Salam semua.
Minggu sesi perkenalan Tingkatan Satu sudah berakhir hari ini.
Salah satu tugasan yang diamanahkan oleh kaunselor adalah mendapatkan tandatangan setiap guru di sekolah - dan budak-budak Tingkatan Satu ini bertempiaran mencari sejak hari Selasa. Hari ini sudah Jumaat kan?
Macam-macam gelagat dan aku tentunya orang yang tidak pernah masuk asrama dan senang kata tidak pernah dibuli di sekolah memang gemar benda begini. Timbul ilham untuk sengaja membuli mereka.
[Gambar : Agak-agak kalau nak nakal kan? Ketawa]
Budak : Cikgu, nak minta tandatangan.
Aku : Siapa nama saya?
Budak : Entah.
Aku : Saya tak nak tandatangan.
Berani kau nak minta tandatangan aku dengan tidak tahu nama aku?
Jangan harap ya?
Terima kasih.
Budak : Kak, nak tanya. Kak cikgu ke?
Aku : Tak.
Budak : Habis kak siapa?
Aku : Kak kerja pejabat. Bukan cikgu.
Budak : Terima kasih.
Tiba-tiba menyamar jadi kakak kakitangan sokongan pula kan?
Ketawa.
Budak : Cikgu, boleh tak tandatangan di sini? (sambil hulur senarai nama)
Aku : Siapa nama saya?
Budak : Ni, nombor 29.
Aku : Nama saya yang panjang-panjang ni tulis nombor 29 ke? Saya bukan robot. Terima kasih.
Main suka hati tunjuk nombor 29 dalam senarai dan suruh aku tandatangan? Memang nama aku tapi kau nak suruh aku tulis tanpa sebut nama betul aku? Jangan mimpi ya budak-budak.
Ketawa.
Budak : Cikgu, nak minta tandatangan cikgu sebab kaunselor suruh.
Aku : Ya, boleh.
Budak : (hulur kertas) Ni cikgu.
Aku : Siapa nama saya?
Budak : Puan Zahrah.
Aku : Salah, itu bukan saya.
Bila masa pula aku berkahwin dan dikurniakan gelaran Puan?
Kalau di kem perkhemahan, aku senang dipanggil begitu disebabkan mengikut etika dan protokol.
Di sekolah?
Tidak boleh.
(Bunyi siren salah - Tetttttt!)
Budak : Cikgu, cikgu, tandatangan sini.
Aku : Nama saya?
Budak : Fatimatul Zahrah.
Aku : Habis yang depan ada SH tu?
Budak 1 : Shahrul Fatimatul Zahrah?
Aku : Shahrul?! (ketawa kuat-kuat). Salah! Saya tak nak tandatangan.
Budak 2 : Cik Suhana Fatimatul Zahrah kan?
Aku : Suhana? Salah.
Budak 3 : Cik Sha Fatimatul Zahrah?
Aku : Salah! Saya tak nak tandatangan sampai awak dapat cari nama betul saya.
Budak 4 : Nama panjang sangat.
Aku : Awak nak salahkan mak bapa serta nenek saya yang berikan nama saya ke?
Budak : Tak-tak.
Aku : Jadi jangan nak sesuka hati cakap saya macam tu.
Selalu betul menjadi masalah nama depan aku kan?
Boleh tengok SINI tentang apa yang terjadi sebelum ini.
Sheikh, Siti - dan kini aku ada Shahrul, Suhana dan Sha?
Ketawa.
Gila.
Oh, komentar nama aku panjang sangat?
Ikut suka hati siapa yang beri nama itu kan?
Baru seminggu masuk sekolah dah perangai begitu, memanglah budak.
Cantik.
Aku dah letakkan dalam senarai yang perlu diberi perhatian dan pengawasan.
Budak : Cikgu, saya dah tahu nama cikgu.
Aku : Apa dia?
Budak : Cik Sharifah Fatimatul Zahrah Bin Syed Yusof.
Aku : Sejak bila saya jadi lelaki?
Budak : Eh, maaf. Maaf cikgu. Binti.
Aku : Mari, saya tandatangan.
Budak : Terima kasih cikgu.
