Friday, January 14, 2011

Kalau Lelaki Meminang Guru, Perempuan Kena Pilih Siapa?


Salam semua.
Sudah dua hari aku tidak menulis sesuatu yang baru disebabkan sibuk di sekolah dan juga terkejut melihatkan begitu ramai yang berkongsi (baca : Share) penulisan aku yang bertajuk Kenapa Lelaki Patut Segera Meminang Seorang Guru?. Macam yang aku nyatakan di awal penulisan berkenaan, sila baca sehingga habis dan memahaminya sebelum menghentam aku kononnya mahu memikat lelaki. 

Gila.
Nanti aku nak letak Encik Arnab di mana?
(sambil senyum teringatkan si dia yang sedang berhempas pulas belajar untuk peperiksaan)
Baiklah.
Abaikan hal aku.

[Gambar : Ini bukanlah cara aku menunjukkan sayang pada si dia. Kau gila ke apa nak buat begini? Oh, janganlah benda ini memberi ilham kepada si dia untuk menembak bila balik nanti - sambil berdoa dalam hati]

Senyum.
Kambali ke tajuk asal, perkara ini ada dibangkitkan oleh perempuan-perempuan yang bukan bergelar cikgu. Mereka kata aku memilih kerjaya disebabkan aku bekerja sebagai seorang guru. Yang lelaki pula kata, kalau mereka sudah berkahwin dengan guru, bagaimana nasib perempuan yang bekerjaya lain? Apakah perlu berkahwin lebih bagi menampung perkara tersebut? (Belum apa-apa lagi dah ada niat nak kahwin lebih? - Sambil asah pisau dan menyusun peluru tabur di dalam senapang. Eh?)

Sebenarnya, bergantung kepada pilihan masing-masing. Macam aku nyatakan sebelum ini, apa yang aku tulis adalah dari pendapat peribadi aku dengan melihat kepada persekitaran aku. Diri aku sendiri mungkin bukan contoh yang sesuai agaknya (sambil jeling-jeling gambar si dia). Ketawa.

Oh, mari kita lihat calon-calon lelaki yang mungkin boleh dipilih oleh kamu wahai wanita-wanita di luar sana (sekali lagi aku mohon, baca sampai habis sebelum memaki aku ya? Terima kasih). Dan ia adalah berdasarkan kepada kerjaya-kerjaya lelaki yang aku kenal, maka jangan kata aku memilih bulu pula (aku penyokong gerakan selamatkan haiwan - tiada pakaian bulu)

1. Pendidik (Guru/Pensyarah)
Ramai wanita yang gemarkan lelaki yang bekerja sebagai pendidik. Ini boleh dibuktikan dengan lelaki yang masuk ke arena pendidikan ini kebanyakannya sudah mempunyai teman wanita ataupun sudah bertunang dan ada juga yang sudah berkahwin walaupun baru sahaja memulakan kerjaya. Hebat bukan? Sangat sukar mencari guru lelaki bujang sekarang ini (mengeluh). 

http://img.listal.com/image/1299077/350full.jpg
[Gambar : Kalau cikgu atau pensyarah kau macam ini mesti mata seronok pandang depan kan? Sila mengaku ya sebab ini antara watak yang gadis-gadis suka dalam cerita 'Gossip Girl' ke Glee?. Malangnya aku tak menontonnya, Arnab tengok =_="]

Lelaki yang bekerja sebagai seorang guru diminati mungkin atas beberapa faktor di dalam penulisan ini. Kebanyakannya mempunyai penampilan yang kemas dan hidup yang teratur, cuma jika terlampau banyak beban kerja, mereka ada sedikit perasaan hilang sabar yang bolehlah kamu, wanita di luar sana sila tenangkan. Oh ya, kalau kamu malas menggosok pakaian, sila jangan mencuba nasib disebabkan pakaian rasmi guru ke sekolah adalah seluar, baju kemeja dan tali leher - kecuali kau kahwin dengan guru sukan, tidak mengapa.

Tapi antara guru dan pensyarah, aku rasa guru masih lagi banyak cuti sekolah.
Senyum.

Cadangan : Kalau lelaki itu mengajar di sekolah yang mempunyai murid bermasalah dan dia pula kebetulan adalah guru disiplin yang sering terlibat dengan pergaduhan murid dan sebagainya, sila bersedia untuk melihat dia balik dalam keadaan sedikit kusut. 

