Tuesday, December 14, 2010

Perkara Yang Paling Diinginkan Buat Masa Ini : Mata Awak Cantik, Mata Saya Letih


Salam semua.
Menulis dalam keadaan mengantuk yang teramat sangat, sakit perut yang tidak diketahui sebabnya serta pening kepala yang melampau. Keseluruhannya badan tidak mendengar kata hati yang sedang gembira pada tahap melebihi paras maksima. Gila.
Senyum.

[Gambar : Sudah lama kita berdua tidak mempunyai tidur yang berkualiti dan rehat yang sempurna bukan?]

Dia : Mata awak nampak sangat letih.
Aku : Mata awak cantik.
Dia : Entah mana yang cantik, cuma mata awak memang nampak sangat penat.
Aku : Sangat macam panda kan?
Dia : Amat panda. Dan awak sangat perlukan rehat.
Aku : Badan saya tidak penat.
Dia : Sebab awak gembira, tapi mata tidak menipu.
Aku : Entahlah.

Perbezaan waktu yang agak ketara menjadikan jadual tidur kami hampir gila. Ya, memang gila sebenarnya. Tatkala semua orang sedang lena diulit mimpi di negara makmur berbilang bangsa dan agama, ada seseorang sedang berbual dengan seseorang yang lain di kawasan yang berlaku pergolakan dan rusuhan dua tiga hari yang lepas. Ah, manusia.
Senyum.

[Gambar : Berbual merentasi zon masa dan sering tertanya, bila kita akan dongak dan lihat langit yang sama warnanya?]

Duduk termenung selepas si dia (berdehem) ke kelas tadi, aku terfikir akan sesuatu. Apa yang aku mahukan saat ini, apa yang aku sangat dambakan dalam hidup aku sekarang?

  • Kebahagiaan keluarga : Sangat memerlukan ini. Kadangkala kita diuji oleh perkara yang sangat kecil sehingga sepatutnya tiada perbalahan yang berlaku. Tidak seharusnya ada hati yang terguris hanya disebabkan nasi lemak atau ikan atau udang. Tidak perlu, tetapi ianya berlaku dan memudaratkan hati-hati yang bertaut di bawah satu bumbung.

  • Menyambung pengajian : Tiga kali aku mengabaikan surat tawaran menyambung ke peringkat sarjana (baca : Masters). Tiga kali jugalah aku menangis, melepaskan impian aku pergi begitu sahaja demi memenuhi kehendak mereka yang aku sayang dan juga tuntutan kerja. Biarlah, aku masih boleh bersabar dan terima.

  • Hidup dengan tenang : Manusia beku macam aku tidak perlu banyak benda dalam menjalani sisi kehidupan yang acap kali tidak sempurna. Yang aku dambakan cuma sedikit kehidupan yang tenang tanpa ada gangguan yang mendesak minda.

  • Bercuti dengan erti kata sebenarnya cuti : Cuti sekolah selama lebih kurang sebulan ini bukan cuti. Terlampau banyak perkara yang dibuat, harus dilunaskan. Aku cuma mungkin cuti mengajar di sekolah, tetapi mengajar di rumah dan membuat kerja-kerja di rumah.

  • Mengayuh basikal sejauh 100 km : Usai mengayuh 60km sebelum ini, impian aku mengayuh sebanyak 40km pada hujung minggu lepas tidak terlaksana disebabkan oleh beberapa perkara. Menyedihkan dan terbukti impian aku tidak dapat disempurnakan buat masa ini.

  • Menyatukan separuh daripada jiwa untuk menjadi sempurna : Ini yang didoakan dengan bersungguh saat ini. Tidak pernah aku mengalami perkara sedemikian rupa yang menyebabkan aku seolah-olah bukan diri aku yang sebenar. Aku dan benda yang berkaitan dengan perkahwinan agak tidak rapat tetapi kebelakangan ini aku merasakan, benda itu suatu keperluan.

 http://farm5.static.flickr.com/4149/5006953769_af1c1a0948.jpg
 [Gambar : Eh, kenapa beruang selalu digambarkan mewakili lelaki dan arnab untuk mewakili perempuan? Terbalik tidak boleh ke? Ketawa]

Banyak lagi sebenarnya yang dimahukan dalam hidup, cuma ini sahaja yang aku mahukan saat ini. Terlalu berharap untuk lebih kuat dan hisup penuh makna.

Nota Kaki :
1. Mungkin perlu dapatkan sesuatu untuk mengubati kesakitan.
2. Terlampau letih untuk menghadapi hidup tapi aku perlu kuat demi secangkir senyuman.
3. Tahniah kepada si dia yang telah lulus dengan cemerlang tesisnya. Awak memang layak.

Zara : Apabila kita dihadiahkan dengan sesuatu yang sangat bermakna dan menggembirakan, itu tandanya kita perlu lebih bertanggungjawab dan bersedia untuk menjaganya dengan lebih tabah dan sabar selepas menepati kehendak dan citarasa.

15 comments:

Lea Isnawi said...

comelnya beruang & arnab tu..hehe

Anonymous said...

arnab itu playboy. jaga2. hehe

aniza said...

best!!thumbs up

Ieqa Swetluv said...

sayangnya kak lepas peluang sambung belajar, pendapat ika kan, selagi berpeluang untuk sambung belajar, sambunglah, nanti kalau dah bertambah tanggungjawab mungkin lagi susah hehe

hans said...

yups
di dalam hidup nih tidak kira siapa mesti banyak benda yang masing2 impikan di dalam kehidupan mereka bukan?

Jom Tengok Entry Terdahulu

P/S : Download OST Lagu Tema Putera Katak - Ku Gembira

P/S : Kenapa Perlu Diadakan Benda Yang Tak Pernah Wujud?

azlin hashim said...

haha.....

syaftome said...

just remember this...
we can't have everything in this world...
that's just crazy and...
life is too short...

ps: sudah tukar tema nampaknya...arnab plak sekarang nie...hahaha...

piNky LuCiA said...

kalau tanya aku. aku akan jawab. pentingkan yang lebih penting.

selamat zara. =)

azman said...

mu mng yes yes yes

hans said...

selamat pagi akak artis
hohohoo

P/S : Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 40

eNaSaN said...

salam Zara,


lamer x jenGuk sini...



bila ada peluaNg lg nanti tuk smBung ur MasTer grab it sis... kkdg impiaN kita xtercapai mgkin sebab selalu berkoRban kot...but x salah setiap penGorbanaN mesti ada hikmaH kan...lalalala...

Blog Eazy Izzuddin said...

oh mata ku cantik...
xD
thanks 2 brands pati prun
ekeke
xD

p i j a h said...

Ya Allah,
kenapa rasa nak nanges baca ebtry ni ek?!!

ko memang lord zara uhuk~ ;(

HEMY said...

lawa2 la gambar ko amek ni..kat mana ko cekup ek??aku nk wat gambar2 camni la

Aida Azryn said...

comel la arnab tu.. hehe.. :)