Monday, January 03, 2011

"Kak, Mana Kelas Perdagangan Ya?" - Aku Cikgu La!


Salam semua.
Hari ini dah mula sekolah untuk sesi dua puluh sebelas.
Senyum.

Macam-macam ragam budak, baik yang lama ataupun yang baru. Yang lama mestilah menjerit-jerit bising setelah lama tak bertemu dan aku seperti biasanya, masuk ke kelas baru dengan peraturan baru yang lebih kejam dan sarkastik.

Budak : Tahun ni denda apa pula cikgu?
Aku : Tahun ini  mungkin saya akan kurangkan zapin.
Budak : Yeah! (bersorak gembira)
Aku : Cuma tahun ini, kalau seorang tak bawa buku, saya halau satu kelas keluar, boleh?
Budak : Apa?
Aku : Kata bersatu padu bagai, penuh perpaduan. Jadi lepas ini, kalau seorang tak bawa buku, satu kelas belajar di luar.
Budak : Tak adil cikgu!
Aku : Semua orang kena saling mengingatkan untuk siapkan kerja dan bawa buku ya?
Budak : Kalau dua orang tak bawa?
Aku : Kan saya dah kata, seorang tak bawa, semua kena. Dua ke, tiga ke, sepuluh orang tak bawa, memanglah sah-sah kena duduk luar kelas.
Budak : Macam tu cikgu?
Aku : Kalau yang tak bawa buku lelaki, maka, perempuan duduk atas lantai menulis, lelaki menulis sambil berdiri. Kalau perempuan tak bawa buku, terbaliklah dari tadi.
Budak : Kalau dua-dua tak bawa?
Aku : Cantiklah. Semua belajar berdiri di luar kelas.
Budak : Baik!

Ya.
Kadar kekejaman tahun ini akan meningkat disebabkan ada mengajar budak PMR. Maka, ketegasan amatlah perlu bagi memastikan kerja kursus semuanya dapat disiapkan sebelum pemeriksa datang menjengah sekolah. Baiklah! Semangat Zara!


[Muka jam 12 tengah hari - Maafkan beliau yang selekeh ini. Oh, muka awal pagi semasa bersiap? Tanya si dia Encik Arnab sebab dia orang pertama tengok muka aku tadi melalui Skype. Ketawa]

Mestilah mengambil gambar sendiri.
Nak suruh anak murid ambilkan?
Gila.
Tiada orang nak ambilkan gambar aku.
Sedih.
(Apa kau artis ke, sampai orang nak ambil gambar kau?)
Ketawa.

Dan pembahagian kelas Kemahiran Hidup untuk Tingkatan Satu telah selesai.
1. Kemahiran Teknikal.
2. Sains Pertanian
3. Perdagangan dan Keusahawanan.

Setelah selesai dibahagi-bahagikan, budak-budak Tingkatan Satu bertempiaran secara berhemah mencari kelas yang sepatutnya mereka berada. Aku, kelas Perdagangan sedang menunggu bersama beberapa orang murid lain yang sudah masuk ke kelas. Sengaja berdiri di depan pintu bagi memudahkan budak mengenalpasti atau bertanya arah kelas mereka.

Budak : Kak, mana kelas Perdagangan?
Aku : Akak?!
Budak : Eh, silap-silap. Cikgu, mana kelas Perdagangan?
Aku : Macam mana awak belajar di sekolah rendah ni?
Budak : Maaf cikgu, maaf. Mana kelas Perdagangan?
Aku : Ni, kelas saya ni. Masuk.
Budak : Terima kasih cikgu.

Kakak?
Baiklah.
Saya nak daftar sekolah semula.
Boleh?
Pitam.

Nota Kaki :
1. Semalam ada rancang sesuatu dengan seorang rakan yang pendiam. Moga boleh terlaksana.
2. Hari ini kaki penat, banyak berjalan ke sana ke mari dalam sekolah.
3. Banyak ketawa.

Zara : Melalui satu hari dengan penuh kekuatan, membuatkan aku tahu, tidak sia-sia kehilangan pelangi suatu ketika dahulu, kerana hari ini aku telah genggam erat matahari kepunyaan sendiri.

32 comments:

Unknown said...

hwhahhaha...klako lah bebudak time mula2 masuk skolah menengah ni...cikgu dipanggil kakak..ermmm..aku plak dah xde title cikgu ble kuor duk opis ni...ermmm..sad

Anonymous said...

saya dulu student kat utm pernah tanya
Dia: Ni kelas ???? kan?
Saya: Mana la saya tau.
Dia: Ingatkan tau sebab nak ke arah sini *sambil tunjuk kelas ????