2. Doktor (termasuk ahli farmasi, jururawat, pakar forensik dan lain-lain lagi)
Siapa yang tak mahu doktor? Ramai wanita suka doktor sebagai teman mereka (ya, doktor memang calon hangat diperdebatkan dan dimahukan di pasaran kerja dan menantu). Kebetulan pula, lelaki yang bekerja sebagai doktor biasanya mempunyai rupa paras yang menenangkan (apa kau suka tengok doktor muka penuh tertekan bila menerima rawatan?), maka, ramai gadis-gadis atau wanita-wanita yang sentiasa mahukan doktor sebagai teman hidup.

http://rlv.zcache.com/my_son_is_the_most_handsome_doctor_tshirt-p235801624087580124qmkd_400.jpg
[Gambar : Ada mana-mana makcik di luar sana yang berpakaian begini sebagai satu cara promosi anak mereka?]

Tapi, kalau kau jenis cemburu buta, lelaki balik lambat dari hospital kau tuduh keluar dengan jururawat atau mana-mana doktor wanita mahupun pesakit, baik lupakan sahaja. Kalau kau tak boleh terima dia kerja lebih masa dan harus sentiasa bersedia untuk dipanggil bertugas bila-bila masa jikalau ada kecemasan, carilah lelaki yang bekerjaya lain. Bak kata kawan aku, biasanya wanita yang bekerja sebagai doktor, akan berkahwin dengan doktor juga disebabkan persekitaran dan budaya kerja yang sama.

Entah.
Aku mana tahu?
Aku kan cikgu.

3. Jurutera.
Lelaki memang paling ramai ambil kursus pengajian kejuruteraan. Jadi, kebarangkalian bertemu dengan lelaki yang bekerja sebagai jurutera adalah tinggi (mungkin).
Perlukah aku terangkan lebih banyak tentang ini?
Kamu boleh baca di sini. Lebih jelas penerangan dari kaca mata (sebab dia memang pakai cermin mata) seorang bakal jurutera.

Oh, si dia juga bakal jurutera (sambil pusing-pusing mata).
Ketawa.

4. Arkitek.
Ini antara pekerjaan yang membuatkan seorang lelaki itu dikatakan bergaya. Dari hujung rambut sampai hujung kaki, dengan melakar pelbagai rekabentuk dan model, ketelitian dalam kerja yang membuatkan ramai yang mengimpikan lelaki sebegini. perlukah aku suruh kamu angkat tangan untuk mengaku?

Baiklah.
Tidak perlu.

http://farm1.static.flickr.com/25/89962615_c3af129919_o.jpg
[Gambar : Ini aku terjumpa. Eh, mungkin ada kebenarannya disebabkan kebanyakan arkitek atau bakal arkitek yang aku kenali adalah kacak-kacak belaka *sambil mengimbau kenangan belajar*]

Ada sesiapa yang baca ini seorang arkitek?
(Jangan perasan Zara, siapa sahaja yang baca blog kamu?)

5. Juruterbang atau pramugara.
(berdehem sambil jeling orang berkenaan)
Ini antara yang semua orang berkenan kan?

[Gambar : Perlukan penerangan lagi ke?]

6. Orang kerja kerajaan.
Ini yang makcik-makcik semua suka sangat kebelakangan ini disebabkan mungkin paras kewangan yang semakin merosot. Walaupun orang selalu kata, kerja kerajaan gaji sedikit, masih lagi orang suka bakal menantu dan anak mereka yang dalam sektor ini disebabkan pekerjaan terjamin dan berpencen. Eh, macam mata duitan pula. Dah terjangkit makcik yang nak jual anak itu ke kau Zara? Lempang!

[Gambar : Ya, saya dalam perjalanan pergi pejabat, nanti saya sampai. Sekejap]

Oh, kerja kerajaan ini juga mungkin merangkumi dari nombor satu hingga empat. Nombor lima aku rasa tidak ada mungkin.

7. Penulis blog (blogger)
Ini lebih menarik tahu?
Senyum.

http://farm4.static.flickr.com/3390/3344251100_9f5dc1af56.jpg
[Gambar : Ini contoh kalau perempuan]

Apa-apa yang dia suka pasal kau mungkin dia akan tulis. Mungkin tidak secara terang-terangan, tetapi dia tetap akan selitkan demi lihat senyuman di wajah wanita yang dia sayang. Kalau dia kaki Twitter, mungkin dia akan menulis status berdasarkan apa dalam kepala dia waktu itu. Kalau fikir tentang kau, habis semua yang ditulis tentang kau.

Selesai sudah berdasarkan beberapa pekerjaan lelaki yang selalunya dekat dengan aku - meliputi rakan-rakan, kenalan atau saudara mara aku sendiri. Jadi, janganlah ada yang berteriak tidak puas hati dan menyatakan aku memilih pula ya? 

