalah satu tempat berkarya dan bercerita tentang kehidupan masing-masing. berkongsi pengalaman. klu nak menunjuk-nunjuk, boleh nampak dengan jelas. hehe. niat disebalik tindakan...

zara- i loike.... :)

Syamimi Supian said...

lebih suka cara penulisan..identiti dan penampilan luaran itu adalah bonus saje..penulisan yang selamba dan menonjolkan identiti sendiri lebih menarik..orang pun boleh relate.. ;)

Legasi Piston Pecah said...

mesti pilih apa yang ditulis...
kalau sekadar identiti,apa maksud menjadi reader/follower kan..

Unknown said...

huhu.. butthurt ke tuh??ahaha..gambo butthurt xleh blahhhh...

setuju dengan ape yang ko tulis ni zara..ambe kekadang x kisah sgt ape org berkarya dalam blog,yang penting dia ada tujuan penulisan..kekadang letak gambo pun, tanpa tulis ape2 pun dah menunjukkan identiti sesorg dan org buleh kata memacam...

ahaha..contoh cam aku..letak gambo artis korea manyak2...org anggap aku amatttttttlah fanatik korea...huhu...

sabree hussin said...

tak tau sama ada orang yang baca penulisan saya boleh tahu atau tak identiti sebenar saya bagaimana

TheBentPencil said...

Ahaks!
i love it when lots of people agree on writing first and face second.

tapi hakikatnya ada yang blog trafik lebih tinggi hanya kerana isi2 copypaste daripada Digg atau Reddit atau entri recyle viral video. ada jugak yang trafik naik sebab muka lawa dan setiap kali post ada 5+++ pics of him/herself. ada jugak trafik naik sebab dia suka buat kontrolbasi dan maki2 orang.

aduh, nak buat camana. kadang2 lagi tinggi trafiknya dari blog jenis2 penulisan berhemah.

dan kepada orang yang suka buka hal2 peribadi blogger bila time gaduh. sedarlah kamu semua. itu hanya 'cheap shot' semata. ya, anda nampak menang, tapi anda kurang berhemah.

eh panjang pulak. sekian.

rindu kamu juga zara!

Nur said...

memang melihat kepada penulisan seseorang tuh jugak tapi identiti juga sedikit sebanyak mempengaruhi...

takky said...

suke dengan penyataan numbor 2 itu...
bagi aku, biarlah orang mengenali blog aku kerana penulisan aku...
dan bukannya kerana diriku...
sebab itu aku tidak letak nama sendiri pada blog dan juga FB aku...
biarlah pembaca yg membaca blog aku kenal diri aku yang sebenar...
sebab hidup di blog lebih jujur drpd hidup di realiti yg penuh hipokrik...

Unknown said...

i like Dunia Sebelah Zara..
I like everything here..
I like the writter..

Raouf Sora said...

frankly speaking, sy lebih selesa memilih hasil tulisan...

Unknown said...

Saya lebih kepada penulisan.. :P masih menunggu Page Rank Naik !!!


Gossip Panas Artis