Saya dan dia pun masuk, dia duduk di kerusi belakang, saya berdiri di hadapan sambil merenung dan tersenyum sinis. Dia menepuk dahi tanda malu.

Aishh... nampak muda sangat ke saya ni?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ashie :

Sila balik mengajar! =p

ANON :

Aaaa...
Ni mesti Miss Dij.
=)

Seriously u looked young~
Tu yang tak menahan dapat lec muda ni~
XD

MéuzAngelo™ XXIII said...

bagus betul la cikgu ni.. hehe

Shahada Fauzi said...

best jugak jadi cikgu kan??hee..macam teringin pulak..

Browacana said...

Boleh jadi cikgu contoh ni..hihi

Tuan Din said...

A~SALA~MUALAI~KUM~ CIKGU~!!

Anonymous said...

pewiitt... seronok kan bila nmpk muda... hehehe...

Anonymous said...

hahaha.

tak kira la orang kata ko seburuk mana pun,

jgn sesekali nafikan yang ko cikgu yang terbaik ;)

keep it up!

Unknown said...

hahaha. macam comel je budak tu. mengekek baca cerita kak zara ni. budak tu memang betul-betul kelakar. harap-harap cemerlang lah dia eh. :D

Orkid Edyliyne said...

OE teringin nak balik sekolah semula...
huhu...
kalau keluar dengan adik orang selalu tanya...

ni tingkatan berapa (tunjuk pada adik)
adik OE tingkatan 4 sekarang...
dan sekali lagi...
ini tingkatan berapa (tunjuk dekat OE)

huhu... dah banyak kali OE cakap dekat makcik tu OE ni dah masuk U... dia tak ingat...

(tapi dalam hati rasa seronok sebab adik OE tak suka OE nampak budak-budak sangat dia kata...)

(n_n)

selamat menjalankan tugas cikgu...

Nana S. said...

woot woot! KAKAK ;D
hahahaha.

LynnAiza said...

akak yeeee...hahah..suka la tu..xpe2..maintain awet muda..^__^

Azrul Hisham said...

hai akak...datang guling2 sini..hehe

selamat mengajar kembali...semakin kejam nampaknya...kalau kurangkan tarian zapin cuba buat tarian shuffle lak kat diorang sebagai denda...ekeke :p

student said...

haha..kelakaw!:)

Neyra Shazeyra said...

kakak, kenapa selekeh sgt gagagagaga

Sham said...

selamat mengajar... takde pemantauan ke hari ni?

syafiq.net said...

nasib dia tak panggil makcik kan? kalau tak mesti ko zapin la la tu gak XD

Ahmad Tajuddin said...

selamat menjar cikgu...didik baik2 ye adik2 saya tu....

ijatnuar87 said...

hehehe...cikgunya muda sangat....patut la dier pnggil kak...heheheh

Siti Fatimah said...

kembali ke sekolah..yeahh :) selamat mengajar chekgu :D

Anis Azalea said...

cikgu muda remaja....hehe

Ashiya Mizuki said...

muke cikgu muda lagi, 2 y sampai salah panggil.hehehe..kakak..

selamat kembali mengajar cikgu zara =)

piNky LuCiA said...

means kamu sangat muda. haha.

syaftome said...

hahaha...xkan xperasan kot pakai baju kurung tue...
mestilah cikgu kan...
xkan budak sekolah plak...
mcm2 budak sekolah nie...haha...

ps: teringat balik siaran kat tv3 td...
budak2 menangis n ad yg cuba melarikan diri...ttp ditahan oleh cikgu...hahaha...

aman said...

caiyok2. moga2 semua student PMR hang cemerlang yer "kak". Huhu~

Cik SCC said...

cikgu!!
nape tak ajar subjek sains lagi??
anyway,,abg adin sy tuh nk kawen bln 6 ni..ckgu da taw?

hans said...

garang giler ko zara
hohoho

P/S : Contest Dari Proton! Menangi Hadiah Percutian Ke Monte Carlo Monaco!

LyNn HaMzAh said...

cikgunya cute sangat tu yang terpanggil kakak tu...hehehe...

ishiko said...

huhuu.. sis zara awek muda lar tu...

takky said...

hahahahha...
gelak besa ble bace entry psal zapin 2...

kak zara nampak muda sgt....
sebab itu dia ingat kak nie bukan cikgu...agaknya la....
hihihihi c(;

wanita mutalib said...

adik akak ni makin cantik.. :)