Oh, siapa yang mahu mulakan pergaduhan tulisan, dipersilakan. Aku menanti dengan penuh senyuman, mungkinlah. Seperti aku nyatakan, ini pendapat santai dan suka-suka.

Nota Kaki :
Sudah menjadi seperti siri penulisan yang berunsurkan sedikit kejiwangan pula. Alahai.

Zara : Buat yang meminta aku menulis sedikit mengenai ini, harap kalian berpuas hati. Maaf, kekangan masa membuatkan aku tidak dapat menulis dengan sempurna.

#Tambahan : Masa kalian baca ini (jika sudah masuk Februari 2011), aku bukan lagi hak milik mana-mana lelaki. Terima kasih.

49 comments:

apezs shah said...

salam

bila cemburu tu yg susah ni...

cik nurul said...

hehehe
betul la kak zara..agak susah nk jumpa guru/pensyarah lelaki skrg ni, lg2 yg bujang...

Berto said...

skarang ada satu lagi profesion yg perempuan nak buat jadi laki;

Pemain bolasepak

Nur said...

tak nak doktor..nak engineer..hahaha....carikan eh..:D

nisa fadzil said...

nice entry, ohoo dah terdapat yang no.6 la pulak ngee

Mra Mastura said...

hehe.. saye nak blogger : seorang guru.. tetttt~!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

apezs shah:

Salam.
Yup.
:(

cik nurul :
Yup.
Seriously susah.
:)

Berto:
Tak nak.
Tak kekal lama.
=__="

Nur :
hahaha~

Nisa :

aaaa...
baguslah tu~
XD

Mra :
eh?
siapakah?

Lala said...

zara, sy bakal guru english + moral , kekasih pula bakal guru english + p.jasmani.. Senang hati, ade hari yang xperlu seterika baju dia nanti.. hehe.. :p Entri ni best!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Lala :

WOot!
Cool okay?
XD

Lala said...

zara, kekasih hati seorang jurutera lagi cool! hehe ^______^

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Lala :

ha ha ha. entahlah.

Azrul Hisham said...

lelaki yg bekerja sebagai programmer takde ke? hehe :P

Anonymous said...

GLEE .
bukan gossip girl.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Bang :

Ada...
sila tambah.
XD

Anon #1 :
Thanks!
(ku main hentam sebab tak kenal..ha ha ha)

Nad said...

saya engineer, dia pon engineer. sama-sama berlumba. eh kamu budak kmj kah??

Lalala said...

mana x guru xde yg solo.. sebab masa study pun dah melekat awek..huhu (berdasarkan pemerhatian di UPSI ni)

APi said...

beberapa ciri tu dah ade..
hee..

kalo penulisan sempurna macam mana la pulak eh..

HEMY said...

aku nye kategori yg ujung..tp alam nyata nye kategori takde..

sedihhh

ijatnuar87 said...

heheheh....ni ikut ranking tak?cikgu pilihan pertama?hehehe

navy people said...

mntk tlg selesaikan masalah jodoh dikalangan anggota tentera, lelaki mahu pun wanita?

Bidadari said...

saya akitek. tapi saya xnak akitek jugak. nanti kehidupan penuh dengan unsur2 ARrogant (Ar.)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

HEMY :

errr, takde?

ijatnuar87:

tak ikut.
kalau ikut nanti ada hati sentap.
eh?
hahahaha.

Navy people :
Err, nanti kalau ada masa, Zara akan cuba tulis ya?
;)

anOOan :
LOL!
Kalau gas Argon takpe gak kan?
=)

Dzu Aamal said...

em ,, sy nk yg kje kerajaan larh .
pilot pun oke gak ..
arkitek ke .. (boleyh jgk)
tak pun .. doktor , ..
jurutera pun oke gak ..
aish .. mne2 je la (tamak haloba) ..:)

MamaFarhan said...

zara

eila x nak yang lain sbb dah kawin dgn yg no 4. kalu ada yang berkenan dgn lelaki bekerjaya no 4, bersabar la kalu si dia pulang lewat.

Tun Teja said...

arkitek?..setuju..tgk jela dlm muvi ke cerita,banyak hero adalah arkitek...here we've got nur kasih n there we've got How i met your mother..(btw,i'm half arkitek half blogger)..hahahaha..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Cik Nad:

Yup!
Budak KMJ.
kamu juga?

chummy_cliche :
hahaha~
kan?
kan?

ApI :

aaa..
nak tau camne?
macam yang bawah kot?
XD

cik Ladies:

nak kahwin cerai ke apa ni?
@__@

MamaFarhan:
hehehe~
noted.
cool gila kawen dengan archi~
XD

Tun Teja :

arkitek memang pilihan ramai eh?
kenapa?