Seronok sebenarnya begini.
Gila dan membuatkan aku melepaskan tekanan seminggu bekerja dengan tanpa rasa apa-apa.
Yang aku tahu, gembira.
Paling penting, situasi pagi tadi adalah seperti gambar di bawah ini.
[Gambar : Cullen, apa kau ingat kau seorang boleh diserbu peminat? Aku pun ada, lelaki dan perempuan tahu? Ketawa]
Kebetulan dekat dengan Tingkatan 2 dan 3, budak-budak lain mengusik aku dengan bising dari tingkat atas. Sudahlah hujan renyai-renyai dan budak-budak yang mengerumuni aku tidak mahu berganjak. Sudah aku suruh ke tepi pun, masing-masing tidak mahu gerak. Sekarang sudah selsema sedikit. =_=
Budak : Ada artis la.
Aku : Dengki ke?
Budak : Nak tandatangan juga boleh cikgu?
Aku : Nak kat mana?
Budak : Kat baju, kat dada ke (ketawa-ketawa)
Aku : Saya tandatangan dekat dahi nak?
Budak : Ceh!
[Gambar : Lega hari ini sudah hari Jumaat. Senyum]
Nota Kaki :
1. Kali pertama mahu merancang pos penulisan di blog. Selalunya aku akan terus menulis dan siarkan. Kali ini berbeza dan aku sedang berusaha menyiapkan projek kolaborasi bersama kawan itu. Ah, dia masih belum balas pesanan aku.
2. Perlu menyiapkan beberapa perkara hujung minggu ini.
3. Keletihan yang teramat sangat melunaskan perkara berkaitan kerja.
4. Usikan nakal Pengetua tentang membenarkan aku bercuti kalau aku mahu berkahwin sahaja membuatkan aku ketawa. Alahai.
Zara : Menikmati keseronokan melalui titian kerjaya yang semakin sebati dengan naluri aku yang sukakan manusia dan kegembiraan setiap insan. Ah, teringat apa yang dinyatakan oleh bekas pensyarah aku. "Shafaza, kamu mencari manusia dalam manusia bila kamu mengajar. Itu kelebihan yang sukar dicari kini dalam bidang pendidikan"
14 comments:
amboi cikgu....
sian bebudak tu...tp kdg2 kelakar jugak tgk diorang ni...khikhikhikhii... macm ner la SH boleh tukar Shahrul....huhuhuh
Shahrul?
Suhana?
Haha...macam mana la diaorang boleh terfikir sampai macam tu sekali.
Serius menyeronokkan..buli budak2
hehehee~ kena cari smpai jumpa nama zara.. kalo tak tak boleh tanda..
hahaha kelakar betol bila boleh pula ada yg teka shahrul.
masa orentasi mmg best nak membuli.
buli sikit sikit je.
kang lebih lebih ada yg lari dari sekolah pulak :P
baguslah...tahniah...
dah jumpa hala tuju hidup...
w/pun ramai lagi di luar sana yang masih mencari..
so, keep it up...
and all the best to you...
haha :) best tau jadi cikgu sebenarnya. Pernahlah jugak babysit budak ramai-ramai, dari mengajar banyak main :) they were so lovely and they still are :) we love kids don't we :) btw, Selamat bertugas CIKGU :)
ahahha..adehhh kak adalah kerani je, x pandai komputer, pakai mesin taip je..tap tap tap..
uihhh GB baru skolah lama aku buat keje kerani beb..aigooo teruja aku mendengar...[dak zara cakap 'ko ape kes cite pasal GB ko..aku x tanya pun']..ahhaa
mencari manusia dalam manusia?
wow.
ilmu tingkat tinggi tu.
XD
hahahahah
cari sign best owh
ekekekek
P/S : Bersama Hans Menikmati Makanan Western - Chop & Steak
comfirm smpai mati pun pelajar tu mesti ingat nama zara. haha.
gambar last comel
hehehe...sronoknyer jadi cikgu...
wah cikgu membuli..haha bagus juga ajar budak2 hormat kan
best ye dpt cikgu yg sporting n masuk kpale...
lame dah x jumpe cikgu mcm nie....
^O^
Post a Comment