Salam semua.
Jumaat yang ceria.
Senyum.
Bangun awal pagi dengan ada Arnab di sisi walaupun dipisahkan oleh jarak beribu kilometer dan hanya saling berpandangan menggunakan paparan komputer, sudah cukup barangkali bagi mengubati rasa rindu. Oh ya, di sana masih lagi gelap, di mana sangatlah tepat akibat perbezaan masa yang ketara. Bagaimanapun, masih baik lagi buat aku, sekurang-kurangnya.
[Gambar : Haruslah mata comel seperti panda akibat waktu tidur yang masih tidak sempurna. Ah, aku peduli apa?]
Dan, semasa berbual dengan si dia semalam, ada seorang kawan yang menegur di salah satu pesanan segera aku. Oh, kawan itu sedang dalam tahun akhir pengajian perubatan. Dalam tahun depan, insyaALLAH, akan menggalas gelaran doktor muda bujang yang kacak tetapi sudah berpunya [Gadis-gadis di luar sana, maaflah ya?. Ketawa]
Kawan : Eh, kenapa awak tak tidur lagi?
Aku : Saja, ada kerja sedikit.
Kawan : Berbual dengan teman lelaki ya?
Aku : (ketawa) Ah, jangan menembak dengan tepat sesekali boleh?
Kawan : Bila nak kahwin?
Aku : Ada ke cakap pasal kahwin? Lama lagi kot?
Kawan : Aku sebenarnya teringin nak sambut kelahiran bayi kawan-kawan sendiri.
Aku : Jadi?
Kawan : Kalau kau kahwin awal, bolehlah aku sambut bayi kau bila kau nak melahirkan nanti.
Aku : Tak naklah!
Kawan : Kenapa?
Aku : Sebab kau lelaki.
Kawan : Ramai je perempuan bersalin doktor lelaki sambut.
Aku : Sekurang-kurangnya aku nak cari doktor perempuan dulu. Kalau dah terpaksa, baru aku cari doktor lelaki.
Kawan : Aku?
Aku : Jangan harap, kau dah kenal aku bertahun-tahun, gila apa?
Kawan : (ketawa) Kau segan ke?
Aku : Siapa tak segan?
Kawan : Apa nak malu? Buat biasa je nanti.
Aku : Gila.
[Gambar : Kalau doktor kacak serupa Cristiano Ronaldo sekalipun yang nak membidankan, aku mungkin tak rela. Eh, mungkin sahaja? Ketawa]
Senyum.
Lambat lagi kalau difikirkan hingga tahap sebegitu rupa. Maaf kawan, sila cari kawan-kawan kita yang lain ya? Bukan apa, aku takut untuk menghadapi perkara sebegitu rupa. Lebih-lebih lagi dahulu kita selalu saling mengenakan antara satu sama lain. Nanti buatnya kau balas dendam pada aku bagaimana?
Ketawa.
[Gambar : Dan ya sayang, saya memang sayang awak.]
Bila melihatkan apa yang aku dan si dia (berdehem) lalui sejak kebelakangan ini, aku tertanya-tanya, apakah yang aku mahukan lagi dalam hidup ini. Aku sudah dilimpahkan dengan kasih sayang yang melimpah ruah dan menikmati suatu musim bahagia dalam meneruskan hubungan ke satu peringkat yang sah. Usaha berterusan itu penting bukan?
Senyum.
Kawan : Apa perasaan bercinta semula?
Aku : Setelah beberapa tahun cari orang yang mampu menggetarkan jiwa?
Kawan : Ya.
Aku : Lebih dihargai, lebih matang dalam buat keputusan demi kebahagiaan sendiri.
Kawan : Apa rasa yang tumbuh dalam hati?
Aku : (ketawa) Rasa nak kahwin, boleh?
Kawan : Baguslah kalau sudah ada rasa mahu kahwin, itu petanda baik.
Aku : (ketawa) Aku tidak mahu mengulas.
Kawan : Itu lebih baik sebab bila kau ada rasa itu, maksudnya, kau sudah jumpa orang yang sesuai.
Aku : Eh?
Nota Kaki :
1. Mungkin tidak sempat pergi menderma darah, alahai.
2. Berazam untuk mengatur tidur dengan lebih sempurna.
3. Otak sedang meletup gila.
Zara : Bil telefon tiba tadi. Boleh pula aku baca dengan senyum pucat tanpa seri. Apakah kegilaan itu? Ketawa geli hati.
10 comments:
sy dulu pun doc lelaki yg sambut..pasrah la...sbb sgt hensem..hehe..boleh gitu?
zara, zara, zara.aku tak tahu nak cakap camne.tp aku sangat sangat sangat sangat sangat la epi bile ko epi..incik arnab, sila jaga zara baek2.jgn bagi dia nanges lagi ok..=))
KO NAK ABANG AKU SAMBUTKAN TAK? HEHEHE
nak kawen! nak ade babe!
bf pun takdek
T_________T
bil telefon dah naik la tu kan? ekeke :P
teruja je baca entry zara ni.
kalau sayapun tak sanggup bagi kawan lelaki sambut baby.
dan sentiasa doakan kebahagiaan zara.
betul kata kawan tu.
wah
siapakah doktor muda itu zara?
P/S : Tolong Belikan Topup! Penting Nih!
Tiba-tiba rasa macam nak belajar medic plak...
Salah satu wishlist aku ialah nak belajar medic...
hehehe...kalu dah terpaksa kena la trima gak...yg penting suami kena ader bersama...& smoga kekal yek,hehehe
x lame g akak saye keje doc kat ospital JB...
hihihihihi....
wish her luck
Post a Comment