MamaFarhan said...

(^__^)
zara pun cool gak kawan ngan jurutera... tp harus bersabar jika si dia byk terima tekanan di tempat kerja... mcm saya. huhuhuhuhhu...

takky said...

nak tggu list pompuan plak la....
hihihihihiihi

Mrs Nurul said...

aku tak kesah je dgn sesapa asalkan hati baik..semayang cukup =)rezeki insyaAllah kat mana2 ada..uma kene usaha je


Check it out Entri Paling Best !
# Isteri Mengidam Makan Babi !#
# Cara Buang Windows Genuine Notification#
# Awek Leggings Ketat Seksi #

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Kak iela :

hahaha~
XD

Takky :

LOL!

Neo:

LOL!
XD

hans said...

aku nak artis

P/S : Bersama Hans Menikmati Aneka Masakan Berasaskan Telur Di Kampung Kuantan

Nur Mudrikah said...

sambil senyum2, teringat kat budak yg tengah study engineering kt jb..haha

Scooby-Do said...

Saya arkitek-wanno-be membaca blog ni sokong arkitek sexy~~haha

Tapi structure engineer mcm Michael Scofield~~drooling..hehe

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hans :

kau nak glamer je.

=p

Nur Mudrikah:
kat UTM ke?
*batuk2*

Scooby-Do:

hehehe~
XD

echah_syed said...

setuju sgt sebab mokcik pun nak menantu keroje gomen biar kocik gaji asal cerah mase depan...cikgu? pilihan yg paling mokcik idamkan...ehem ^.^

*harap precious tak baca @.@

Nur Mudrikah said...

kalo ikut mak, dia suh cari cikgu, nanti dapat cuti sama2.. tapi sy kata taknak, saya nak engineer..haha

syaftome said...

pilihan nombor 1 tue memang betul sangat...
mengikut statistik...ramai pasangan pendidik di malaysia nie...

ps; di sebalik peluru sinis menghentam manusia...
rupa-rupanya terisi hati lembut seribu bicara... :)

SuaraTersekat said...

sependapat,gru lelaki mmg rata-rata sudah berpunya.. belom sempat nak berkenalan sudah tahu status mereka dijaja dikalangan yang lain.. hahaha.. hebat sungguh guru lelaki skrg.. jadi bualan.. sebab mereka dalam kalangan yang sedikit.. mgkin~

Mohd Mubarag Mansor said...

ade zara... ramai je cikgu lelaki bujang...

deme mesti kenai punye... Sbb dia gtau deme punya blog....hehehehe

Anonymous said...

salam...
nice post...
err...sy nk dktor/engineer/lecturer...kak zara crikan untk sy ek....ahaks...(^^,)

ezzah
(ezzah26@gmail.com)

ppp hidayat said...

sy nk cari cikgu.. =)

Unknown said...

nasib baik ko ad promote arkitek gahaha

tapi bkn la sume arkitek tu hensem mcm model. =.=

tapi kecenderungan arkitek utk curang sgt kurang. tapi mesti bersabar bermadu dgn autocad n meeting, meeting, err, meeting lg =.=

gadisBunga™ said...

salam singgah.

saya akitek. tapi saya perempuan lah.

entri yg menarik. tapi mana nak cari? heheh~

Pemerhati Sepi said...

Entrepreneur, business man..memang x masuk senarai ke? :P

norinaomar said...

part cikgu laki yg bujang susah nak jumpa tu memang betul!

teringat ada sorang roommate masa maktab pernah cerita,dia memang nak carik suami arkitek dan alhamdulillah niatnya tercapai..5 anak dah..

Anonymous said...

owh seronok dapat membaca segala celoteh di blog ni yer...macam saya bakal ni dah nak habis degree dan nak jadi lecturer after this. so senang nak uruskan keluarga sebab saya ni perempuan. bakal pun jurutera. pendapat saya kerjaya seorang pendidik adalah yang terbaik sebab paling ideal untuk dekat dengan anak-anak dan suami.tapi, jadi lecturer pun tengoklah kos yang nak mengajar kene pulak kos berat cam medical memang agak bz but still okay. inshaallah ALLAH permudahkan ek..

Siotto Castello said...

Nak cari apa?...

Siotto Castello said...

Apa yang di cari tu?

Unknown said...

Hai...saya pun arkitek...saya setuju kecenderungan utk psgn arkitek utk curang adalah kurang...sbb...nak tdo malam pn x ckp apatahlagi nak carik pompuan lain..lol...dan...arkitek ni...ada sifat pelik yg tersendiri lagi2 dr segi dressing...haha...tapi...sy x nak arkitek juga...pilot pn mcm best...hahahh