Thursday, December 23, 2010

[Gambar] : Ekspedisi Kayuhan Muar-Melaka 22 Disember 2010, Bukan Guna Lebuh Raya Ya?


Salam semua.
Apa khabar?
Harap kalian semua sihat selalu.
Senyum.

Disebabkan masih keletihan (apa kena mengena menaip dengan kaki yang sengal-sengal ini?), aku sekadar mahu berkongsi beberapa gambar yang dipinjam dari salah seorang rakan aku, merangkap 'super-senior' aku di Kampus Selatan dahulu.
Sengih.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1217.snc4/156955_1749175886956_1165601668_32024813_4599499_n.jpg
Selepas sarapan dan sebelum bertolak. Ada kau jumpa orang lain mengayuh basikal dengan tudung berkotak-kotak begini? Ketawa.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs034.snc6/166465_1749200807579_1165601668_32024877_6572961_n.jpg
Semasa di CP (baca : Check Point) 1
Petronas By-Pass Muar.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs007.snc6/165760_1749202847630_1165601668_32024887_2257908_n.jpg
Di CP 2 - SK Abdullah, Sungai Mati, Ledang.
Mereka rakan sepasukan merangkap antara orang yang memberikan galakan apabila aku sudah keletihan mengayuh.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1235.snc4/156769_1749204687676_1165601668_32024895_5922689_n.jpg
Mahu memulakan semula kayuhan di CP 2.
Wan : Kita buat formasi 2-1-2-1
Aku : Baik, nanti baru sebaris kan?
Wan : Betul-betul.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs692.snc4/63230_1749211127837_1165601668_32024903_1054315_n.jpg
Di CP 3 - Ya, sudah masuk kawasan Sungai Rambai. Belakang itu memang sawah padi.
Kedudukan aku yang kelima dari kiri.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs695.snc4/63487_1749238488521_1165601668_32024966_5396737_n.jpg
Antara aktiviti yang dilakukan di Pusat Kokurikulum Melaka di Lanchang.
Ya, kelajuan 'marker' (benda yang macam senapang itu) adalah 290 km/j. Kalau kena tepat, sumpah boleh berdarah-darah bagai.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs953.snc4/74689_1749253528897_1165601668_32025007_325468_n.jpg
Dalam perjalanan pulang. Ya, beliau masih ceria lagi untuk mengayuh pulang sejauh 45km.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1371.snc4/164333_1749260489071_1165601668_32025052_2158340_n.jpg
Di CP terakhir sebelum tiba di kem.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs758.snc4/65874_1749259209039_1165601668_32025046_251482_n.jpg
Mereka memang hebat. Sebelah kiri aku adalah Ketua Unit dari JPN.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1373.snc4/164510_1749261449095_1165601668_32025058_3449857_n.jpg
Nampak kepala aku terselit di belakang motor. Terima kasih kepada tudung warna-warni aku yang menyerlah. Sengal. Pang!

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs907.snc4/72063_1749272569373_1165601668_32025107_3779618_n.jpg
Dah tiba!

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1374.snc4/164628_1749274329417_1165601668_32025113_1053662_n.jpg
Muka dan kulit aku terbakar. Ha ha ha (ketawa berdekah)

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs764.ash1/165515_1749270929332_1165601668_32025098_6387953_n.jpg
Mereka semua hebat. Untuk catatan, yang mengayuh semalam ada 3 orang sahaja perempuan.
[Ada juga rakan-rakan yang tiada di dalam gambar]

Baiklah.
Memang banyak gambar.
Sebenarnya banyak lagi, tapi aku letak yang perlu sahaja.
Senyum.

Sekilas tentang perjalanan semalam :

  • Perjalanan pergi - 40 km.

  • Perjalanan pulang - lebih kurang 45km.

  • Laluan pergi dan balik adalah berbeza.

  • Kayuhan lebih kepada atas jalan (baca : on road) tetapi meliputi pelbagai jenis permukaan. Tidak semua bertar. Apa kau ingat di tebing sawah padi ada jalan berturap tar?

  • Mendaki 2 buah bukit (yang ternyata aku sungguh memerlukan bantuan - kelemahan aku adalah kawasan berbukit) - tidak termasuk jambatan. Ketawa.

  • Kayuhan ini disertai oleh pelbagai peringkat umur dan kedudukan. Ada orang JPN, PPD, cikgu-cikgu sekolah dan juga pelajar (anak-anak yang mengikut bapa masing-masing)

  • Tidak menggunakan lebuh raya tahu?

  • Aku menggunakan tempat duduk bergel (baca : seat-gel), jadi kesakitan dapat dikurangkan.

  • Kulit sudah macam udang masak panas. Ketawa.

Senyum.
Ada lagi 3 kayuhan kalau aku mahu sertai 25, 26 dan 30.
Kalaulah.
Ketawa.

Nota Kaki :
1. Nantilah aku menulis lagi.
2. Bercadang mahu menderma darah untuk kali terakhir tahun ini.
3. Terima kasih atas ucapan tahniah dan doa daripada kamu semua.

Zara : Sedang melalui hidup yang penuh dengan pelbagai warna. Moga semuanya berjalan lancar dan baik-baik sahaja. Aku mohon dengan sangat.

16 comments:

molliesa said...

seronoknye zara!
kaklisa dah berapa tahun tak kayuh basikal.. last ikot tournament masa di UPM, hanya kayuh 15km... lalu jalan ladang... fuhhh! berjaya habiskan..
ini 45km+40km= 85km..
hebat zara!

PuanPepel said...

aiyok...tabah kot..
aku tak rajin nak kayuh basikal..
zaman kecik kecik leh ar kayuh g sekolah...hee

aMy said...

good job zara! menarik aktiviti nieh! kalau lah dapat join jugak.seronok lah !

LynnAiza said...

tiba2 teringin pulakkk nak join aktiviti cmnii..mcm best je smua2 ni..anyway,congratzzz..=)

Anonymous said...

Wah~! Stylo la kakak kita sorang ni!

Muka dan kulit terbakar berbaloi untuk aktiviti berfaedah macam ni!

;)

Anonymous said...

Wah~! Stylo la kakak kita sorang ni!

Muka dan kulit terbakar berbaloi untuk aktiviti berfaedah macam ni!

;)

Unknown said...

mmg best berbasikal...
dulu aku ada join berbasikal dari Perlis ke Negeri Sembilan.. best giler...
kuman "Tornado CHipping & Future.." Entry

Unknown said...

foyyyyyyoooo best tue.

Paan Ovrtd said...

Pergh! baju berapi!

suffer8zine said...

kalau guna highway nnt x mencabar pula :P

Terkini : 3 Negeri Paling Subur dan Jumlah Terkini Penduduk Malaysia

Hazzy Ishak said...

wah wah boleh menjamu mata dengan suasana kampung...

Eila said...

wahhh seronok yer....lama dah x kayuh basikal... 85km agak jauh tu...

hans said...

soalan cepucemas untuk ko zara

adakah si dia dikenali melalui aktiviti berbasikal?

P/S : Bertenang! Tarik Nafas! Sikit Jer Nih! Sakit Sikit Jer Bila Kena Cucuk Nih!

HEMY said...

best...tp kalau aku tmbh hobi ni plak..makin penuh la aktiviti aku

ijatnuar87 said...

wuhuuu...sronoknyer la...biler la bulih join aktiviti gitu....

ijatnuar87 said...

waduh...sronoknyer la...biler la blh join aktiviti ginih